BAB 15

5.6K 422 70
                                    

"RIS!"

Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka. Kepala cuba diangkat namun kembali menyembah bantal dek denyutan yang masih tersisa.

"Kat mana pula aku ni?" Marissa mengerutkan dahi. Terasa asing betul bilik yang dia duduki sekarang ini. Mata meliar melihat keadaan sekeliling bilik. Sah! Ini bukan biliknya. Habistu dekat mana pula ni?Marissa mengomel dalam hati.

Seingat Marissa, sewaktu dia hendak melangkah keluar dari bilik pejabat Harraz, kepalanya tiba-tiba berpusing hebat. Keadaan sekeliling dirasakan berputar menyebabkan dia tidak dapat mengimbangi badannya tadi. Tahu-tahu sebelum dia rebah, ada seseorang yang menganggil. Dan orang itu memanggilnya dengan panggilan Ris. Marissa pelik. Siapa pula yang kenal dia sebagai Marissa Jasmine? Jangan cakap... Harraz?

"Kau salah dengar kut, Ris." Marissa bercakap dengan dirinya. Seketika, dia cuba bangun dari baringan dan bersandar di kepala katil.

Matanya dikalih menghadap ke sebelah kiri. Serta merta satu senyuman terbit dibibirnya apabila melihat beberapa kuntuman bunga yang diletakkan di dalam vase. Ros putih!

"Cantiknya!" begitu teruja Marissa dibuatnya. Sekuntum ros putih diambil lalu dibawa ke hidung. Marissa menghidu ros tersebut seraya matanya terpejam rapat. Tenang. Terasa sakit di kepalanya hilang dibawa pergi.

Marissa kemudian bangun dan berjalan ke arah pintu dengan tangan memegang sekuntum ros putih tadi. Daun pintu tersebut dikuak dari dalam. Melopong dia melihat ruang tamu yang tidak terlalu besar itu. Cantik betul! Dengan tacapan warna putih di keseluruhan dinding itu menampakkan ruang tamu itu kelihatan gah. Digandingkan pula dengan warna lembut dari sofa dan perhiasan di situ. Simple but elegant!

Marissa berjalan lagi dari satu tempat ke satu tempat. Tangannya laju menyentuh meja kaca yang berkilat itu. Tiada sisa habuk. Nampaknya, tempat yang dia duduki sekarang ini, memang selalu dibersihkan ataupun penghuninya memang menetap di sini.

Marissa berjalan ke satu sudut yang menempatkan lagi satu bilik. Tombol pintu cuba dibuka, namun hampa. Pintu tersebut telah dikunci.

Langkah kakinya kemudian dihayun menuju ke pintu utama. Sekali lagi dia cuba untuk membuka pintu tersebut tapi masih juga dikunci.

Tok! Tok!

"Ada orang tak dekat luar ni?!" Marissa menjerit dari dalam. Harap-harap adalah. Dia pun dah serabut duduk dalam ruangan ini. Sudahlah pintu ini dikunci juga.

"Cik Orkid? Cik Orkid dah bangun ke?" tanya seseorang dari luar.

"Ya, ya! Boleh tolong bukakan pintu ni tak? Tolong, saya nak keluar dari sini!" ujar Marissa separa kuat. Fuh, nasib baik ada orang!

"Saya tak ada kunci nak buka, Cik Orkid. Tapi Encik Harraz pesan tadi kalau Cik Orkid dah bangun, dia suruh Cik Orkid berehat dulu dekat sini. Sekejap lagi lepas habis meeting, Encik Harraz kembali semula." Ujar pengawal yang dipesan Harraz tadi.

Harraz? Jadi, ini tempat Harraz? Bilik yang dia baring tadi tu adalah bilik Harraz? Maksudnya Harraz lah yang bawa dia ke sini? Marissa berteka-teki dalam hati.

Maknanya, Harraz yang dukung dia lah kan? Aduh! Confirm, staf-staf dekat situ semakin curiga hubungannya dengan Harraz. Mampus! Dia punyalah beria nak rahsiakan hal ini, tapi nak buat macam mana lagi? Masa tu jugalah dia nak pengsan pun!

Marissa melabuhkan duduknya di atas sofa single. Lega juga hatinya kerana dia sudah mengetahui siapa yang bawanya datang ke sini. Rupa-rupanya Harraz. Walaupun dah hampir dua bulan dia bekerja dengan Harraz, tapi tidak pernah pula lelaki itu menunjukkan tempat ini. Hish, perahsia betul! Matanya meliar dan terjatuh kembali pada sebuah bilik yang ingin dibukanya tadi.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now