6

13K 465 20
                                    

Putera Aiden

"Betul ke gadis itu adalah mate kamu?" soal Raja Evan. Aiden mengangguk kecil. Hatinya rasa tak senang, resah gelisah kerana gadis itu tidak berada di hadapan matanya lagi. Terasa pijar pipi kirinya dek kerana ditampar gadis itu kerana bertindak menciumnya. Ingin sekali dia keluar dari bilik pejabat Beta Haris itu dan mencari keberadaan gadis bermata coklat hazel itu.

Dr Aurora Lilly, sedap namanya. Bertubuh kecil namun kelihatan seksi di matanya. Bentuk buah dada yang sedang,cukup sempurna untuk dipegang. Punggungnya mantap, memang taste Aiden, sesuai sungguh untuk penuhi keinginan seksual dirinya.

"Aurora," bisik hatinya,tersengih tanpa sedar membayangkan tubuh Aurora.

"Aiden," panggilan ayahandanya menyedarkan diri ke realiti. Beta Haris memandangnya. Ada sedikit riak risau di wajahnya.

" Kalau begitu, mate kamu adalah manusia Aiden. Dia bukan dari kalangan kita. Kamu baik sahaja kan? Tugas kamu lebih berat,melindungi dia dari sebarang bahaya", tutur Raja Evan.

"Saya tidak kisah sangat ayahanda. Saya boleh melindunginya", balas Aiden, lancar.

Dan mengurungnya,sebab dia memang kena ada sentiasa dengan aku.

"Putera Aiden, saya sangat bangga mate tuanku adalah pekerja di hospital ini. Dr Aurora adalah salah satu doktor pelatih percubaan perubatan yang cemerlang. Kerja klinikalnya sangat bagus. Dan sangat rugi sekiranya dia terpaksa meletakkan jawatan sebagai doktor di sini" Beta Haris berkata, ada makna di sebalik kata katanya.

"Ya betul Beta. Saya boleh nampak prestasinya. Namun sayangnya tempat dia disisi saya Beta Haris. Saya tak mungkin melepaskannya," balas Aiden, tenang. Beta Haris terdiam. Dia tahu Aiden bukannya orang yang boleh dibawa berunding. Putih itu putih la juga.

Sayangnya kemahiran Aurora sebagai doktor bakal sia sia begitu sahaja.

"Beta , minta Zyon siasat tentang keluarga Aurora, asal dari mana dan bagaimana mereka. Saya perlu bertemu mereka secepatnya," titah Raja Evan.

Beta Haris mengangguk. Aiden teringat sesuatu.

" Di mana Aurora bertugas sekarang?"

_____________________________________/////////__________________________

Aurora Lilly

Tiba sahaja di wad setelah selesai event pembentangan proposal kajian aku, aku merasa aneh. Semua staff seolah olah kekok melayan aku. Aku pasti satu hospital ini sudah tahu cerita di dewan tadi.

Bagaimana Putera Mahkota bertindak mencium aku dihadapan ramai? Biadab punya lelaki.

Selama hidup aku, tak pernah lagi bibir aku diragut orang. Aku masih tahu jaga batas aku walau bebas macam mana sekali pun.

Fikiran aku teringat peristiwa tadi.

( Imbas kembali)

" Sekian terima kasih, ada soalan?" aku sudahi pembentangan aku dengan pertanyaan. Aku berharap sangat tiada orang bertanya pun sebab aku dah mati kutu atas pentas ini. Rasa macam berlubang kepala aku sebab Putera Aiden merenung aku macam nak makan je gayanya.

Aku takut dengan pandangannya. Jadi aku tak tengok pun dia. His stare is intimidating.

Sebaik baiknya aku mengelak pandangannya.

Dan aku tak tahu kenapa dia bertindak macam tu.Aku ada buat salah ke? Ke aku ada terlanggar dia mana mana? Atau aku ada terpukul dia ke?

Tapi itu mustahil sangat sebab aku tak pernah jumpa dia pun. Dia Putera Mahkota, bukannya orang awam yang aku jumpa tepi jalan macam tu.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now