47

10.2K 345 6
                                    

Seminggu berlalu setelah kejadian di mansion tempoh hari. Rupanya mansion itu adalah markas dan penjara khas yang terbina khas oleh suaminya. Untuk apa? Aurora sendiri tak tahu.

Aurora juga baru mengetahui bahawa selama seminggu itu juga lah Puteri Mia menjadi maid di istana ni. Tak lupa Santi dan Dewi juga turut dihukum bersekongkol. Memang teruk dibuli oleh para maid lain setelah Sultan Eibrahim melucutkan gelaran Puteri Diraja daripada Mia selama 7 hari. Sultan Eibrahim juga memberi kebebasan kepada Aiden untuk memberi bentuk hukuman apa sahaja asalkan tidak mencederakan secara berlebihan.

Dia ingin mengajar anaknya bagaimana untuk bersikap lagi sopan.

Tapi Aurora tidak sampai hati untuk membalas perbuatannya. Jadi dia hanya buat tak tahu sahaja terhadap Puteri Mia. Puteri Mia juga banyak mengelak dari bertembung dengannya.

Sultan Eibrahim sudah berangkat pulang ke Sunda. Namun anaknya Putera Mahkota Tengku Ayyan Harith berada disini menemani adiknya. Cuma kebanyakan masa Tengku Ayyan banyak berada di pejabat Aiden, untuk mempelajari selok belok perniagaan. Kerana kedua ayahanda mereka bersahabat baik jadi Sultan Eibrahim meminta agar Aiden memberi tunjuk ajar kepada Tengku Ayyan. Tetapi Aiden kelihatan memberi layanan dingin terhadap Tengku Ayyan, tidak diketahui mengapa. Mungkin bersangkut paut dengan kes adiknya, si Puteri Mia.

Aurora sedang lepak di dapur mencuba dessert petang ketika Clara, gadis yang pernah ditolong tempoh hari menghampirinya.Di belakangnya susuk tubuh Puteri Mia juga berada bersama. Clara juga kelihatan semakin sihat. Tidak lagi disokong anduh. Mungkin tulang sudah bersambung sepenuhnya. Oh lupa, Clara adalah serigala jadian.

" Cik Puan," katanya menunduk hormat. Begitu juga dengan Puteri Mia.

" Tangan awak dah okay?" Soalku mengukir senyuman. Clara mengangguk pantas. Wajahnya kelihatan sungguh gembira.

"Cik Puan, terima kasih atas kprihatinan Cik Puan tempoh hari. Saya tak sangka Cik Puan begitu cekap dalam mengendalikan kecederaan saya. Tak sia sia  Cik Puan menjadi doktor."

Wajah Puteri Mia di belakang kelihatan terkejut, namun segera disorok kembali. Aurora tidak endahkan sangat perubahan wajah Mia.

" Tanggungjawab saya Clara, jangan risau ," balas Aurora tersenyum simpul.

" Cik Puan, Mia ingin mengatakan sesuatu. Saya tinggalkan dia dengan Cik Puan ye," kata Clara sambil menunduk hormat. Dia kemudian hilang dari pandangan.

Pandangan Aurora beralih kepada Puteri Mia yang tunduk membisu. Tiada siapa yang mengetahui kejadian Mia dibuli balas oleh Aiden ketika malam itu. Malahan Mia sendiri tidak berani membuka mulut. Serik mungkin atau takut kepada Aiden sendiri.

Aurora hanya menunggu apa sebenarnya yang ingin dikatakan oleh Mia.

" Kenapa?" Soal Aurora sepatah. Malas dia nak tunggu lama lama. Hinaan hari tu pun masih terngiang ngiang lagi. Masih terasa sakitnya.

" Kalau awak tak ada benda nak cakap, saya nak blah dulu," kata Aurora sambil bangun dari island chair itu.

" Cik Puan,saya nak minta maaf," kata Mia terketar ketar. Aurora hanya terdiam sebentar sambil merenung Mia. Dia kelihatan ketakutan, tetapi permohonan maafnya nampak ikhlas. Aurora menghela nafasnya.

" Saya dah maafkan awak Mia," jawab Aurora ringkas.

Wajah Mia kelihatan kurang tertekan sedikit.

" Saya sedar silap saya dan bongkaknya saya sebelum ini. Saya terlalu hanyut dan alpa dalam sikap saya hingga orang lain jadi mangsa. Perangai kebudak budakan saya sangat lah memalukan. Saya malu dengan diri sendiri. Saya malu dengan Cik Puan. Saya malu dengan semua," Mia mula tunduk, dan menangis.

Aurora's Fate - Alpha Prince's Mateजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें