13

12.6K 419 7
                                    

Amaran- 🔞❌ mature scene below

Aurora Lilly

" Kenapa dia boleh ada kat sini??" Satu suara dingin kedengaran dibelakang .

Aku kenal suara dingin itu. Ayana pula menggigil belakang aku.

Isaac dan Khaleed mendiamkan diri.

" Macam mana korang boleh bagi Aurora keluar dari bilik? Aku dah strictly bagi arahan kan yang Aurora tidak dibenarkan sama sekali keluar dari bilik aku. Apa yang susah sangat korang nak faham ini?" Suara Aiden bergema kat belakang aku.

Apa dia ingat aku kucing ke nak kurung kurung gini?

" Aku kesian dengan Aurora, aku yang nak bawak dia keluar,dia cuma nak keluar ambil angin je," kata Isaac.

Mata aku menghadap tasik lagi tapi aku boleh rasa ketegangan yang berlaku dibelakang aku.

" Itu bukan masalah korang. Aku dah cakap dah kan dia tak boleh keluar. Simple. Dia masalah aku. Apa apa aku yang tanggung. Kenapa kau yang prihatin sangat?" Tengkingan Aiden menaikkan kemarahan aku.

" Sejak bila saya yang jadi masalah awak ni Aiden?" Soalku geram. Tanganku memegang roda wheelchair dan memusing ke belakang ,mengubah posisi aku dari tasik ke hadapan Aiden. Ayana perlahan lahan melepaskan pemegang.

Pandai pandai pula kata aku ni masalah dia. Kau yang cari masalah dengan aku.

" Siapa yang kalut sangat nak kahwin dengan saya, cari saya sampai airport, buang saya dari pekerjaan saya? Itu puncanya dari awak sendiri. Awak yang cari masalah sekarang ni," sambungku lagi pedas.

Suasana makin tegang.

" Kakak Aurora, jangan," bisik Ayana.

Namun aku tak peduli dengan bisikan Ayana.

Ikut hati aku ini, nak je aku hempuk muka mamat tu dengan kerusi roda ini.

" Saya yang minta mereka untuk membawa saya keluar ke sini. Saya boleh mati kering dalam bilik awak kalau saya berkurung je dalam tu. Kenapa awak risau sangat saya keluar dari bilik? Sampai nak tengking bagai .Takut saya lari dengan kaki patah macam ni ?" bidas aku.

Aiden merenung aku tajam. Aku nampak nafasnya naik turun seakan cuba menahan sesuatu dari keluar.Lidahnya menolak dinding pipi dari dalam.

Aiden berpusing ke belakang menghembus nafas. Cuba menahan kemarahan dan menenangkan dirinya. Tangannya digenggam erat. Sebelah tangannya pula bercekak pinggang.

Agak lama dia begitu. Mungkin itu cara dia bertenang.

Aiden berpusing menghadap mereka semula. Wajah dia tenang tapi kelihatan dingin.

" Korang tiga orang dilarang masuk sama sekali ke bilik aku, faham?" Kata Aiden, tiada berperasaan dalam nadanya, merenung adik adiknya.

Isaac, Khaleed dan Ayana mengangguk lemah. Aku nampak mereka ini kelihatan mengikut sahaja arahan Aiden. Sebab Aiden abang sulung mereka ke atau sebagai bakal Raja?

" Kalau korang nak jumpa Aurora, nak bercakap ke apa ke , semua di bawah kawalan aku. Dan kau.." renungan dingin Aiden berpindah kepada aku.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateDove le storie prendono vita. Scoprilo ora