62

8.5K 323 14
                                    

Aiden hanya mengetuk meja di pejabat di istana sambil matanya merenung Bella yang sedang duduk di hadapannya. Kesedihan yang dialami Bella belum cukup untuk Aiden memaafkan Bella mahu pun bersikap baik terhadapnya.

" Kau nak apa lagi?" Kasar suara Aiden bertanya.

Bella menggigit bibir bawah sambil matanya terkebil kebil memandang Aiden. Dia seolah olah ingin berkata sesuatu.

" Kalau kau tak de sesuatu yang nak cakap, kau boleh blah dari sini," kata Aiden berang. Dah lah suka hati je redah masuk.

"Aiden, saya nak minta maaf," perlahan suara Bella berkata. Aiden berpeluk tubuh sambil menyandarkan ke kerusi. Dia memicit pelipisnya,wajahnya benar benar tertekan.

" Maaf kau takkan boleh kembalikan apa yang terjadi. Kau boleh keluar," balas Aiden tanpa memandang wajah Bella. Dia masih mengurut pelipisnya. Wajah isterinya bermain diruang mata. Aurora selalu akan memicit kepalanya ketika waktu waktu mereka berduaan. Urutan Aurora sungguh menenangkan.

Rindu. Sumpah dia rindu. Dia boleh rasa kesedihan dan rindu yang lain juga. Itu adalah perasaan Aurora. Dia hampir lupa, tentang itu. Dia boleh merasakan perasaan isterinya juga.

" Sayang, abang rindu. Sabar ye sayang. Abang sedang usaha untuk cari sayang. Kuat untuk abang ye," bisik Aiden perlahan. Dia tenggelam dalam mainan perasaannya. Tidak menghiraukan sekelilingnya.

Terasa ada satu tangan lembut mengurut kepalanya. Urutan itu sungguh menenangkan tetapi sentuhannya tidak sama seperti sebelum ini. Tidak sama seperti isterinya. Namun Aiden tidak menghiraukan, rindu pada isteri menggunung tinggi.

" Sayang urut sedap sangat." Puji Aiden, mata masih belum dibuka.

Urutan itu berjalan dari pelipis hingga kepala dan turun ke leher seterusnya ke dada bidangnya. Pergerakan itu lantas mengembalikan Aiden ke realiti. Matanya terbuka luas. Wajah Puteri Bella menghiasi ruang matanya.

Spontan ditolak wanita itu dan dia bangun dengan laju dari kerusinya. Direnung sesaat Puteri Bella dengan tajam.

" Kau buat apa nih Bella?" Jerkah Aiden. Dia benar benar naik hantu. Apa yang perempuan ni nak buat lagi ha?

" Bella.. Bella nak kurangkan rasa sakit kepala tu je," terhincut bahu Bella mendengar jerkahan Aiden.

" Kau jangan nak mengada cerita. Apahal kau sentuh aku nih? Kau tak serik lagi hah Bella?"

" B..bukannn.. Aiden, maafkan Bella..Bella cuma nak..."

"KELUAR!! Aku cakap keluar!" Aiden semakin menyinga. Dia sudah tidak peduli lagi.

" Laki baru mati, kau dah menggatal. Keluar!" Aiden menarik tangan Bella menuju ke pintu dan mencampakkan tubuh langsing itu ke lantai koridor. Pintu dihempas sekuat hati.

Aiden cuba mengawal nafasnya yang naik turun itu. Seketika tadi dia hampir hanyut dengan belaian Bella. Disepaknya meja tepi pintu dan pasu yang berada di atas nya jatuh, pecah berderai.

Dia marah. Marah dengan diri sendiri.

Bella yang berada diluar pintu bilik terdiam seketika. Dikesat air mata dan merenung pintu pejabat Aiden itu. Tangan digenggam sekuat hati menahan marah dan malu yang bertandang.

" Aku akan pastikan kau tunduk kepada aku Aiden. Aku akan pastikan isteri kau lenyap dari bumi ni, lenyap dari ingatan kau. Kau ingat tu Aiden."

Kakinya mula melangkah perlahan dengan wajah yang penuh dendam.

———————————————————————————

Aurora tersedar apabila terasa wajahnya disiram air. Sedikit air masuk ke hidungnya menyebabkan dia tersedak dan terbatuk batuk.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now