BAB 33

3.7K 294 8
                                    

     "MARISSA?"

Marissa yang sedang leka bermain telefon mula mengangkat kepala. Lihat saja wajah gadis itu, terus membuak-buak rasa meluat dan sebalnya. Lantas, buku-buku di atas meja mula disusun dan Marissa bangun untuk berlalu pergi.

"Marissa! Tunggulah dulu. Aku ada hal nak cakap dengan kau," ujar gadis itu seraya lengan Marissa ditarik bagi menghentikan langkahnya. Namun, pegangannya terlepas apabila Marissa mula menepis kasar. Jelas raut wajah cemberut di muka Marissa. Barangkali tidak suka akan tindakannya itu.

"Cepatlah cakap, Dee. Kau nak apa? Aku tak ada masa nak berdiri macam patung cendana dekat tangga ni," rungut Marissa sedikit kasar suaranya. Dee dijeling dari ekor mata.

"Boleh aku ajak kau minum sekejap? Dekat kafe depan tu. Aku ada hal nak bincang dengan kau," lembut nada Dee membalas. Dia tahu Marissa marah kepadanya. Dan kerana itulah dia mahu menjelaskan semuanya kepada wanita itu.

Marissa mengeluh kuat. Jam tangan berjenama yang dililit di pergelangan tangan dipandang sekilas.

"Five minutes only," arah Marissa seraya kakinya dilajukan menuju ke kafe yang dikatakan Dee tadi. Tanpa menoleh sedikit pun ke belakang, Marissa menonong jalan meninggalkan Dee.

"Kau nak cakap apa? Cepat sikit, lepas ni aku ada class." Marissa menarik sebuah kerusi usai saja dia masuk ke dalam kafe itu. Wajah Dee di hadapannya ditenung bagaikan mahu telan. Bukan apa, hatinya akan terasa dicucuk-cucuk dengan jarum apabila wajah Dee mahupun Harraz terbentang di depan mata. Serta merta, rasa marahnya memuncak apabila teringat akan pengkhianatan mereka berdua.

Dee menarik nafas dalam. Wajah tegang Marissa dipandang dengan mata yang redup. Sedih apabila rakan karib sendiri mula menjauhkan diri.

"Kau taknak order air? Makan?" soal Dee cuba menceriakan suasana yang kelihatan agak tegang.

"Aku datang sini sebab nak tahu apa yang kau nak cakap. Bukan nak makan atau minum," getus Marissa seraya kepala digelengkan.

Dee diam membatu. Terasa juga dia dengan kedinginan Marissa itu. Namun, perasaan tersebut cepat-cepat dihalau pergi. Senyuman tercalit pada bibir walaupun ianya kelihatan tidak berseri.

"Tentang aku dan Harraz..."

"Kalau kau nak cakap pasal tu, aku taknak dengar. Aku tak berminat dan malas nak dengar lagi penipuan korang," cantas Marissa tanpa sempat Dee menghabiskan ayatnya.

"Kau masih marahkan aku, Ris?" lemah lontoran Dee. Sungguh, tidak terbit sedikit niat pun dihatinya untuk mengkhianati Marissa.

"Kau rasa apa yang patut aku rasa sekarang? Senyum? Ketawa? Atau pura-pura berlakon gembira depan kau?" sinis dan sarkastik Marissa memulangkan ayatnya. Rahang diketap kuat. Hati cuba disabarkan daripada menggelegak marah.

"Ris, bukan macam tu maksud aku..."

"Abistu apa? Kau nak aku terima aje ke apa yang dah jadi? Dee! Kau tu kawan baik aku! Harraz pun kawan baik aku! Kenapa? Kenapa korang sanggup buat aku macam ni? Kau tahu perkara apa yang paling aku kesal? Ada kawan yang sanggup tikam belakang macam kau ni! Kau tahukan aku dah lama sukakan Harraz? Tapi kenapa Dee? Kenapa kau dengan dia sanggup mainkan perasaan aku? Kenapa korang tak berterus-terang je dengan aku? Kenapa mesti aku juga yang jadi bahan permainan korang? Aku ni tak ada hati ke Dee? Aku ni tak ada perasaan ke Dee? Sakit, Dee... Sakit sangat..."

Hambur Marissa sepuasnya. Tangan Menggigil kecil cuba menahan diri daripada meletuskan amarahnya. Kesabarannya semakin menipis.

Dee terpempan mendengar luahan Marissa tadi. Kepala digeleng kecil. Tak sanggup melihat Marissa marah sampai begitu sekali.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now