53

9K 309 9
                                    

Tengku Adrian dan Aurora tiba di bangunan besar berwarna light cream bagi menghadiri sambutan ulang tahun syarikat pengeluar kapasitor milik Tengku Adrian. Syarikat itu adalah pengeluar utama kapasitor untuk penggunaan barang elektrik, sama ada smart tv,kereta,barang elektrik yang menggunakan teknologi tinggi, robot dan juga handphone.

Kilang dibawah Tengku Adrian menerima jumlah tempahan yang tertinggi kerana banyak kilang kilang elektronik, handphone dan automative menempah kapasitor dek kerana kualiti yang terbaik. Oleh kerana itulah kilang Tengku Adrian dikenali seluruh dunia.

Aurora tampak elegan dan cantik. Mata Tengku Adrian tidak lepas memandang isteri kepada Tengku Mahkota Erovra itu. Namun dia segera menghapuskan rasa yang menjalar di hati, dia ingin menganggap Aurora sebagai adik perempuannya sahaja. Walau apa pun dia akan melindungi insan tersayangnya itu.

Aurora cepat sahaja menangkap perhatian umum namun Tengku Adrian menegaskan tiada media untuk kali ini. Smartphone juga tidak dibenarkan untuk majlis ini bagi sebarang aktiviti bergambar. Semua ini dilakukan untuk menjaga privasi Aurora sendiri.

Ramai yang tertanya tanya siapakah wanita cantik disebelah Tengku Adrian itu. Spekulasi mula bertaburan. Namun Aurora hanya buat tidak tahu sahaja.

Aku datang cuma nak makan, dan balik tidur.

Majlis dimulai dengan kata kata aluan oleh pengacara majlis, video montaj, serta ucaptama oleh CEO Tengku Adrian sendiri. Matanya banyak melihat Aurora sepanjang ucapannya.

Kemudian diteruskan dengan persembahan nyanyian artis terkemuka Amana dan jemputan makan.

Aurora apa lagi, terus melangkah ke meja dessert untuk mengambil makanan. Segala dessert yang ada dikautnya memenuhi pinggan.

Tengku Adrian hanya menggeleng kepala. Satu yang dia dah maklum, Aurora hantu dessert.

Namun dia hanya membiarkan jika itu yang membuatkan Aurora gembira. Kerana dia sudah beberapa malam melihat Aurora yang asyik menangis dan menangis sejak mengetahui berita perkahwinan suaminya. Tengku Adrian tahu Aurora sudah menyesal memberi izin namun segalanya sudah terlambat.

" Aurora, malam ni aku ada kejutan untuk kau. Pasti kau suka dengan kejutan ni," kata Tengku Adrian sayu. Dia harus mengutamakan kegembiraan wanita itu, kerana gembiranya Aurora, gembiralah bagi dia juga.

Mata Aurora bercahaya. " Betul ke Ad? Kejutan apa?."

Tengku Adrian menarik senyum segaris. " Adalah, kau tunggu je lah."

Aurora menjungkit kening. Apa ye?

" Hai Ad, lama tak nampak," seseorang menegur dari belakang. Tengku Adrian kelihatan tidak selesa, dia mungkin mengenali siapa gadis itu berdasarkan suara.

" Kau nak apa?"

Gadis itu tersenyum senyum. " Saja nak tegur, rindu"

"Aku memang tak nak tengok muka kau, go!"

Gadis itu kemudian merenung Aurora yang sejak dari tadi melihat drama ini. " Who is she Ad?"

" Not your business" Ringkas Tengku Adrian menjawab. Keras. Gadis itu seperti tak faham bahasa langsung. Ataupun mungkin buat tak faham. Perbuatan itu mengingatkan Aurora kepada Puteri Bella.

" You look so familiar girl. I have seen you before but I dont remember where. Btw I am Nasha, girlfriend Tengku Adrian," kata gadis itu menghulurkan tangan ingin bersalam.

" Excuse me," nada naik seoktaf milik Tengku Adrian mula terkeluar. " You and me, we don't have any relationship now Nasha. It was me who dump you because you cheated on me"

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now