63

8.5K 372 27
                                    

Minuman air diletakkan pil perangsang khas buat Aiden. Bella mahu lakonannya nampak benar. Bella juga mahu hubungan intim yang benar. Lagi pula bukan dia yang beria mengajak. Aiden sendiri yang minta diurut.

Pintu bilik diketuk. Tersembul wajah yang kelihatan sangat penat seperti baru lepas berlari. Bella tersenyum manis kepada figura tegap Aiden yang masuk perlahan lahan.

" Nah, you. Minum air. You nampak penat. I pesan kat Gwen tadi suruh bawa ke sini", kata Bella tersenyum manis. Menyerahkan air jus oren yang telah dicampur pil perangsang. Aiden pula tidak banyak bertanya terus meminum air tersebut dengan cepat. Benar benar dahaga mungkin. Fikir Bella.

" Thanks Bella," kata Aiden dengan suara husky nya, menyerahkan gelas yang sudah tiada isinya. Bella mengangguk senang. Matanya dikerdipkan dan dijeling, menggoda.

Seketika kemudian Aiden merebahkan diri di atas katil Bella sambil memejamkan mata. Bella berjalan perlahan menuju ke katil dan duduk disamping Aiden. Aiden kelihatan seolah olah sedang tidur.

Jari jemari Bella membuka butang baju kemeja Aiden. Mendedahkan dada bidang yang sudah lama diimpikan olehnya, ingin merebahkan kepala, lena dipangkuan lelaki itu. Digosok gosok serta jarinya dilarikan membentuk bulatan di dada Aiden tanda puas. Sebentar lagi Aiden akan bernafsu dengannya. Sebentar lagi Aiden akan melepaskan semua yang tertanggung dalam dirinya, dan Bella rela. Rela akan hubungan yang bakal berlangsung sebentar sahaja lagi.

Tangannya yang bermain di dada Aiden segera ditangkap kemas. Bella tergamam seketika apabila tangannya dibawa ke bibir dan dicium oleh Aiden. Aiden membuka matanya dan merenung lembut ke arah Bella.

"Bella."

Suara itu menyapa gegendang telinga Bella. Inikah masanya?

" You are so beautiful tonight my babygirl," Bella terpana. Aiden menggunakan enchantment name untuk dirinya setelah sekian lama.

" Aiden."

Aiden bangkit dari posisi baring dan merangkul tubuh Bella ke atas ribanya. Tangan Bella diatas dada Aiden, menahan jarak yang kian mendekat antara mereka. Suara Aiden terlalu menggoda. Sukar untuk dia menangkis panahan mata asmara Aiden.

" Kiss me Aiden," kata Bella, hampir berbisik.

Dada Aiden berombak kencang menahan sesuatu. Dia menghirup haruman tubuh Bella yang kuat.

"Harum bau tubuh kau. Tak seperti isteri aku," kata Aiden kelihatan kesal. Bella tersenyum mengejek.

" Ceraikan dia Aiden. Lupakan dia. Dia tidak layak untuk you sayang. I yang sepatutnya jadi permaisuri you," bisik Bella meletakkan tangan di kedua pipi Aiden.

Aiden kelihatan tersenyum manis. Sudah lama Bella tidak melihat senyum yang khas untuknya itu.

" She's not deserve for me right? Hmm kalau aku tahu macam ni, aku sepatutnya tak cari dia kat Vienna. Sepatutnya aku teruskan niat untuk kahwin dengan kau," kata Aiden sambil mengambil kedua tangan Bella yang melekat dipipinya. Dikucup lembut.

"Kalau aku jumpa dia aku nak hukum dia sebab lari dari istana. Hukuman sekeras yang aku boleh berikan."

Mata Bella bercahaya. " Betul ke you?"

Aiden mengangguk ringkas. Wajahnya kelihatan seolah terseksa menahan nafsu.

Tak apa, Bella kan ada. Bisik hati si perempuan girang.

" Sebenarnya I ada something nak bagitahu tetapi you jangan marah."

Aiden merenungnya lembut. "' What is that babygirl?"

Bella menarik nafas.

" Dylan dah tangkap Aurora beberapa hari lepas masa Aurora ingin dibawa lari Hun," kata Bella teruja. Memang hajatnya ingin melihat Aurora musnah. Benar benar musnah.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateOù les histoires vivent. Découvrez maintenant