Special Chapter 3

7.6K 332 22
                                    


Aiden memandu kereta Bugatti Veyron dengan laju. Mudah sahaja dia menyelit di celah celah kenderaan tanpa menghiraukan isterinya Aurora yang mengenggam erat kedua sisi kerusi, ketakutan.

Sebelah tangannya mengawal stereng manakala sebelah tangannya lagi memegang tangan isterinya yang sejak tadi cuba menepis. Tapi dia berjaya menangkap tangan kecil itu dan digenggam erat. Sinis sahaja melihat wajah isterinya yang berubah terus.

" Abang, dah gila ke? Berhenti!!"

Aiden hanya buat tidak tahu. Namun wajahnya berubah dingin. Aurora seperti ingin menangis.

" Abang.. berhenti lah!!" Rayu Aurora. Aiden masih memandu laju menyelit di celah kenderaan.

" Abang....."

"DIAM !!!.Aku kata diam!"

Tengkingan Aiden mematikan terus pergerakan Aurora. Dia menikus ketakutan.

Rasa marah yang ditahan semakin menguasai akal mindanya. Isterinya yang degil itu harus diajar supaya taat padanya. Memang sudah lama dia kawal barannya supaya tidak lagi menimbulkan pergaduhan dengan isterinya.

Tapi bila isterinya bertindak sejauh ini, ini sesuatu yang perlu diambil berat. Berani wanita itu meninggalkan anak anak mereka di istana?

Kereta berhenti di banglo besar milik Aiden tepi laut. Aurora pernah ke sini dahulu selepas dirinya dibawa pulang oleh Aiden dari Amana. Tapi kenapa sini? Kenapa tak ke istana?

Dalam kekeliruan, pintu kereta dibuka kasar. Entah bila masanya suaminya keluar dari kereta. Aurora ditarik keluar tanpa amaran menyebabkan Aurora hampir hilang keseimbangan. Namun sempat dipegang oleh  Aiden.

Aurora menggeliat cuba melepaskan lengannya yang dicengkam suaminya namun gagal. Tenaga suaminya jauh lebih banyak berbanding dirinya.

" Apa nih abang? Kenapa kita ke sini? Saya nak balik, nak jumpa anak anak," bentak Aurora, pura pura berani. Memang hatinya cuak takut habis melihat wajah Aiden yang seperti menyeringai jahat. Sejuk habis kaki dan tangannya, ketakutan.

" Sayang, apa kata kita main satu game? Kalau sayang menang, anggaplah semua ni tak berlaku and abang tak ungkit sampai bila bila."

Aurora mengelip ngelip mata. Tidak faham.

" But if I win, sayang kena ikut any arahan abang without bantahan, without notice. Langsung."

Aurora terlopong sebentar. Aiden ni gila ke?

" Jangan mengarut boleh? Game apa nih? Tak nak, saya nak balik. Anak anak saya..."

Aiden menggeleng kepala. " Dah terlambat. Baru sekarang kau ingat anak anak."

" Tapi saya terpaksa abang, kasihan Sarah minta tolong saya, dia dah takut sangat hari tu."

Aiden menjungkit keningnya sinis.

" Aku tak peduli masalah orang lain. Kau tu yang buat masalah sekarang ni."

" Abang..."

" Game ni, namanya hide and seek. Kau mesti tahu kan. Kau sorok, aku cari.. benda yang menjadi kegemaran kau dahulu. Kau sorok celah mana pun, kau lari ke mana pun, aku still dapat cari kau," kata Aiden tersenyum. Memang nampak jahat senyum itu.

Aurora mengerut dahi, dia tidak mahu. Tetapi dalam masa yang sama dia ketakutan.

Lantas dia membuka pintu kereta, tapi tertutup oleh tangan Aiden. Aurora mengigit bibir.

" Tak nak abang. Saya tak nak main game ke apa ke. Tolong la," pujuk rayu Aurora memegang lengan suaminya. Berharap suaminya menarik kembali arahan gilanya.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now