BAB 48

3.3K 238 66
                                    

     TERESAK-ESAK Natalia menangis di dalam toilet. Dia memandang mukanya di hadapan cermin bersama air mata yang tak berhenti berjujuran lebat. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangisan yang semakin berlagu sayu.

"Sampai hati bos layan saya macam ni..." ngongoinya diselangi esakan.

Dia terasa hati dengan layanan kasar Harraz tadi. Apatah lagi bila dia keluar dari ofis lelaki itu, Harraz langsung tak menoleh kepalanya. Dia mahu lelaki itu memujuknya! Bukan terus membiarkan dia berlalu pergi dengan hati yang sarat dengan kesedihan yang tak terkata.

"Saya cuma nak secebis kasih sayang bos. Salah ke?" Kepala menggeleng. Sungguh, hati dia tersangat perit tika ini.

Tapak tangan ditenung. Masih terasa tepisan kasar daripada lelaki itu. Salahkah kalau tangan itu membelai dia dengan lembut? Kenapa Harraz tidak mahu melayaninya sebagaimana lelaki itu melayan Marissa? Apa beza dia dengan Marissa?

Marissa isteri dia! Kau tu cuma pekerja dia, Natalia! Harraz sikit pun tak ada hati pada kau!

Minda mengingatkan dia dari terus hanyut dengan perasaan sendiri. Tapi Natalia kan? Dia akan nafikan kenyataan itu semahunya. Bukan mahu mendengar isi minda, tapi dia makin keraskan hati untuk mendapatkan Harraz.

"Kalau Marissa boleh miliki Encik Harraz, aku pun boleh juga." Hujung mata diseka kasar. Dia merenung mukanya yang sembab. Tak ubah macam badut jalanan.

"Aku tak akan berputus asa untuk dapatkan Encik Harraz. Aku yakin, dia akan tersungkur juga dengan aku. Lelaki, cuit sikit tangkai nafsu, semua benda boleh jadi. Aku akan pastikan perkara tu terjadi. Dia milik aku!"

Bibir naik mengoyak senyuman sinis. Jika tadi dia menangis bagai nak gila, kini Natalia ketawa bersama hilaian kuat. Biarlah orang nak kata dia tidak siuman ataupun sewel. Sememangnya dia gila.

Lantas, pili paip dibuka. Dibiarkan air itu mengalir turun dengan laju. Di dalam otaknya, dia sedang rencana pelbagai taktik untuk menarik perhatian Harraz. Beberapa minit kemudian, tombol pintu ditarik. Saat kakinya ingin menapak keluar, dia terkejut melihat manusia yang sedang berdiri di hadapannya tika ini.

Natalia telan liur. Gusar mula bertandang. Dia risau kalau kata-katanya tadi dapat didengari oleh si gadis di depannya kini.

"Kau... Kau buat apa kat sini?" Darah gemuruhnya mula naik. Melihat senyuman aneh wanita itu, pantas keringat mula turun melembabkan dahinya.

"Kau suka dengan bos?" Tanpa menjawab soalan Natalia, gadis itu terus saja ajukan pertanyaannya. Tangan Natalia ditarik lalu mereka melangkah mendekati koridor pejabat tersebut.

"Ma...mana ada!" Laju kepala menggeleng. Jantung berdegup kencang. Habislah dia! Sah, wanita itu telah mendengar segala bicaranya tadi. Mampus!

"Tak payah nak tipu akulah, Talia. Aku dah dengar apa yang kau bebelkan dekat dalam toilet tadi. Kau suka Encik Harraz kan? What a surprise!"

Wanita itu gelak mengejek ke arahnya bersama mimik muka yang menjengkelkan.

Mati kata Natalia jadinya. Apa lagi nak buat kalau wanita itu sudah mendengar percakapannya tadi? Natalia menekur simen koridor itu. Dia malu nak angkat muka memandang manusia yang tiba-tiba saja menjengul di toilet tadi.

"Aku boleh tolong kau," ujar gadis itu tiba-tiba. Melihat kebisuan Natalia hampir beberapa minit, akhirnya dia membuka mulut.

Sontak, Natalia angkat kepalanya. Dahi berkerut seribu. Tolong? Pertolongan apa yang ingin perempuan itu hulurkan kepadanya?

"Kau... Kau nak tolong apa?" soal Natalia.

"Aku boleh tolong kau untuk dapatkan Encik Harraz."

•••

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now