BAB 43

3.8K 297 40
                                    

LENA Marissa terganggu dek bunyi alarm telefonnya. Dengan mata yang masih tertutup, tangan merayap mematikan telefon. Dia masih mengantuk dan terlalu letih. Namun, matanya dicelikkan sedikit melihat ruang katil di sebelahnya. Kosong.

Bibir naik mengoyak senyuman. Yes! Harraz tak tidur sekali dengannya. Semalam, lepas saja dia dapat meloloskan diri daripada mandi bersama, Marissa terus masuk ke dalam kamar lain. Nasib baik rumah mama dan papa Harraz ni banyak bilik kosong.

Ingatan kembali menerawang pada kejadian malam tadi. Serta merta, pipi Marissa terasa hangat. Malu betul bila teringat balik apa yang terjadi semalam. Sungguh, kegatalan Harraz memang tak terjangkau dek akal.

•••

"HARRAZ DANIEL!"

Pekik Marissa apabila tubuhnya sudah selamat masuk ke dalam bilik mandi. Suaminya yang sedang tersengih minta penampar itu ditenung tajam. Mencerlung mata dia menikam wajah Harraz yang bersahaja itu.

"Ba... Baik awak buka pintu tu sebelum saya jerit! Saya jerit macam langsuir tau... Ha, kalau mama dengan papa dengar, habislah awak..." ugut Marissa dengan suara yang bergetar. Dia acah-acah berani aje sebenarnya ni.

Cup!

Harraz mencium sekilas pipinya. Tersengih lelaki itu. Kening terangkat senget manakala sebelah tangan menyentuh dinding bilik mandi. Kini, Marissa betul-betul terperangkap.

"Apa... Apa awak ni?" Bagaikan terkena renjatan, Marissa statik berdiri tegak.

"Awak again huh?" Harraz cium pipi di sebelah kiri Marissa pula.

"Kalau sayang panggil awak lagi, abang cium bibir tu pula," sambung Harraz, miang.

Sontak, Marissa menekup mulutnya. Liur ditelan. Harraz ni bukan boleh percaya. Buatnya suaminya cium betul-betul, tak ke naya tu?

"Abang..." Marissa panggil meleret.

"Ya sayang..."

"Ris sejuk ni... Ris nak keluar boleh tak?" lemah lembut Marissa berkata. Mana tahu Harraz terpujuk untuk melepaskan dia?

"Sejuk? Come here..." Harraz depakan tangan.

"Hah?" terpinga-pinga Marissa jadinya. Harraz nak buat apa pula ni?

"Sinilah... Tadi kata sejuk?"

Dengan langkah yang perlahan, Marissa mendekati Harraz yang tidak berbaju itu.

"Argh!" jeritannya bergema di segenap ruang. Manakan tidak, Harraz tiba-tiba menarik tangan dia masuk ke dalam bath tub yang sudah dipenuhi dengan buih sabun. Habis basah gaun labuhnya.

"Apa abang ni!" marah Marissa seraya memukul bahu lelaki itu.

"Alang-alang sayang dah sejuk, abang nak tolong hangatkan sayang." Harraz gigit bibir. Dia yang sedang duduk di dalam bath tub itu merenung Marissa bagaikan mahu telan.

"Ab... Abang nak buat apa ni?" Takut-takut Marissa menyoal. Bulu romanya dah berdiri tegak. Dia mengengsot ke belakang sehingga badannya kini tersandar di kepala bath tub tersebut.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now