BAB 55

3.2K 260 29
                                    

     NATALIA ketawa kuat seraya mengemas barang-barang di atas meja kerjanya. Dah pukul 5.30 petang, ini bermakna waktu kerja sudah habis. Lincah tangannya memasukkan barang-barang tersebut ke dalam laci.

Seketika, matanya terpusat ke arah pintu bilik pejabat Harraz yang tertutup. Satu senyuman sinis naik dan tersungging di bibir. Lepas saja kejadian 'manis' itu berlaku tadi, dia dah tak nampak susuk tubuh Harraz masuk semula ke ofis.

"Mesti korang berdua tengah bergaduh besar sekarang ni..." ujarnya, puas dan terselit seribu makna.

Memang niat Natalia nak buat suami isteri itu bergaduh. Saat dia nak menapak keluar tadi, jelas di matanya Marissa melangkah laju ke arah bilik Harraz. Manis saja muka wanita itu tersenyum.

Tapi senyuman itu terus mati tatkala adegan mesra dia bersama Harraz ditayang saat wanita itu membuka daun pintu. Jelas riak wajah yang tadi bahagia bertukar keruh melihat suami sendiri memeluk perempuan lain.

Terkejut? Semestinya Marissa terkejut. Tak percaya? Bukti ada di depan mata. Nak nafikan? Mustahil, kerana Natalia tersangat pasti kejadian tadi akan berulang tayang di ruang fikiran.

Puas sebenarnya dapat melihat muka sedih Marissa tadi. Walaupun baru sikit, tapi dia dah berjaya menggoyahkan rumah tangga pasangan itu.

"Itu baru sikit Marissa, aku boleh buat lebih daripada itu lagi. Tapi aku yakinlah, kau mesti dah benci gila dekat suami kau kan? Mesti sekarang ni kau dengan Harraz tengah berperang besar? Dan kau mesti tengah menangis teresak-esak kan?"

Sambil Natalia mengatur langkah menuju ke arah lif, dia mengomel dengan gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka. Tika pintu lif tertutup, sekali lagi Natalia melepaskan tawanya. Gembira sungguh dia hari ini.

Isteri mana je yang tak sakit hati bila melihat suami sendiri berpelukan dengan perempuan lain? Pula tu, mereka boleh pula sama-sama terjatuh di atas sofa. Sungguh, nasib dia hari ini tersangatlah baik. Apa yang dirancangnya berjalan dengan lancar. Natalia berjaya buat Marissa berlalu pergi dari situ bersama esakan kecil.

Dia berpeluk tubuh sambil menunggu pintu lif terbuka. Sedetik, terasa ada gegaran di tangannya. Pantas mesej yang dikirim itu dibaca. Bergerak-gerak bebola matanya membaca setiap aksara yang terpampang di skrin telefon. Natalia berdecit geram.

"Kacau betullah perempuan ni! Nak jumpa aku bagai. Huh, aku baru nak berehat dekat rumah," omelnya tak puas hati. Cemberut wajahnya. Lantas, mesej tadi dibalas 'ok'. Terus dia menyimpan gajet itu di dalam tas tangan.

Ting!

Pintu lif terbuka dan Natalia meloloskan dirinya. Langkah dilajukan. Sampai saja di parking lot, dia kalut mencari kunci kereta.

Akibat kekalutannya, Natalia tergelincir ketika berjalan. Maka, punggungnya jatuh menyembah simen parking lot yang basah itu. Habis berlecak blouse creamnya.

"Aduh! Aduh! Sakit punggung aku!" Berkerut-kerut dahi Natalia. Dia mengiring sedikit lalu punggungnya disentuh. Air kotor yang melekat di tangan dipandang geli. Matanya meliar ke sekeliling parkir kereta tersebut. Dia nak berdiri tapi pinggangnya terlalu sakit tika ini. Dia perlukan bantuan!

"Ish! Masa aku nak cepatlah boleh pula tergelincir!" rungut Natalia. Mulutnya menceceh geram.

Sedang Natalia menyumpah diri sendiri, Naim berlari-lari anak ke arahnya.

"Hoi nyah! Yang kau duduk dekat tempat kotor tu buat apa? Buang tebiat ke?" Lancang mulut Naim menutur ayatnya. Dia perhatikan Natalia yang merengus kasar. Langsung tidak terdetik nak menolong wanita itu. Malah, digelakkan lagi Natalia yang tengah berusaha untuk bangun.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now