Epilog 2💅🏾

6.5K 322 5
                                    


Aurora geram dan marah, lantas memandang tajam suaminya yang tersengih manja. Apahal? Nak cover rasa bersalah ke?

Aiden tersenyum simpul, menghampiri isterinya yang sedang seperti dirasuk hantu. Nampak marah benar tu.

Aiden duduk di atas katil, mendekati isterinya yang sudah 6 tahun dinikahinya.

" Abang minta maaf sayang. Abang betul betul tak sengaja. Bukannya abang tak...."

"Tak sengaja? Oh tak sengaja.." gelak sinis Aurora.

" Abang tak pergi draw contest Carla, saya okay..abang tak pergi sama sama ambil report card Noah dan Carla, saya okay.. abang tak pergi majlis anugerah dorang,saya okay..abang tak pergi match bola Noah, saya masih okay.. but this day, our son's birthday, Zayd, pun abang boleh tak hadir? What did you said? Tak sengaja? What is wrong with you Aiden?" Naik seoktaf nada tinggi Aurora memenuhi kamar peribadi mereka.

" They miss your presence as their Daddy. They miss you!"

Aiden terkesima sebentar. Ya dia tahu itu salah dia. Tetapi mengapa isterinya tidak boleh memahami dirinya? Tanggungjawabnya besar, dia pemimpin utama negara. Dia merupakan salah seorang Raja Pemerintah termuda dunia. Pembaharuan yang dibawa oleh Aiden terhadap negaranya Erovra memang dikagumi negara lain. 4 tahun dia memegang tampuk pemerintahan, ekonomi melonjak, mata wang menjadi mahal, serta keamanan yang dicapai menjadikan Erovra salah satu negara yang paling ingin dicontohi ramai.

Tetapi dia gagal dalam institusi keluarganya sendiri. Ya, keluarga kecilnya bersama Aurora. Masanya terlalu sedikit, malahan hampir tiada dengan mereka. Dia meraup wajahnya, mengeluh. Adakah salah dia sebenarnya?

" Abang.. abang minta maaf.." Aiden kaku, tidak tahu menyusun kata.

Aurora bangun dari katil dan memeluk tubuh. Dia mahu mengubah posisinya, ingin meredakan marah yang mencanak. Dadanya turun naik menahan rasa.

"Not me Aiden..you should apologize from them. From our kids.." kata Aurora menurunkan nadanya.

Aiden menarik nafas.

" I know this is my fault.. I try..I try my best sayang..but I can't.."

Aiden kehilangan kata kata.

" You know what..saya faham kesibukan awak..but saya benci janji yang takkan boleh ditunaikan.. you keep promising them but you never doing anything..saya benci fakehope yang awak always bagi kat anak anak. You buat mereka ternanti nanti kepulangan seorang ayah. Daddy mereka. Daddy kesayangan mereka. You selalu berjanji itu ini, but the end, nothing!"

" Kalau macam ni lah, jangan dorang ingat Zyon yang jadi papa mereka pula. Because selama ini Zyon yang menemani. Zyon yang hadir, Zyon yang beri semangat...."

BUM!!

Tumbukan padu di dinding oleh Aiden sehingga meninggalkan kesan pecah sedikit. Wajah Aiden merona merah. Urat hijau kelihatan dipelipis, menandakan dia sedang marah.

Rahangnya diketap.

Sudahlah seharian dia di pejabat hotel menguruskan hal perniagaannya, letih masih belum hilang, ditambah pula dengan masalah begini. Pada mulanya dia tidak mahu ambil pusing. Namun kata kata isterinya yang sungguh lancang itu menaikkan darahnya.

Aurora terkejut sesaat, tetapi dia lantas menyembunyikan riak.

" What did you said just now, wife?" Perkataan wife ditekan dalam, seakan ingin isterinya mengerti maksudnya. Berani betul Aurora berkata kata.

Zyon? Jadi papa mereka? Fuck!

Aurora membisu. Sedar dia lancang berbicara. Tapi dia sangat geram. Sangat sangat sakit hati.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now