26

11.9K 432 19
                                    

Hi korang upacara pernikahan ini mengikut budaya Erovra ye

Aurora Lilly

Aiden duduk di hadapan orang yang akan menikahkan kami di tengah ruang laman istana. Dibelakang Aiden ada 2 orang abang aku Arjuna,dan Ace serta adik lelakiku Asher. Dan Raja Evan serta Permaisuri Tilia mengapit Aiden di kedua dua belah. Beberapa lensa kamera mula bercahaya.

Manakala aku pula di atas pelaminan bersama ibuku. Sebelum itu aku memeluk ibuku puas puas melepaskan rindu dan dia sempat berbisik, dia bangga dengan tindakan protes aku. Dalam debaran, dalam rasa keterpaksaan, gurauan ibuku membuatkan aku ketawa kecil.

Ibu juga sempat berkata bahawa sepanjang aku di istana dan semasa ketiadaan aku, Aiden sering menanyakan khabar dan menghantar barang keperluan kepada keluargaku. Sekali sekala dia datang melawat ibuku walau dia terlalu sibuk dengan pelbagai urusan. Ibu berkata Aiden memang lelaki terbaik yang dia boleh harapkan untuk menjaga aku. Kata ibu juga menyesal juga ibu mencadangkan aku untuk lari.

Mendengar bait bait itu, akhirnya aku merelakan diri menjadi pertaruhan hidup. Sekurang kurangnya aku tahu aku selamat disisi Aiden. Tindakan aku melarikan diri membuka mata dan hati ku bahawa manusia berniat jahat dan dengki itu ada dimana mana. Aku terima seadanya segalanya tentang Aiden. Aku akan cuba mengikuti budayanya. Aku cuba.

Namun aku kurang pasti ibu tahu ke tidak tentang rahsia Aiden yang merupakan serigala jadian.

Untuk majlis ini, aku difahamkan majlis nikah ini diadakan secara private dan tertutup tanpa kehadiran media dan awam. Semua ini atas arahan Aiden sendiri. Pengumuman sidang media tentang majlis penikahan Putera Mahkota dan jemputan untuk rakyat bagi majlis resepsi esok baru sahaja dilakukan sejam lepas. Terkejut rakyat akan pengumuman last minute itu. Untuk majlis resepsi esok juga baru lah akan diadakan siaran langsung dan hak terbit ekslusif bernilai jutaan Erov.

Wow..aku tak sangka dalam sehari boleh siap semua ini. Terjumpa aku tengah hari tadi dan malam terus bernikah. Memang nampak sangat tak bagi aku lari lagi.

Oh aku difahamkan juga akan ada satu lagi majlis resepsi khas untuk kaum keluarga, kaum kerabat dan juga bangsawan minggu depan. Banyak betul lah majlis.

Tiba- tiba....

" Aurora Lilly Henderson, sudikah kau menerima Putera Aiden Alexander Evan sebagai suamimu. Mencintainya dan berada di kala susah dan senang serta taat setia hingga kematian memisahkan?" kedengaran suara bergema di dewan ruangan itu menanyakan kesudian aku. Tersentak aku dari lamunan.

Semua mata menatap aku termasuk Aiden. Matanya tajam merenung aku seperti helang. Nampak sangat dia seperti tahu akan jawapan aku. Hello, dia yang paksa. Herk,kematian memisahkan? Dah kalau aku kata tak nak, mau mengamuk bapak singa bawah tu. Keluh aku sekejap.

Aku menarik nafas seketika dan menunduk. Fuh, berat.

" Lilly, jawapan kamu sayang," kata ibu, perlahan. Ingin sahaja aku menjerit melampiaskan rasa tidak mahu ini. Aku tak nakkkkkkkkkkkk!

Mungkin aku mengambil masa yang seketika menyebabkan tindakan Aiden seperti hampir bangun meluru kepada aku namun Permaisuri Tilia menahannya.

" Ya, saya sudi," kataku mengangguk. Ibu mengenggam erat tanganku yang sejuk macam ais ini.

Raut wajah Permaisuri Tilia seperti lega. Mungkin dia risau aku akan buat hal lagi. Tak habis habis uji kesabaran anaknya yang sememangnya macam naga. Aiden pula memperkemaskan tempat duduknya semula.

" Putera Aiden Alexander Evan, sudikah kau menerima Aurora Lilly Henderson sebagai isterimu? Mencintainya dan berada di kala susah dan senang serta taat setia hingga kematian memisahkan?" soalan yang sama ditanyakan kepada Aiden.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now