27

11.8K 421 1
                                    

Aurora Lilly

Aiden mengarahkan aku menukar baju ke baju yang lebih santai. Katanya ada satu lagi majlis istimewa untuk kami berdua sekejap lagi. Pada mulanya dia tidak percayakan aku bersendirian dalam bilik untuk menukar baju katanya takut aku lari lagi namun setelah melalui beberapa siri confront yang akhirnya melibatkan campur tangan bapa mentuaku Raja Evan sendiri, akhirnya Aiden mengalah.

Aku diberi masa untuk menukar baju sendirian dengan syarat dia berdiri di luar bilik. 5 minit katanya. Pendengarannya yang sensitif memang membantu Aiden untuk mengetahui perbuatan aku didalam bilik.

Aku mengenakan dress labuh berwarna maroon tua. Agak terdedah sedikit di bahagian dada menyebabkan aku tak selesa. Aku bedal je la pakai dress apa pun sebab itu je yang tersedia untuk aku. Kena turut juga sebab aku tiada persiapan langsung untuk diri aku. Baju aku pun ditinggalkan di bilik sewa aku di Valley tadi.

Sehelai sepinggang aku dibawa pulang ke istana tadi.

Mungkin aku mengambil masa yang lama untuk menukar baju , Aiden segera mengetuk pintu. Aku membukanya setelah pintu bilik diketuk macam nak pecah.

" Lamanya, apa yang kau buat?" Aiden tenung mata aku dalam. Lantas dia masuk ke dalam bilik itu pula seolah mencari sesuatu.

" Tak ada apa apa Tuanku. Dress ini agak susah sikit jadi saya terpaksa ambil masa nak sesuaikan dengan tubuh saya," balasku perlahan.

Aiden merenung aku atas bawah, dan pandangannya jatuh tepat ke dadaku. Lama dia merenung .Matanya bertukar hitam secara tiba tiba.

" Aku tak nak kau pakai dress ni. Seksi sangat. Aku tak suka orang tengok bahagian tubuh isteri aku yang sepatutnya aku je boleh tengok. Tukar." Katanya mengarah. Aku memandangnya sambil mengigit bibir bawah.

Mana aku ada baju dah. Ni pun disediakan siap siap.

Aku terdiam sebentar. Aiden melihat aku seperti tiada reaksi.

"Tunggu apa lagi?" Soalnya seolah mengherdik.

" Saya tak de baju lain dah Tuanku," balasku menunduk. Wajah Aiden seperti tersedar sesuatu.

Dia mengeluarkan telefonnya dan menelefon seseorang.

" Ayana, bawak baju bertutup kau yang belum dipakai lagi," kata Aiden dan terus mematikan talian. Dia berpusing menuju ke katil merebahkan diri dan memejamkan mata seketika. Tampak letih sungguh nampak. Kasihan pula aku tengok. Mungkin letih uruskan hal aku si isterinya yang "banyak buat hal menyusahkan dia" ni kot.

Tidak mahu menganggu dia, lagipun aku masih terkesan dengan kejadian Aiden mengamuk dalam kereta tengahari tadi, jadi aku hanya mendiamkan diri dan berdiri sahaja. Tanganku aku main mainkan seketika sambil menunggu Ayana datang.

Seketika aku menguap namun aku tutup dengan tangan. Kantuk mula menjengah. Aku terasa ingin rebahkan diri juga di katil namun Aiden sudah pun berada di sana. Jadi aku cuba tahan. Aku tak bersedia untuk duduk sekatil bersama dengan suamiku lagi.

Aku masih kepenatan yang amat. Dari pagi tadi aku memulakan kerja, kemudian berjumpa Aiden, dan mengharungi perjalanan pulang dengan jet, mabuk pula, terus bernikah dan tak berehat sehingga sekarang. Memang wajarlah aku mengantuk.

Sekali lagi aku menguap dan aku tutup erat mulutku dengan tanganku sebelum aku rasa diriku di awangan.

Rupanya Aiden mendukungku menuju ke katil. Kaku aku seketika dengan perbuatan spontannya.

Elok elok aku mengantuk, jadi segar terus.

" Kau okay ke ni," soal Aiden sambil meletakkan aku di katil. Dia  juga merebahkan diri disebelahku dan lantas memelukku erat. Kepalanya dibenamkan ke celah leherku.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now