7

11.5K 417 2
                                    

Aurora Lilly

Suasana malam itu terasa lambat berlalu. Mujur lah semua pesakitku stabil jadi aku tidak perlu memeriksa mereka semula. Aku hanya berteleku di pantry,menghadap makanan yang dibeli S/N Lisa namun seleraku mati.

Bagaimana aku boleh ada selera jika dalam satu hari ini tak sampai 24 jam berjumpa Putera Mahkota, hidupku huru hara sampai begini?

Dipaksa kahwin, keluargaku diancam, kerjayaku juga bakal terkubur. Apa nih?

Dadaku berat terasa. Makin ditarik nafasku makin berat aku hembus. Ini semua gila.

Deringan telefon dari handphone mematikan lamunanku lantas aku sambut talian itu.

Suara abangku dihujung talian.

" Lilly ," kedengaran suara abangku Arjuna. Aku mengerut dahi. Jarang abangku call waktu malam begini. Mesti hal penting.

" Boleh kau balik sekarang?" Soal abangku laju.

" Kenapa abang? Ibu okay ke?" Soal aku pula cemas. Ibuku menghadapi penyakit kanser payudara stage 3 jadi aku agak risau jika malam sebegini Arjuna hubungi aku.

" Ini tak de kaitan dengan ibu Lil", kata abangku perlahan. Aku terdiam.

" Jadi kenapa abang?" soalku kembali. Hati aku tak tenteram.

" Benda ni tak sesuai dibincangkan dalam telefon Lilly. Please balik sekarang, aku pickup kau sejam lagi," abangku seperti tak tentu arah. Lagi menambahkan rasa cemas aku.

Adui abang aku ni. Aku dah la tengah serabut.Tak cukup dengan perangai gila si Putera Mahkota tu lagi ke,kau pun nak buat serabut jugak ke.

" Aku call kau balik abang lagi 10 min, aku kena tanya incharge aku dulu nak kena dapatkan pelepasan keluar ni," ujarku, sambil berfikir alasan apa yang aku nak beri kepada Dr Reena.

" Okay, roger," balas abangku menamatkan talian.

———————————————————————-

Aku merenung keluar melihat kegelapan malam  dari tingkap kereta abang aku.Incharge aku memberi cuti 3 hari kepada aku. Aku terasa hairan sebab Dr Reena bukanlah jenis orang yang boleh bertoleransi terutamanya bab cuti. Dahla aku baru je cuti hari tu siapkan proposal.

Aku bersangka baik.Mungkin dia dalam mood baik kot. Yela proposal yang dia handle dipilih Pengarah kan. Entah tu je mampu aku fikir.

" Kau cuti berapa hari?" Soal abang aku memecah kesunyian.

" 3 hari. Boleh tak kau bagi tahu aku kenapa nih," aku berpaling menghadapnya mengambil peluang bertanya. Aku duduk di seat penumpang hadapan manakala abang aku Arjuna memandu kereta. Oh ya Asher juga turut mengikuti, dia duduk di seat belakang.

Arjuna melepaskan keluhan berat.

" Entahla dik,aku tak tahu nak cakap macam mana."

Aku merenung abangku lama,mencari jawapan di wajah itu.

" Bagitahu je la dia, dia yang nak kena hadap semua tu", sampuk Asher dari belakang.

Aku berpusing ke belakang melihat Asher yang menunjukkan muka selamba.

" Asher," seruku, memohon adikku itu menjawab persoalan serabut aku.

Asher kemudian melihat aku dengan pandangan simpati.

" Sebenarnya ada..." belum sempat Asher memberitahu aku, Arjuna lantas memintas.

" Jangan Asher,baik ibu sahaja yang memberitahu dia kat rumah."

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now