BAB 75

3.5K 274 40
                                    

       HARRAZ termenung seorang diri di hadapan kolam renang. Kakinya menjulur ke dalam kolam itu sambil airnya diamainkan bersama hati yang walang. Sebulan dah berlalu. Ini bermakna, sudah sebulan juga Marissa berjauhan darinya. Sungguh, hati Harraz tak mampu untuk menanggung rindu lagi. Dia rindukan Marissa. Rindu sangat-sangat.

Setiap malam tidurnya pasti akan ditemani dengan gaun tidur isterinya. Hanya gaun itu saja yang mampu mengubat rindunya terhadap wanita itu. Dan setiap malam juga Harraz tak akan berhenti berdoa agar isterinya berlembut hati untuk pulang semula ke pangkuannya.

Mahu mencari wanita itu? Sudah diusakan selama sebulan ini. Namun hampa. Marissa masih tak muncul di hadapan matanya. Keluarga Marissa mahupun kawan baik wanita itu, Aini sendiri tidak tahu di mana keberadaan isterinya. Tapi Harraz tak berputus asa. Dia akan tetap mencari Marissa sehingga jumpa.

"Abang rindu sayang..." luah Harraz bersama getaran yang ditahan. Rambutnya dikusutkan. Memang serabai penampilan dia.

Harraz akui, dirinya memang tak terurus selama sebulan ni. Semua benda dia uruskan sendiri. Makan, pakai hatta kemas rumah pun dia yang buat bila hari cuti. Natalia? Perempuan tu memang duduk goyang kaki aje sejak menjadi isterinya. Maklumlah, berangan jadi mem besar.

Dari segi makan, Harraz selalu makan di luar. Kadang-kadang dia akan pulang ke rumah orang tuanya untuk menjamu selera di sana. Pakaian pula Harraz juga yang siapkan sendiri. Gosok baju dan seluar, semua dia yang buat. Hal rumah pula, kalau Harraz tak larat nak kemas, dia akan upah saja orang untuk membersihkan rumahnya ini.

Natalia memang tak boleh diharap. Setiap pagi, wanita itu akan bangun bila matahari dah tinggi kat atas kepala. Bangun tidur pula bukannya terus nak mandi, tapi pergi cari makan tidak pun menonton televisyen. Harraz dibiarkan saja. Seolah-olah wanita itu tidak mempunyai suami pula yang perlu dijaga makan pakainya.

Kalau Marissa ada, wanita itu akan buat semuanya untuk dia. Perutnya akan dijaga. Penampilan suaminya akan turut dijaga. Penat macam mana pun Marissa, dia tetap akan masakkan sesuatu untuk Harraz meskipun makanan itu simple sahaja.

Tapi itu semuanya dulu. Sekarang Harraz dah tak dapat nak rasa semua tu lagi. Marissa dah pergi dari hidupnya. Harinya kelam tanpa kehadiran senyuman manis dari sang isteri. Sungguh, tak tertanggung lagi rindu ini.

"Baliklah sayang..."

"Abang buat apa sorang-sorang kat luar ni? Tak sejuk ke?" Tak semena-mena, ada satu suara yang menegur Harraz. Bahunya disentuh.

Harraz yang tersentak terus memusingkan kepalanya. Tergamam dia melihat seorang figura yang sedang berdiri di depannya tika ini. Lantas, kaki yang menjulur di dalam kolam terus dibawa keluar. Dia bingkas berdiri dan menghadap manusia tersebut.

Tak berkelip mata Harraz merenung wajah yang terlakar dengan senyuman manis itu. Senyuman yang sering dirinduinya saban hari.

"Sa... Sayang?" Gagap Harraz jadinya. Tak percaya yang berdiri di hadapannya ketika ini ialah Marissa. Perlahan-lahan dia melangkah setapak mendekati isterinya. Mukanya yang muram terus bertukar ceria.

"Ya, abang..." Lembut suara Marissa. Dia tersenyum melihat wajah ceria Harraz. Barangkali suaminya rindu terhadapnya.

"Sayang pergi mana? Kenapa sayang tinggalkan abang?" Tangan Marissa digapai lantas kekura jari isterinya dicium berkali-kali.

Adakah doanya sudah dimakbulkan? Isterinya, Marissa sudah pulang ke pangkuannya.

"Mana ada Ris pergi mana-mana. Ris ada je dengan abang," ujar Marissa lalu membetulkan rambut Harraz yang serabai. Tergeleng kepala dia melihat penampilan 'baru' suaminya.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now