28

12K 384 6
                                    

Aurora Lilly

Ini majlis hari penukaran?

Ini lah bahagian yang belum sempat dijelaskan oleh Amar tempoh hari. Sebab aku dah lari terus terlebih dahulu.

Okay tak apa, kita follow the flow.

" Tanpa membuang masa beta mempersilakan pengantin baru kita, pewaris takhta pemerintahan Erovra, Putera Aiden Alexandert dan mate merangkap isterinya, Aurora Lilly untuk tt naik ke pentas bagi meneruskan majlis ini ."

Aku menoleh kepada Amar. Aku nak tanya apa yang aku kena buat. Sebab aku teringat ayatnya hari itu Hari Penukaran ini berkaitan soal ikrar darah. Namun Aiden yang memegang tangan ku segera bangun, jadi aku terpaksa mengikuti langkahnya.

Kami berjalan beriringan sebelum Aiden membantu aku menaiki pentas. Aku merungut kecil mengatakan aku boleh naik sendiri lah namun pandangan mata Aiden seperti berisi " Behave" mendiamkan aku.

Setelah kami di pentas kecil itu, ku lihat Zyon membawa satu mangkuk sederhana besar berisi cecair jernih dan sebilah pisau. Aku menelan air liur kasar melihat pisau tersebut. Zyon meletakkan mangkuk itu di atas meja kecil diantara aku dan Aiden.

Raja Evan berdiri di antara kami. Kira kami mengelilingi meja kecil tu.

"Aiden dan Aurora sila keluarkan tangan kamu di atas mangkuk ini. Buka tapak tangan kamu ye," kata Raja Evan perlahan.

Aku yang kebingungan hanya mengikuti arahan bapa mentua aku itu.

Sekelip mata dihiris tapak tangan Aiden dan aku. Hirisan kecil itu mengejutkan dan darah mula keluar dari hirisan itu. Wajah Aiden tidak bereaksi. Manakala aku sudah terasa sakit pedihnya.

Sebelum fikiran aku sempat mencerna,segera Aiden menyambar tanganku yang berdarah itu dan memegang tanganku. Mangkuk  yang diletakkan diatas meja itu dipegang oleh Raja Evan. Hirisan tangan kami bertemu dan dicelupkan tangan kami itu ke dalam mangkuk itu. Seolah olah darah kami bersatu.

Aiden memandangku dan mula bersuara,

" Saya Aiden Alexander Evan, bakal Alpha King dengan ini bersaksikan semua yang hadir menerima  sepenuh hati mate saya bakal Luna Queen, Aurora Lilly. Saya juga bersumpah akan mencintainya, menjaganya, melindunginya, menyayanginya, serta berkongsi jiwa dengannya sepanjang hidup saya dan sekiranya saya gagal melakukannya, saya menerima hukuman apa sahaja termasuk kematian."

Buat pertama kali aku menatap mata Aiden sedalamnya. Mulut aku terlopong. Aku terpaku dengan ikrar yang diucapkan Aiden sebentar tadi. Maknanya sekiranya dia gagal, dia akan mati? Aku nampak keikhlasan yang terpancar dalam dirinya. Aku nampak.

Cuma apa yang aku tidak pasti, adakah semua tindakannya didorong oleh bonding mate kami atau perasaan dia yang sebenarnya?

" Baik, dengan ini rasminya Aiden sudah boleh melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh serigala yang mempunyai mate, iaitu mewujudkan pewaris," kata Raja Evan dan tersenyum manis kepada kami diikuti oleh sorakan yang hadir. Aiden hanya senyap tidak bereaksi. Wajahnya kelihatan tenang dan lega mungkin. Tangan aku dan dia masih terendam didalam mangkuk putih itu.

Manakala aku hanya melopong lagi.

——————————————————————————-
Namun begitu malam itu kami tidak tidur bersama lagi, which is sangat melegakan aku. Permaisuri Tilia menyelamatkan aku dengan mengarahkan kami hanya akan boleh sebilik setelah selesai majlis resepsi esok.

Sudah tentulah suamiku membantah keras, alasannya kerana aku sudah sah menjadi isterinya bla bla bla namun Permaisuri Tilia mematahkan hujahnya. Aiden walau sekeras dan sedingin mana pun dia, nampaknya dia tidak boleh mengalahkan ibunya sendiri.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now