BAB 21

3.9K 297 42
                                    

      MARISSA mengeringkan rambutnya yang basah. Dia baru saja selesai mandi. Malam nanti, mereka akan adakan barbeku pula. Sambil dia mengelap rambutnya, fikiran dia menerawang jauh pada kejadian petang tadi. Bibirnya naik sedikit menyungging senyuman.

"Mana hadiah saya?" Marissa menadahkan tangan usai saja dia turun daripada motor jet tersebut. Jaket keselamatan dibuka dan diletakkan semula di tempat yang tersedia. Melebar je senyuman Marissa kerana dia telah berjaya mengalahkan Harraz dalam permainan jet ski tadi. Ini Marissa okey! Semua permainan dia terer tau! Ceh, perasan!

"Hadiah apa?" Harraz berpura-pura bertanya. Rambut dikemaskan semula. Dia dah memanjangkan langkah di persisiran pantai tersebut diikuti Marissa yang mengejarnya dari belakang.

"Awak jangan nak pura-pura lupa ya!" Marissa menyaingi langkahnya bersama Harraz. Muka lelaki itu dipandang. Rambut panjangnya yang ditiup angin ditocang kemas.

"Hadiah apa? Rasanya aku tak ada berjanji apa-apa pun dengan kau tadi." Harraz masih mahu mengusik gadis itu. Sengaja nak buat Marissa geram kepadanya.

Nafas ditarik dalam-dalam. Sabar Marissa, sabar. Menyesal pula dia ikut cakap Harraz tadi! Lagi satu, kenapalah dia boleh terlupa nak suruh lelaki itu berjanji dulu? Kalau tak, tak perlulah dia terhegeh-hegeh minta hadiah sampai macam ni sekali. Eii, rasa nak baling je pasir pantai ni ke muka Harraz. Geram!

"No, no! Saya tetap nak hadiah saya! Awak ada berjanji atau tak, saya kesah apa? Yang penting, hadiah tu mesti luar biasa. Cepat, bagi saya." Lengan lelaki itu ditarik bagi menghentikan langkah Harraz. Muka dikerekan sambil tangan ditadah meminta hadiah.

"Betul ni? Sebab hadiah yang aku nak bagi ni memang luar biasa. Kalau kau setuju, sekarang juga aku boleh bagi. Macam mana?" Harraz angkat kening lalu tangannya disilangkan ke dada. Mata bundar Marissa ditatap lembut.

Liur ditelan. Payau. Lain macam je hadiah Harraz ni? Teragak-agak pula Marissa nak terima. Nak ke taknak? Haish, susah betullah!

"Hadiah apa awak nak bagi?" mata dilarikan. Lebih baik dia tengok budak-budak yang tengah berlari tu daripada tenung mata Harraz. Bukan apa, nampak seksi pula mata Harraz ni. Heh!

"Tak boleh bagitahu sekarang. Kalau setuju, jom ikut aku." Satu senyuman penuh tersirat terukir di bibirnya. Jantung Marissa dah berdegup laju. Terasa seluruh urat saraf di dalam tubuhnya ini terkena renjatan.

"Nak...nak pergi mana?" cuak Marissa bertanya. Apatah lagi sengihan Harraz itu semakin melebar. Jangan yang bukan-bukan sudahlah. Memang dia terajang Harraz dekat situ juga!

"Nak pergi cari hadiah kaulah sayang..." leretan nada suara Harraz membuatkan bulu roma Marissa berdiri tegak. Walaupun ramai orang dekat pantai ni, tapi dia tetap gerun juga dengan Harraz.

"Jom?"

"Cakap betul-betullah! Kita nak kemana? Awak jangan nak buat benda tak baik dekat saya ya, Harraz!" Marissa memberi amaran.

"Benda tak baik apa, hmm?" Harraz mendekatkan dirinya. Sedikit demi sedikit Marissa mengundur ke belakang.

"Kalau susah sangat, aku call ajelah orang tu." Malas lagi mahu mengusik, Harraz akhirnya mengutarakan niatnya. Telefon pintar sudah dibawa keluar dari dalam kocek seluar.

"Orang? Siapa? Awak nak call siapa tu?" Marissa menggoncang lengan Harraz. Hadiah apa yang si Harraz ni nak bagi? Pelik-pelik ajelah!

"Tok kadi." Harraz membalas ringkas. Dan sudah semestinya mata gadis itu sudah membulat besar. Mulut pula melopong tidak percaya. Rasa macam nak korek telinga dia dekat sini juga. Marissa tak salah dengar kan? Ke dia yang pekak?

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now