BAB 18

4.6K 346 55
                                    

KELAKUAN dua manusia yang saling bahagia itu diperhati dari jauh. Bibir mengetap geram. Rasa cemburu dan marah kian mengambil tempat. Iris masih fokus kepada dua manusia itu. Semua orang di situ sedang tersenyum bahagia. Tapi tidak dia. Hatinya mendongkol marah.

"Weh, jomlah kita gerak. Diorang semua dah berlonggok dekat situ. Kau kenapa? Muka macam tak puas hati je?" tegur si kawan. Muka gadis itu dia tilik. Yalah, mana taknya, mata gadis itu dah mencerlung tajam ke arah seseorang. Reaksi muka pula tak usah cakap, bengis semacam je.

"Kau pergi dululah. Aku nak ke toilet sekejap." Dingin nada suaranya. Lalu, kaki panjangnya mula mengatur langkah menuju ke tandas. Sampai saja di tandas, pintu tersebut ditolak kasar dan dihempas kuat.

"Perampas!" si gadis menjerit sekuat hati. Air mata mula mengalir laju membasahi pipi. Geram, marah, kecewa. Semuanya diaduk menjadi satu rasa. Dendam.

"Bertahun-tahun aku tunggu kau, tapi kenapa perempuan tu juga yang kau pilih? Kenapa bukan aku? Dia milik aku! Dia milik aku!" jeritannya memenuhi segenap ruang di dalam tandas itu. Nasib baik tidak ada seorang manusia di dalam. Kalau tak, memang dicop sebagai perempuan gila kerana terjerit-jerit di siang hari ini.

"Kalau aku tak dapat Harraz, kau pun tak akan dapat dia! Aku tak akan benarkan sesiapa miliki Harraz! Itu janji aku!" ketawa kuat mula kedengaran dari setiap sudut. Bergema tandas itu dengan ilaian daripada gadis tersebut. Gila? Ya, akalnya memang tak waras sekarang ini.

Pili paip dibuka sehingga habis. Laju air yang turun bersamaan dengan lajunya deraian air matanya kini. Hatinya teramat sakit. Apabila teringat kembali momen mesra antara pasangan itu tadi, jiwanya remuk. Hatinya seakan disiat tanpa belas ehsan. Dia cintakan Harraz. Sudah lama hati dia terpaut akan lelaki itu. Bukan sekejap dia menaruh cinta, tapi sudah bertahun lamanya. Angan-angannya tinggi untuk menjadikan lelaki itu sebahagian daripada hidupnya. Tapi hampa. Kenapa harus munculnya gadis bernama Orkid Dhialisa itu saat ini? Gadis itu seakan mahu merampas hak yang sepatutnya menjadi milik dia.

Pili air ditutup kuat. Memerah telapak tangannya dek pulasan yang terlalu kuat. Butiran jernih yang jatuh ke pipi, pantas dilap kasar. Bibir mengetap marah. Tak, dia tidak akan mengalah walau sekali. Tekad dia, Harraz Daniel harus menjadi miliknya. Tak kesah cara apa sekalipun, lelaki itu tetap kepunyaan dia! Titik!

•••

"MARI sini beg kau." Harraz mengambil bagasi daripada tangan Marissa. Kemudian, but kereta dibuka dan diletakkan bagasi tadi ke dalamnya. Harraz menjengah sekejap Marissa yang sedang leka berbual dengan beberapa orang pekerjanya. Tak membuang masa, Harraz mengeluarkan sehelai kertas yang dilipat dua dari dalam kocek seluarnya. Lalu, lelaki itu membuka zip bagasi milik Marissa dan diselitkan kertas tadi ke dalam.

"Korang tunggu van datang kan? Aku dengan Orkid gerak dululah. Apa-apa nanti, kita jumpa dekat sana." Harraz membuka mulut. Dia berdiri di sisi Marissa yang sedang ralit berbual dengan Naim.

"Ehem, bukan main rancak lagi korang berborak? Taknak share ke topik apa?" di hujung ayat Harraz, kedengaran nada lelaki itu agak cemburu. Mana tak cemburu kalau Marissa tak hiraukan dia dekat sebelah. Asyik Naim je yang dipandang ketika ini. Jeles!

"Tak ada apa pun, bos. Kami borak kosong je. Bos, muka tu jangan tunjuk sangat tengah cemburu. Kan Cik Orkid?" Naim menunjuk muka Harraz kepada Marissa. Tergelak kecil wanita itu selepas mendengar ujaran Naim. Harraz disebelah dipandang lama. Nak sangat orang tatap muka dia kan?

Harraz pula dah jegilkan mata dia. Nasib je Marissa ada di situ. Kalau tak, memang dah lama dia sekeh kepala Naim. Sejak Marissa hadir dalam ofis dia, Naim sememangnya sangat rapat dengan Marissa. Cemburu? Tipulah kalau dia kata tidak. Tapi Harraz harus bersikap professional. Dia tahu Naim tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Marissa. Ceh, yakin betul!

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now