Epilog 1 💅🏾

7.6K 313 1
                                    

Hai korang.. rupanya baru sedar yang cerita ni tak ada epilog hahahaha..okay kali ni last tau.. kira selepas ini cerita ni dah lengkap dah sepenuhnya dengan epilog..

Epilog akan terbahagi kepada beberapa parts okay.

Timeline sekarang ini adalah 5 tahun kemudian. Si kembar juga sudah mencecah umur 5 tahun.

—————————————-

5 years later

Aurora melompat lompat menyokong anaknya Putera Noah yang giat menggelecek bola di atas padang. Usianya baru 5 tahun tetapi tubuhnya seperti budak berusia 9 tahun. Gen serigala memang membantu.

" Yahoooo, Noah, Noah..anak mommy!!!" Jeritan Aurora memberikan semangat kepada anaknya seperti tidak terkawal, seolah olah dia seorang sahaja dewasa yang berada di situ.

Noah melambai lambai dari dalam padang mendengar suara bondanya.

" Noah.. Noah.. Noah.."

Perbuatannya menjadi satu permandangan di padang sekolah elit itu, tetapi Aurora lantakkan aje. Apa, tak pernah tengok Permaisuri melompat ke?

Lagipun mereka semua seolah oleh pasrah sahajalah melihat kelakuan Permaisuri mereka itu. Tiada yang berani mempersoalkannya. Nak kena dengan sang Raja yang memang diketahui obses mencintai isterinya?

" Tuanku Permaisuri, weh control la sikit perangai kau tu," bisik Zyon, berdiri memeluk tubuh. Zyon juga berada di sana bagi melihat prestasi semasa Putera Noah. Zyon menjadi jurulatih peribadi Putera Noah untuk bola sepak atas arahan Aiden. Kerjayanya sebagai pemain bola sepak negara terpaksa diperlahankan dahulu dek kerana Zyon ditabalkan menjadi Beta menggantikan Dr Haris sebaik sahaja Aiden menaiki takhta sebagai Raja dan Alpha King untuk rakyat jelata.

Hampir 4 tahun juga Zyon tidak aktif, kerana sibuk dengan tugas sebagai Beta. Tetapi Zyon faham, dia perlu berbakti terhadap pack community kerana itu tanggungjawabnya sebagai orang no dua didalam dunia serigalanya.

Cuma mate masih belum dijumpai. Dan cintanya terhadap Aurora Lilly masih tersimpan kemas didalam hatinya. Dia cuma berharap semoga dia mampu melepaskan semuanya dengan rasa ikhlas walau setelah bertahun tahun berlalu. Kini mereka merupakan sahabat baik. Dan akan kekal begitu.

" Aiden tak datang?" Soal Zyon sambil melihat tingkah laku Noah yang kegirangan didalam padang. Mungkin meraikan sesuatu.

Aurora menghela nafas.

" Tak..masa ni tak sampai lagi pun. Ni dah masuk berapa kali dia mungkir janji dengan anak anak. Hari tu janji nak pergi picnic sama sama, tengok tengok syarikat kapal dia wat hal.. lepas tu dengan pertandingan lukisan si Carla, pun dia tak dapat datang tengok juga. Kesian tengok Carla, sebek je muka dia. Saya tak kisah dia tak de, saya tahu dia busy tapi janganlah janji benda yang tak pasti," luah Aurora, terselit nada geram bercampur sedih.

Zyon terdiam, tidak tahu ingin membalas apa. Memang sejak akhir akhir ni Aiden super busy. Walaupun dia memerintah negara, tetapi posisi sebagai CEO di beberapa buah syarikat masih belum dilepaskan. Tetapi Aiden menjadikan Zyon, Isaac dan Khaleed sebagai orang kanannya dalam memantau aktiviti dan perkembangan syarikat.

Oh ya tidak dilupa Tengku Adrian juga menjadi rakan kongsi bersama dalam beberapa syarikat perniagaan mereka.

Bukan tidak percaya untuk menyerahkan tugas CEO kepada orang lain sebaliknya jiwa Aiden memang jiwa business. Boleh gila kalau dia lepaskan semua tu.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now