BAB 49

3.1K 257 16
                                    

    "AKU boleh tolong kau untuk dapatkan Encik Harraz."

Natalia tergamam. Anak matanya berlari-lari mencari iris milik wanita di hadapannya.

Terkejut.

Terkedu.

"Apa... Apa yang kau merepek ni?" soal Natalia seraya kepala digelengkan.

"Aku merepek?"

"Hei, aku ni nak tolong kau. Tapi kau boleh cakap aku merepek? Huh, menyesal pula aku tawarkan pertolongan aku tadi." Gadis itu menjeling Natalia. Sakit hatinya memandang muka polos itu.

"Tapi, kalau kau tak nak terima pertolongan aku ni, aku tak heran pun. So, goodluck untuk kau dalam memenangi hati Encik Harraz. Oh ya, aku tak rasa Encik Harraz tu mudah tergoda dengan perempuan. Jadi, lebih baik kau siapkan mental kau okey? Takut nanti, Encik Harraz kau tak dapat tapi malu yang kau terima. Bye!" sambung gadis itu lagi dan mengorak langkah meninggalkan Natalia yang masih terkebil-kebil.

"Wait! Aku terima pertolongan kau tu." Akhirnya, Natalia bersuara. Tubuhnya tegak memerhati susuk badan wanita itu.

Senyuman sinis tersungging di bibir gadis itu. Lidahnya bergerak-gerak di dalam mulut. Kepala menoleh ke belakang dan serentak itu, kaki diatur semula ke arah Natalia.

"Kau tak akan menyesal terima pertolongan aku? Kau dah fikir masak-masak?" Sengaja dia mahu menguji Natalia. Dia tahu, separuh daripada hati wanita itu tidak mahu menerima pertolongannya. Senang kata, Natalia sekarang diambang kekeliruan.

Come on, ikut kata hati, mati. Ikut kata rasa, binasa. Pilihan di tangan Natalia sendiri. Mahu menerima ataupun menolak.

"Aku... Aku yakin dengan keputusan aku. Aku nak kau tolong aku dapatkan Encik Harraz." Natalia anggukan kepalanya. Rentak jantung semakin laju berlari.

Betul ke apa yang dia buat ni? Tak menyesalkah dia nanti? Argh! Persetankan semua tu! Yang lebih penting sekarang, wanita di hadapannya sudah tawarkan diri untuk menolong dia!

"Okey, baik. Aku boleh tolong kau. Tapi, kau kena janji dengan aku, kau akan ikut segala arahan yang aku bagi. Dan andaikata niat jahat kau ni terbongkar, jangan sesekali kau petik nama aku. Boleh?" Wanita itu mengangkat keningnya.

Sebenarnya, dia tidaklah begitu ikhlas nak membantu Natalia. Dia sengaja mempergunakan Natalia untuk hancurkan rumah tangga Harraz dan Marissa. Yup, tujuan mereka sama. Mahu memiliki Harraz Daniel. Tapi, tak semudah itu dia akan beri Harraz kepada Natalia.

Rancangannya, dia akan menggunakan Natalia untuk porak perandakan rumah tangga Harraz. Bila Harraz dan Marissa bergaduh besar, makin senanglah kerjanya nanti. Natalia? Dia akan pastikan wanita itu pergi dari hidup Harraz! Bijak kan dia?

Memang segala omelan Natalia di dalam bilik air tadi sudah didengarinya. Tidak tahu mengapa, cepat saja otaknya merancang idea jahat. Lepas ni, kerjanya semakin mudah dengan adanya Natalia yang bakal dijadikan objek untuk menghancurkan hidup suami isteri itu.

Bodoh kau, Natalia! Senang-senang kau percaya dekat perempuan itu. Dalam kau nak kenakan orang lain, diri kau sendiri sudah terkena dahulu. Itulah, bercakap tak pandang kiri kanan. Dan sekarang, kau bakal menerima akibatnya nanti.

"Aku... Aku setuju." Tanpa ragu-ragu, Natalia bersetuju dengan arahan daripada wanita itu.

"Bagus, itulah yang aku nak dengar..."

"Tapi... Kenapa kau tiba-tiba nak tolong aku?" soal Natalia, hairan.

Mati terus senyuman di bibir wanita itu. Matanya mencerlung tajam ke arah Natalia.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now