49

9.2K 361 7
                                    

Aurora menapak ke gazebo tempat dia melepak dengan Ayana tempoh hari dan melabuhkan tempat duduk di situ. Ruzz setia mengikut Cik Puannya namun berada jauh dari kedudukan untuk memberi ruang privasi. Melihat bintang cerah yang berkelipan di langit masih tidak mengurangkan rasa sesak yang menggunung di hatinya.

Hampir dua bulan mereka bernikah, kenapa Aiden mula berpaling tadah? Sedangkan dahulu dia juga berkeras dan memaksa Aurora untuk berkahwin dengannya? Kenapa ia berlaku bila Aurora mula membuka hatinya, mula mencintainya?

Itu cinta pertama yang diharap menjadi yang terakhir. Sakitnya mencintai orang yang tidak menghargai ni.

Aurora menangis dalam diam sehingga kantuk mula menjengah. Akhirnya dia tertidur dalam tangisan.

—————————————————————————-

Aiden tersedar dari tidurnya. Sungguh dia kepenatan sangat sangat. Diraba disebelahnya mencari susuk tubuh isterinya. Mahu memeluk isteri tercinta.

Tiada.

Lantas dia tersedar sepenuhnya dari mamai dan bangkit dari posisi baring. Matanya liar mencari susuk tubuh isterinya disekeliling bilik. Bayang pun tidak kelihatan.

Segera dia bangun dan mencari kelibat isterinya di wardrobe, verandah dan bilik air. Tiada langsung penampakan. Mana isterinya ni?

Dia keluar dari kamarnya dan menuju ke tempat isterinya suka menyendiri. Library.

Juga tiada. Sunyi sepi dan gelap tiada tanda ada orang.

Aiden mula bimbang. Isterinya lari lagi ke ? Namun dia merasakan aura isterinya masih ada disini. Segera dia berpatah balik ke biliknya dan mengambil handphone di atas meja.

Menghubungi seseorang.

" Ruzz, mana isteri aku?"

Dan jawapan yang diperolehi mengejutkan dirinya.

————————————————————————————

Aiden merenung tubuh isterinya yang tertidur merengkot kesejukan. Nasib dia membawa selimut tebal apabila mengetahui Aurora berada di gazebo ini sejak beberapa jam lepas. Pasti dia kesejukan.

Tangannya mengelus lembut wajah isteri tersayang. Kenapa seolah olah Aurora menjauhkan diri? Hampir dua bulan usia pernikahan mereka, bukan ini yang dia inginkan.

Gembirakah Aurora sebenarnya?

Fikirannya melayang kepada perbualan bersama bonda beberapa hari yang lepas.

🗣️Flashback

" Aiden, bonda nak jumpa kau," kata Amar yang menghampiri Aiden ketika Aiden baru sahaja pulang ke istana dari tempat kerja. Aiden hanya menurut. Kakinya melangkah hingga ke ruang tamu keluarga. Bondanya sedang menunggu di salah satu sofa mewah berwarna silver.

" Kamu dah balik?" Sapa Permaisuri Tilia. Aiden hanya mengangguk dan menyalami tangan bondanya. Dia lantas mengambil tempat di salah satu sofa itu dan merenggangkan tali lehernya. Penat tidak terkata kerana syarikat perkapalan miliknya sedang melobi satu syarikat design untuk bekerjasama dengan syarikatnya bagi merekabentuk kapal persiaran. Terlalu sibuk.

" Ada apa Bonda," soal Aiden ringkas. Dia ingin cepat cepat menghabiskan perbualan. Dia ingin tidur memeluk isterinya.

Permaisuri Tilia menghela nafas.

" Pasal isteri kamu, Aurora."

Aiden mengerut dahi. " Kenapa dengan dia bonda?"
Matanya merenung Permaisuri Tilia, memfokuskan apa yang ingin diberitahu.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now