BAB 1

11.2K 793 427
                                    

     DIA melangkah masuk ke dalam bangunan yang berdiri gah itu dengan penuh berkarisma. Dari ekor mata, dia mengerling beberapa orang yang sedang memandang ke arahnya. Jelas ada mata-mata yang menghantar langkahnya dengan pandangan yang bermacam-macam.

Tanpa menghiraukan mereka, dia terus berjalan menuju ke arah lif. Jam tangan berjenama itu ditilik. Dia kemudian mendengus perlahan. Menanti batang hidung seseorang yang masih belum tiba.

Satu.

Dua.

Tiga.

Kiranya perlahan. Tepat pada kiraan yang ketiga, muncul seorang lelaki muda yang tersarung dibadannya kemeja kotak-kotak bewarna kelabu. Tersengih-sengih lelaki muda itu memandang wajah ketat manusia disebelahnya. Padahal dalam hati sudah mahu pecah pekung dadanya dek renungan tajam yang mampu menusuk jauh.

"Dalam prinsip hidup kau memang majikan kena tunggu pekerja dia ke?" Tiada nada yang dilontarkan. Kedengaran biasa-biasa saja. Tapi pedih untuk seorang lelaki bernama Naim yang mendengarnya. Sinis dan sarkastik benar bunyinya.

"Sorry lah bos... Semalam, saya makan asam pedas tak ingat dunia. Itu yang pagi ni dia meragam sikit," ujar Naim sambil menggosok perutnya. Dia tersengih memandang majikannya itu. Bukan dia tak tahu mod lelaki itu bagaimana. Sekejap okey, sekejap macam puting beliung. Salah ketik punat, boleh bergegar bangunan gah ini. Cis, hiperbola sungguh!

Harraz menjeling geram. Banyak betul alasan pembantunya itu. Buat seketika, pintu lif yang tadi tertutup kembali terbuka. Dalam beberapa saat, lif itu membawa mereka menuju ke tingkat atas. Sepi menjemput mereka. Naim diam tidak berani bersuara. Lagipun, tiada topik hangat yang hendak digosipkan. Well, siapa tak kenal dengan Naim Lee. Si kacukan cina yang bermulut murai, sama seperti geng-geng makcik bawang terkini.

"Dah buat apa yang aku suruh?" Dingin dan tegas. Itulah nada yang sering dilontarkan. Muka pula tidak berekspresif langsung. Beku dan ketat sepanjang waktu. Sebab itu ramai pekerja di sini jarang menegur bosnya itu. Sepuluh patah yang mereka bual, hanya sepatah itupun kadang-kala dibiarkan tidak disambut perbualan mereka.

Briefcase yang dia bawa, diletakkan di atas meja serta sudah siap terhidang secawan kopi yang masih berasap. Dengan cermat dan berhati-hati, kopi itu dicicipnya. Melegakan tekak yang belum mencicip sebarang air ketika di rumah tadi.

"Dah bos. Mulai esok, dia yang akan gantikan Kak Lili. Nama dia Ork...."

"Aku taknak tahu nama dia apa. Esok, terus bawa dia berjumpa dengan aku. Faham?" Harraz mencantas bicara Naim. Dia tiada masa mahu tahu siapa gerangan yang akan menggantikan Kak Lili nanti.

Sekilas, dia menjeling Naim yang masih setia berdiri. Pandangan ditajamkan, menghantar isyarat agar lelaki itu keluar dari pejabatnya.

"Berdiri macam patung cendana buat apa? Dah tak ada kerja lain nak buat?" Seperti biasa, kalau tidak sarkastik dan sinis bukanlah Harraz Daniel namanya. Stoic face dikekalkan.

Naim mengangguk faham. Kemudian, dia berlalu pergi meninggalkan bilik itu. Lebih lama dia di situ nanti, lebih banyak kata-kata pedas yang akan diterimanya.

Harraz mendongak memandang ke arah pintu yang tertutup. MacBook di depannya tidak dihiraukan lagi. Laci meja dibuka lalu sekeping gambar dikeluarkan. Tanpa dipinta, rasa rindu dalam diri menggebu. Membuak-buak ingin diluahkan namun Harraz sedar, itu cumalah angan-angannya saja.

"Rindu yang tak akan pernah terpadam." Harraz membisik perlahan. Dibawa frame itu ke dada, mata terkatup rapat melayan rasa.

•••

     JUS honeydew yang terhidang disedutnya perlahan. Kejap-kejap jam yang terlilit ditangannya dipandang. Dia kemudian mendengus perlahan. Satu perkara yang dia tak suka, orang yang tidak menepati waktu!

"Lambat!" Marissa jegil bebola matanya. Kelihatan garang, namun kemanisan pada raut wajahnya kekal terserlah indah.

"Maafkan saya, Cik Ris." Lelaki itu menundukkan kepalanya. Sedar yang dia sudah terlambat dan 'singa betina' di hadapannya ini mula mengaum marah.

"Ada ke tak?" Tidak berlenggah, soalan pertama dan amat penting diajukan sebaik lelaki itu melabuhkan duduk. Jemarinya ligat mengetuk-ngetuk permukaan meja.

Lelaki itu mengangguk lalu menghulurkan sekeping sampul surat bewarna coklat. Marissa mengambilnya dan sekeping gambar dikeluarkan. Dia tersenyum sinis. Gambar itu ditatapnya lama.

"Harraz Daniel." Perlahan-lahan senyumannya tadi mula hilang. Marissa menatap lama gambar yang dipegangnya itu. Ketapan bibir yang agak kuat menyebabkan giginya berlaga kegeraman. Amarahnya membuak!

"Esok, Cik Ris dah boleh masuk bekerja. Saya dah aturkan semuanya." Iqbal, orang upahan Marissa bersuara. Sekaligus menyentakkan lamunan dia.

"Orkid Dhialisa?" Marissa angkat kening. Bibirnya sungging satu senyuman sinis. Ada maksud tersirat mengapa nama arwah kawan baiknya dipetik.

Iqbal mengangguk. Marissa tersenyum puas hati. Kemudian, dia mengeluarkan sampul yang berisi wang. Dihulurkan sampul itu kepada Iqbal.

"Upah untuk kau." Usai saja urusan mereka, Iqbal angkat kaki berlalu pergi. Di tangan Marissa, dia masih setia menatap gambar Harraz. Ah, tak sabar rasanya mahu memulakan misi ini. Kematian Lisa harus dibela!

•••

"Jauh termenung?"

Marissa yang tadi termenung mula mengalihkan pandangannya. Dia tersenyum nipis memandang Aini.

"Siang tadi kau kemana?" Aini mengambil tempat di sebelah Marissa. Popcorn yang terhidang di atas meja dicapainya.

"Jumpa Iqbal." Remote tv diambil lalu satu persatu siaran di televisyen itu bertukar. Suapan Aini terhenti lalu dia memandang Marissa tajam.

"Kau masih dengan keputusan kau tu, Ris?"

Marissa senyap. Matanya melihat ke kaca televisyen. Tapi fikirannnya melayang entah kemana. Soalan Aini dibiarkan tidak berjawab.

"Marissa!"

"Apa lagi Aini? Aku dah buat keputusan aku! Dan keputusan aku muktamad!" Marissa meninggikan suaranya. Dia kemudian bangkit daripada duduk. Geram!

"Kau tak ingat apa Lisa pesan? Kau tak sayang dia ke, Ris?" Kaki Marissa statik di atas tangga. Perlahan-lahan dia berpaling menghadap Aini yang sedang memandangnya. Sayang? Kerana sayanglah dia sanggup buat apa saja, asalkan kematian Lisa mesti dibela!

"Disebabkan aku sayang dia lah aku buat macam ni, Aini. Harraz punca kematian Lisa! Dan Harraz juga punca aku jadi macam ni!" Marissa melenting. Sedih, geram, marah. Semuanya bercampur aduk ketika ini.

Aini menggeleng perlahan. "Bukan Harraz puncanya kau jadi macam ni, Ris! Tapi kau sendiri yang ubah diri kau jadi begini! Disebabkan dendam, kau seksa diri kau, Ris!"

Setitik demi setitik air mata Marissa jatuh. Dia memejamkan mata mendengarkan kata-kata Aini tadi. Sakit. Pedih. Tak membuang masa, Marissa meninggalkan Aini di atas sofa itu.

Aini mengeluh hampa. Dia kembali mengurut perlahan dahi licinnya. Bayang Marissa yang hilang dibiarkan pergi.

Maafkan aku, Lisa...

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now