BAB 8

5.7K 502 77
                                    

PINTU bilik pejabat Harraz diketuk lalu ditolak Marissa dari luar. Harraz yang sedang menyusun fail tersenyum memandangnya. Sejak mereka keluar makan haritu, hubungan Marissa dan Harraz makin rapat. Selalu juga mereka keluar bersama jika ada kelapangan waktu. Bagi Marissa, itu adalah peluang terbaik untuk dia mendekati Harraz.

"Fail yang Encik Harraz minta," Marissa menghulurkan fail ditangannya.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu." Baru je Marissa hendak melangkah pergi, Harraz memegang tangannya.

Marissa terpinga-pinga disentuh begitu. Mengalir satu rasa yang dia tak pernah rasa selama ini.

"Lunch nanti kau join sekali aku dengan Naim, boleh?" Lembut je nada yang dilontarkan. Buat pertama kali dalam hidup Harraz, dia mengajak seorang wanita keluar makan bersamanya.

Teragak-agak Marissa mengangguk. Marissa menggigit bibirnya kerana berasa malu pula dengan pelawaan Harraz tadi. Sudahlah tanpa fikir panjang, dia terus anggukkan kepalanya.

Harraz melepaskan pegangannya. Sungguh, dia tidak berniat mahu menyentuh gadis itu. Entah macam mana, secara drastik dia menarik tangan Marissa tadi.

"Saya keluar dulu..." Marissa memejamkan matanya. Dia tidak tahu kenapa hatinya berbunga-bunga saat ini.

"Wake up, Ris! Ingat balik misi utama kau!" Marissa menampar lembut pipinya. Tika ini, dia sedang berada di dalam tandas.

Namun, Marissa masih lagi tidak dapat melenyapkan senyumannya. Tiba-tiba muncul Diana, rakan sekerja Marissa di situ.

"Senyum lebar nampaknya, Cik Orkid? Ada apa-apa ke tu?" Diana berbahasa dengan Marissa. Dia membuka pili air lalu membasuh tangannya.

"Huh? Nampak sangat ke, Diana?" Marissa membelek-belek mukanya di hadapan cermin. Aduh, malu pula dia!

Diana tergelak kecil. "Ya, Cik Orkid. Muka tu, ceria je lepas keluar dari bilik bos. Cik Orkid dengan bos ada apa-apa ke?" Diana menjongketkan keningnya. Sengaja dia mengusik Marissa.

Pipi Marissa yang sudah merah itu makin memerah selepas mendengar ayat terakhir Diana tadi. Mata hazel itu membulat besar memandang Diana.

"Ada apa-apa, apa?" Marissa berpura-pura tidak mengerti. Walhal dalam hatinya tengah bersorak riang.

"Hubungan istimewa?"

Marissa menelan liurnya. Kalau dia tengah minum sekarang, mahu tersedak dibuatnya.

"Tak adalah, Diana. Saya dengan Encik Harraz tu macam pekerja dengan majikan je. Mungkin sebab skop kerja saya ni yang nampak macam saya rapat dengan Encik Harraz."

Marissa menafikan. Tapi memang betul pun, dia dengan Harraz tidak mempunyai apa-apa hubungan. Lagipun, tujuan utama dia di sini adalah untuk membuat Harraz jatuh hati kepadanya. Bukan dia yang jatuh hati kepada Harraz.

"Ala, Cik Orkid, kalau ada hubungan istimewa pun, apa salahnya? You both look perfect together! Apa orang kata, macam pinang dibelah dua! Lagipun, kitorang dekat sini semua perasan tau bos tu dah pandai senyum, peramah dengan staf-staf dia. Sebelum Cik Orkid datang, mana ada semua tu!" Diana menambah lagi.

Marissa terkaku. Takkanlah sebelum ni Harraz bersikap dingin? Mustahil... Mengikut apa yang sering diceritakan Lisa dulu, Harraz seorang yang bermulut manis. Agak mustahil untuk lelaki seperti Harraz berubah sedrastik itu.

"Macam-macam lah awak ni, Diana. Okeylah, saya nak sambung buat kerja. Nanti bos awak tu mengamuk, saya juga yang dia marah nanti!"

Marissa menggeleng seraya kakinya mengatur langkah keluar dari tandas. Diana pula memerhati dari pantulan cermin. Dia kemudian berpeluk tubuh dan satu senyuman terbit dibibirnya. Senyuman yang mempunyai maksud disebaliknya.

•••

SUNYI sepi suasana di dalam kereta yang sedang dipandu Harraz. Harraz yang sedang memandu berpaling ke arah Marissa sambil menghadiahkan senyuman.

Harraz nampak gembira di sisi Marissa. Bagi Marissa pula, sejak dia hadir dalam hidup lelaki itu, banyak masa dicuri gara-gara Harraz yang sering bermain di minda. Walaupun hati cuba menolak tapi mindanya sentiasa ingatkan Harraz.

"Kenapa diam je? Kau tak suka keluar makan dengan aku ke?" Melihat Marissa yang hanya diam dari tadi, Harraz memulakan perbualan.

"Taklah."

"Cuma rasa janggal sebab kita berdua je." Marissa menyambung lagi.

Harraz menghamburkan tawanya. Marissa pula sudah mengerutkan kening. Dah kenapa dengan Harraz ni?

"Apa yang lawaknya? Saya tak buat kelakar, okey!" geram Marissa melihat Harraz yang masih terkekeh-kekeh ketawa.

"Dah nak sebulan kerja dengan aku pun, kau masih rasa janggal?"

Marissa mencebik. "Saya taknak lah staf-staf dekat office tu fikir yang bukan-bukan pasal kita!"

Sepatutnya mereka bertiga keluar makan bersama. Dia, Naim dan Harraz. Tiba-tiba pula Naim diserang sakit perut. Jadi mahu atau tidak, dia dengan Harraz terpaksalah keluar makan berdua. Itupun tadi ada mata-mata yang memandang aneh ke arah mereka.

"Maksud kau?"

Gadis itu mengeluh perlahan. Harraz ni buat-buat tak faham ke? Mustahillah tak faham. Sepatutnya perkara macam ni, dalam poket dia je!

"Diorang ingat kita ni ada hubungan istimewa." Nak taknak je suaranya dikeluarkan. Apa? Ingat dia tak malu ke cakap macam tu? Dahlah dengan musuh utama dia pula tu!

"So, apa masalahnya?"

Marissa mengetap geram. Mamat ni memang takde perasaan ke?

"Encik Harraz ni tak fahamlah! Saya ni malu tau! Malu orang cakap saya ada hubungan dengan bos sendiri! Eii, mana letak muka saya ni? Encik Harraz tu yelah, bos kan? Takdelah orang nak mengata!"

"Senang je, kau iyakan jelah apa yang diorang cakap tu." Harraz memberi signal sebelum membelok ke kanan. Handbrake ditarik apabila mereka tiba di hadapan restoran.

Membulat mata Marissa mendengarnya. Sungguh dia tidak percaya dengan reaksi selamba Harraz itu.

"Saya seriuslah, Encik Harraz!" Marissa keluar dari kereta dan berjalan laju masuk ke dalam restoran.

Mereka kemudian duduk dan memilih menu untuk makan tengahari.

"Aku pun serius juga." balas Harraz setelah siap membuat pesanan. Kini, mata mereka saling menatap antara satu sama lain.

Sekarang ni, Marissa rasa nak korek telinganya di situ juga. Dia tak salah dengar kan tadi?

"Encik Harraz jangan main-main..."

"Aku tak main-main. Kalau diorang tanya lagi, kau jawablah kita ni memang ada hubungan istimewa. Kalau nak zip terus mulut diorang tu, kau bagitau kita bakal bernikah tak lama lagi."

Bukan je rasa nak korek telinga lagi, kini dia rasa nak pengsan pula. Marissa bingung dengan kata-kata Harraz itu. Serius ke lelaki ni? Nak kata Harraz melawak, nada lelaki itu kedengaran serius.

Dia nak main-main kan kau je tu, Ris!

Hati kecilnya berbicara. Logik juga kan? Tengoklah macam mana Harraz buat pada Lisa.

"Kalau kau setuju, hujung minggu ni kita cari baju nikah." Harraz meneruskan kata.

Nak terjatuh rahang Marissa dibuatnya. Kini, otaknya seakan tidak memberi kerja sama. Hatinya melarang keras. Otaknya pula sudah membayangkan dia dalam busana pengantin. Gila kau ni, Marissa!

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now