3

12K 463 1
                                    

Aurora Lilly

Aku mengambil keputusan ke perpustakaan untuk menghantar buku buku yang aku pinjam bagi menyiapkan final research semalam. Esok aku dah bekerja semula.

Letih tengkuk aku tak payah cerita. Lenguh.

Perpustakaan Negara Erovra adalah sebuah perpustakaan yang sangat besar. Banyak sangat buku buku tersimpan dan aku pasti akan ke sini jika aku bercuti atau aku sedang dalam stress.

Buku yang aku pilih sememangnya semua dalam perubatan. Aku tak minat novel cinta atau bacaan biasa biasa. Aku sendiri tak tahu kenapa.

Mungkin aku tiada pengalaman cinta.

Sebab aku tak pernah bercinta. Aku tak reti nak membalas cinta. Ada sahaja lelaki mendekati namun aku hanya melayan sebagai kawan.

Tidak lebih dari itu. Aku tak bersedia sebenarnya.

Titik.

Selesai aku memulangkan buku, mataku terpandang satu laluan di bawah tangga ruang perpustakaan. Seingat aku,rasanya tak pernah lagi aku ternampak laluan ini.

Hatiku rasa terpanggil untuk masuk ke laluan itu. Ada satu perasaan atau satu suara kecil yang menyuruh aku ke sana. Aku seperti tak pasti sebentar.

Dorongan suara itu membawa kaki aku ke laluan itu.

Entah mengapa tiada sesiapa pun di lobi atau kaunter itu yang menyedari aku ke sana.

Laluan itu membawa aku turun ke bawah tanah dan keluar ke satu ruangan yang sangat luas. Terdapat buku buku di almari tinggi yang tidak terjangkau oleh ketinggian aku. Aku perlu menaiki tangga jika aku ingin buku belah atas.

Ruangan itu sama seperti ruangan buku yang biasa aku pinjam cuma ia kelihatan lebih gelap dan misteri.

Satu rasa sunyi mencengkam hati namun anehnya  aku tak rasa takut.

Suara itu datang lagi berbisik, membawa aku ke satu rak yang seperti kurang disentuh. Berhabuk.

Dan mata aku tertangkap satu buku kulit tebal berwarna hitam. Ianya seperti menarik dan memanggil aku menyentuh ia. Aku terasa sangat tertarik untuk membacanya.

Sangat tertarik hingga aku membuat keputusan untuk membawanya pulang. Aku ambil dan meletakkan buku itu dalam tote bag aku. Aku tahu aku dah dikira mencuri tapi..........

" Nanti aku akan pulangkan kembali," bisik hati aku.

Aku curious nak tahu apa sebenarnya didalam buku ini. Aku amek keputusan untuk pulang terus ke rumah.

Aku pusing belakang dan menyedari sesuatu. Ada satu signboard besar dibelakang. Aku terpana sebentar.

Alamak!!
Aku sebenarnya berada di Ruangan Buku Larangan.

" Aduiii," getusku cemas. Buku yang aku ambil ini adalah buku terlarang.

Namun hati aku sangat berat untuk mengeluarkan kembali buku itu.

Aku hanya mengikut kata hati, lebih baik aku tinggalkan segera tempat ini.

Ruang buku larangan ini hanya boleh diakses oleh keluarga atasan atau keluarga diraja. Juga beberapa orang tertentu juga boleh memasuki ruang ini sekiranya diizinkan.

Jika aku tertangkap, aku boleh dibuang kerja.

Lantas aku meninggalkan ruangan itu. Bersama buku hitam misteri dalam beg ku.

——————————————————————

Aku hanya termenung melihat buku tebal hitam berhabuk di hadapan aku, menunggu untuk aku sentuh.

Aku masih hairan mengapa aku tertarik sangat dengan buku ini. Macam satu magnet.

" Kenapa lah aku minat sangat dengan buku ni?" Keluhku. Makin menjadi jadi rasa ingin tahu.

Aku sentuh kulit muka depan.

Keras. Memang diperbuat dari kulit.Aku usap ukiran yang terbentuk dihadapan.Kelihatan seperti ukiran haiwan , yang tegak duduk menghadap aku. Matanya tepat memandang aku.

Ukiran serigala.

" Cantiknya ukiran"gumam aku.

Aku buka buku tersebut. Kertasnya berwarna coklat dan sedikit koyak,ada unsur seperti kertas lama.

Serigala Jadian - tajuk di hadapan muka surat pertama.

Aku mengerut dahi. Tertarik untuk mengetahui isi dalamnya.

Serigala jadian merupakan satu spesies manusia yang mempunyai gen serigala. Ia mampu bertukar dalam satu satu masa dan menjadi kuat apa bila bulan penuh.

Tubuh serigala jadian diliputi dengan bulu dan kepala menyerupai serigala. Segala perwatakan mereka adalah serigala dan tiada ciri-ciri manusia. Gemar memakan daging manusia dan haiwan.

Serigala jadian mempunyai musuh yang amat ketat, iaitu vampire. Mereka kebal terhadap kebanyakan senjata, kecuali yang diperbuat daripada perak.

Serigala jadian diwarisi turun temurun melalui gen keluarga. Setiap komuniti pack untuk serigala jadian akan diketuai satu serigala jadian yang sangat kuat, yang digelar Alpha dan dibantu serigala lain, diberi gelaran Beta.

Kekuatan spiritual Alpha tidak akan lengkap tanpa Luna. Luna adalah pasangan Alpha yang dipilih sejak dahulu kala dan sudah ditetapkan azali. Luna tidak semestinya dari kalangan serigala juga, manusia turut diangkat menjadi Luna mengikut naluri Alpha itu sendiri.

"Apa benda ini?" getus hati ku.

Serigala jadian? Alpha ? Luna?

Dia meneruskan pembacaan lagi.

Apabila Alpha menjumpai Lunanya, dia akan terus menuntut Luna seperti hak miliknya. Luna memberi sensasi menenangkan,mendamaikan mahupun pemuas seksual bagi diri si Alpha. Kesetiaan Alpha pada Luna tidak terbanding dan tidak tertanding.

Cara Alpha mengenali Luna yang ditakdirkan untuknya, bau manis yang dikeluarkan oleh si gadis akan menarik Alpha kepadanya serta renungan mata gadis tersebut akan memberi jawapan hati kepada si Alpha.

Aku mencampakkan buku itu.

"Buku cerita dongeng apa yang aku baca nih!! Buang masa aku je. Mengarut" bebel aku seorang diri. Entah sapa reka reka buku macam ni dan letak kat ruang buku larangan.

Bodoh betul aku...gumam aku lagi sambil menutup buku itu dan meletakkan dibawah laci.

"Ada masa aku akan hantar balik ke library," tuntas hatiku lagi dan mengambil baju untuk dipakai ke tempat kerja esok.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now