BAB 72

3.5K 344 92
                                    

      HARRAZ kaku berdiri. Pesanan yang ditinggalkan oleh isterinya dibaca penuh emosi. Bergerak-gerak bebola mata dia membaca setiap bait ayat yang ditulis.

Assalamualaikum.

Pertama sekali, Ris nak ucapkan tahniah pada abang dan Natalia. Terima kasih kerana tunaikan permintaan Ris untuk melihat abang bernikah dengan dia.

Ris tahu abang terpaksa buat semua ni. Dan disebabkan itu, Ris nak minta maaf sebab paksa abang berkahwin dengan Natalia. Tapi percayalah, Ris buat keputusan ni buka saja-saja. Semuanya bersebab, abang. Dan sebab itu adalah untuk kebaikan abang juga.

Ris tak minta banyak, cukuplah abang berlaku adil pada dia. Layan dia sebagai mana abang pernah layan Ris. Bahagiakan Natalia macam mana abang buat Ris bahagia. Walaupun abang terpaksa buat semua ni, tapi abang kena ingat, semua tu adalah tanggungjawab abang. Abang tak boleh sia-siakan Natalia. Percayalah cakap Ris, abang akan bahagia dengan dia.

Abang, buat sementara ni Ris nak berjauhan dulu daripada abang. Ris nak bagi peluang pada abang untuk mengenali Natalia dengan lebih dekat. Tolong jangan cari Ris. Ris betul-betul perlukan masa untuk bersendirian buat masa ni. Ris harap abang faham.

Ris doakan abang akan bahagia dengan Natalia. Jaga dia macam mana abang jaga nyawa abang. Sekali lagi, Ris minta maaf sebab tinggalkan surat ni dan pergi tanpa keizinan daripada abang. Ris sayang abang. Sayang sangat-sangat. Izinkan Ris pergi dulu buat sementara waktu.

Marissa Jasmine.

Harraz menyentuh dadanya yang tiba-tiba terasa sesak. Tulisan isterinya ditenung berkali-kali.

"Kenapa sayang pergi tinggalkan abang?" Harraz terduduk di birai katil. Masih terbayang-bayang senyuman manis isterinya sebelum akad nikah dimulakan tadi. Namun Harraz tak buta. Di sebalik senyuman itu, tersimpan seribu kedukaan yang disembunyikan.

Wajahnya diraup kasar. Argh, serabut betul! Harraz kesal dengan apa yang sudah terjadi. Sekarang ni, dia bukan hilang isterinya saja. Keluarganya dan keluarga Marissa seakan berjauh hati dengan dia. Sekarang ni, mana Harraz nak cari isterinya? Ke mana wanita itu pergi?

"Hai, abang..." Satu suara halus menegur seraya bahunya diusap lembut seakan ingin menggoda. Laju Harraz palingkan wajahnya dan memandang figura tersebut. Automatik, wajahnya bertukar masam dan bengis.

Dia menepis kasar tangan Natalia yang sedang mengusap bahunya. Rimas! Tanpa pamitan, Harraz terus berlalu keluar dari bilik itu. Dua langkah dia menapak, Natalia sekali lagi memanggilnya.

"Abang nak pergi mana?" Peh, lembut dan halus betul suara dia. Macam nak tak nak aje suaranya keluar dari kerongkong.

"Aku nak keluar dari sini. Aku nak cari isteri aku. Disebabkan kau, Marissa dah tinggalkan aku!" Lantang intonasi Harraz. Muka Natalia dipandang benci.

Berubah terus air muka Natalia. Kelat wajahnya saat mendengar nama Marissa. Bibir terus mencebik menyampah.

"Biar ajelah dia pergi. Abang tak ada halau dia pun kan? Dia je yang mengada-ngada sangat nak keluar dari rumah ni. Tapi bagus juga Kak Marissa keluar. Bolehlah kita berdua honeymoon kan? Tak gitu, abang?" Setapak dia melangkah mendekati Harraz yang sedang memegang tombol pintu. Belakang tubuh lelaki itu diusap manja.

"Kau jangan nak kurang ajar sangat, Natalia! Sedar diri kau tu siapa dalam rumah ni!" jerkah Harraz, tak tertahan lagi untuk menahan laharnya.

"What? I'm your wife! Heh, apa yang hebat sangat Kak Marissa tu sampai abang nak bela dia sangat? Dia yang pergi. Biar ajelah! Abang tu terhegeh-hegeh nak cari dia kenapa?"

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now