BAB 24

3.4K 265 10
                                    

    *double update seperti yg dijanjikan* ☺

      IQBAL meneliti dua keping gambar yang berada di tangannya. Dah terasa agak pedih matanya, dia meletakkan gambar tersebut di atas meja kerjanya. Air kopi panas yang baru dibuat tadi, dicicip berhati-hati. Satu keluhan keluar daripada bibirnya.

"Macam mana aku nak bagitahu pada Cik Ris ni?" pelipis diurut. Stres! Dua keping gambar tadi kembali ditatapnya. Ini betul-betul kerja gila. Belum pernah lagi dia menyiasat seseorang sampai begini sekali.

"Konflik betul kisah hidup Cik Ris ni. Apalah reaksi dia kalau dapat tahu semua ni?" Iqbal mengomel sendirian. Sudahlah bilik kerjanya itu suram. Bercakap pula seorang diri. Takut-takut ada yang menyampuk aje nanti. Hehe.

"Tak sangka pula korang ni kembar sebenarnya. Aku pun satu, macam mana boleh cuai dulu? Sekarang ni, kau nak jawab apa dengan Cik Ris?" dahi ditepuk beberapa kali. Tangan dah naik menggaruk kepalanya. Pening betul dia dengan masalah ini.

"Patut ke aku bagitahu sekarang? Atau biarkan dulu? Tapi kesian pula dengan mamat ni. Dia tak bersalah apa pun." Kali ini, rambutnya pula dikusutkan. Sekeping gambar dibawa dekat pada matanya dan sekeping lagi ditenung tak berkelip. Mahu mencari perbezaan di antara manusia yang berada di dalam gambar tersebut. Senanglah nanti dia cam pemilik muka itu.

"Nantilah aku cuba cakap dengan Cik Ris. Sebab benda ni memang mustahak. Dia perlu tahu sebelum semuanya dah terlambat." Iqbal menganggukkan kepalanya berkali-kali. Dia dah bersedia untuk menghadap Marissa nanti. Apa pun nak jadi, biarlah. Yang penting sekarang, kerjanya perlu diselesaikan dengan cepat. Iqbal tak mahu menanggung rasa bersalah ini lagi kerana kecuaian yang datang daripada dia sendiri.

•••

     "Argh!" Marissa menutup matanya dengan bantal kecil. Bahu Aini dipeluk. Terkejut dia tengok zombie yang berlari laju itu. Dahlah muka seram bukan main lagi. Huh, buat sakit jantung aje!

"Tepilah! Kepala kau tu dahlah berat!" Aini menolak kepala Marissa yang jatuh di bahunya. Kuih siput yang dibuat oleh Mak Kiah tadi dikunyah. Sedap betul! Dia dan Marissa kini sedang menonton filem Train to Busan. Walaupun dah beberapa kali mereka ulang filem itu, namun ianya masih tidak bosan.

"Ala, air aku dah habislah. Aini sayang... Boleh tolong ambilkan aku air lagi tak?" Marissa menyengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Jari telunjuk merayap pada lengan terdedah Aini. Saja nak mengada-ngada.

Aini memutarkan bebola matanya ke atas. Mula dah perangai malas Marissa ini. Bahu gadis itu ditamparnya sebelum dia berlalu pergi ke dapur. Alang-alang tu, bolehlah dia cari makanan lain untuk dibuat kunyah.

Bip!

Mata Marissa berkalih memandang telefon Aini yang berbunyi. Lantas, telefon itu diambilnya dan notifikasi yang keluar di lock screen dibaca. Kening Marissa bertaut membaca mesej tersebut. Kini, tumpuannya beralih pada peranti tersebut dan tidak dihiraukan lagi filem yang masih bertayang di kaca televisyen.

"Siapa pula Dee ni?" Marissa menyoal dirinya. Setahu dia, kawan Aini adalah kawannya juga. Dahtu, siapa pula Dee ni? Marissa mana ada kenalan bernama Dee. Atau dia sorang saja yang lupa? 

Kau dengan Ris apa khabar?

Makin berkerut kening Marissa dibuatnya. Aik? Macam mana si Dee ni tahu nama dia? Siap tanya khabar lagi? Hmm, pelik!

"Nah, air kau." Aini datang membawa segelas air yang diminta Marissa tadi. Kemudian, dia melabuhkan duduknya dan menyambung kembali menonton filem tersebut. Langsung tidak perasan Marissa yang sedang membaca mesej di telefonnya.

"Aini..." panggil Marissa. Tumpuannya beralih pula pada Aini disebelah.

"Apa?" mata masih fokus pada kaca televisyen. Mulut pula tak berhenti menguyah kuih siput.

"Siapa Dee?"

Aini tersentak. Mulut terkunci rapat. Kunyahan yang tadi laju, kini beransur lambat. Payah sungguh dia nak telan kuih siput yang dah hancur di dalam mulutnya itu. Kepala ditoleh memandang Marissa yang menanti balasan daripadanya. Mata pula sudah jatuh pada telefon pintarnya yang kini berada di dalam tangan wanita itu.

"Ka...kawan aku." Bergetar intonasi Aini. Liur ditelan payah.

"Kawan kau? Kenapa aku tak tahu pun?" Marissa bertanya pelik. Apatah lagi melihat riak wajah Aini yang seakan terkejut itu.

"Me...memanglah! Sebab dia kawan tadika aku dulu. Kau mana kenal." Aini merampas kembali telefonnya. Sedikit sebanyak hati dia lega selepas melihat anggukan daripada Marissa.

"Abistu yang dia tanya khabar aku tu kenapa? Dia macam kenal aku je..." Marissa bersuara lagi. Sangka Aini, lega dihatinya akan kekal tapi dia silap. Dia kembali tak tentu arah.

"Se...sebab aku selalu cerita pasal kau dekat dia. Aku cakaplah kau ni kawan baik aku. Kita duduk sekali. Lagipun Dee tu dia duduk jauh. Sebab tu dia selalu tanya khabar aku dengan kau sekali." Nak kata logik, hmm bolehlah. Pandai juga si Aini ni menipu. Ah, tak kesahlah. Asalkan Marissa tak asak dia dengan soalan itu lagi. Boleh gugur jantung dia oii! Aini oh Aini, rahsia apa yang kau simpan daripada Marissa ni?

"Yake? Wah, bagus juga kawan kau tu. Boleh tak aku tengok gambar dia?" Marissa berkata teruja. Namun tidak bagi Aini. Dia rasa nak cabut lari dari sini juga. Nak bekurung dalam bilik sampailah Marissa lupa akan topik yang dibualkan ketika ini.

"Nantilah aku tunjuk dekat kau. Sekarang ni aku nak tanya, tengah hari tadi Taufik ada terserempak dengan kau dekat satu restoran ni kan? Kau keluar makan dengan Harraz?" Aini mengalih topik. Serentak itu, mulut Marissa mula mencebik. Ni tak lain tak bukan, si Taufik mengadu dekat Aini.

"Ha la... Siapa suruh dia gatal tegur aku? Dia ada cerita dengan kau tak yang aku suruh dia jadi pelakon tadi?" soal Marissa.

"Ada! Kau ni, tak baik tau libatkan tunang kesayangan aku tu! Kesian dia tak tau apa-apa, terus kena jadi pelakon tak berbayar. Lagi satu, letih mulut aku ni nak terang satu persatu dekat dia tadi. Hish kau ni Marissa!" rungut Aini dengan muka kelatnya.

Marissa menekan perutnya lalu ketawa dengan kuat. Bila teringat balik muka blur Taufik tadi, memang kelakar sungguh! Itulah, siapa suruh muncul tak kena pada waktu? Padan muka kena jadi bahan ujikaji Marissa.

"Oh, aku lupa nak cakap dengan kau. Mama Harraz nak jumpa dengan aku," ujar Marissa tanpa perasaan. Hati batu betul!

Aini pula sudah terbelalak besar matanya. Serta merta tubuh Marissa dia palingkan menghadap muka dia. Aini punyalah terkejut, Marissa pula boleh selamba badak aje reaksi dia?

"Kau jawab apa?" berdebar-debar dada Aini menunggu jawapan daripada Marissa.

"Aku setuju ajelah," jelas Marissa lagi.

"Maknanya, kau setujulah nak berkahwin dengan Harraz?"

"Ada jodoh, kahwin. Tak ada jodoh, aku carilah orang lain. Apa susah?" seloroh Marissa. Dia ingat soal jodoh ni benda main-main agaknya.

"Kahwin ni bukan benda main tau, Ris. Tanggungjawab besar. Syurga kau automatik pada Harraz. Lagi satu, kau kahwin bukan sehari dua. Kahwin ni biarlah sekali seumur hidup. Persoalan aku sekarang, kau cintakan Harraz atau tak? Atau kau nak kahwin dengan dia atas dasar dendam? Berbaloi ke, Ris? Masa depan kau, kau nak pertaruhkan macam tu aje?" serius nada Aini. Manakan tidak, dia tengok Marissa ni macam tak kesah tentang hal tersebut. Ini soal kahwin! Benda yang melibatkan masa depan kawannya itu!

Marissa mengunci mulut. Cinta? Cintakah dia pada Harraz? Kalau tak ada cinta, macam mana dia nak hidup dengan Harraz nanti?

Melihat Marissa yang diam seribu bahasa itu, membuatkan Aini menghela nafas berat. Begitulah Marissa. Kalau ditanya saja tentang perasaan wanita itu terhadap Harraz, pasti Marissa akan memilih untuk diam dan membiarkan soalannya itu menjadi tanda tanya. Tergantung tidak dijawab.

Tidak bagi Marissa, dia mempunyai jawapannya sendiri. Cuma, dia tidak luahkan saja pada Aini mahupun sesiapa. Biarlah dia seorang saja yang tahu apa perasaannya terhadap Harraz. Boleh jadi ianya dendam dan cinta. Bergabung menjadi satu rasa. Akhirnya, soalan itu menjadi teka-teki yang tiada jawapannya.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now