56

10K 408 6
                                    

Aurora duduk di verandah besar menghadap laut. Kedudukan banglo diatas bukit menyebabkan dia merasakan tiupan angin malam dari laut yang mendamaikan.

Tapi hatinya sekarang tidak rasa damai.

Suaminya pasti sudah selamat menjadi suami Bella. Agaknya malam ni dia akan tidur di istana la kot, bersama Bella. Isteri barunya. Ye la pengantin baru kan.

Tangannya digenggam erat. Setitis air mata jatuh di kekura tangannya. Aurora langsung tidak sedar rupanya dia menangis. Perlahan lahan diseka air matanya.

" Tak boleh macam ni. Mommy kena kuat untuk baby." Kata Aurora kepada diri sendiri. Tapi matanya ternyata mengkhianatinya.

Air matanya keluar lagi , kali ini lebih lebat.

" Baby, mommy sedih.. mommy tak tahu kenapa mommy tak rela. Mommy nak berpisah dari daddy tapi daddy tak nak lepaskan mommy. Mommy pun nak bahagia juga. Kita boleh bahagia berdua tanpa daddy. Daddy dah ada pilihannya. Mommy dah ada baby pun sudah cukup untuk mommy teruskan hidup. Mommy ni cuma mate takdir daddy," tersedu sedan Aurora menangis. Melepaskan semua yang terbuku di hati.

Pandai pandai je dah panggil mommy daddy. Kandungan baru 2 bulan.

Sedih terasa mengenangkan semuanya. Sedih lagi apabila mengenangkan malam ini adalah malam pengantin baru untuk suaminya. Siapa je yang bodoh tak tahu apa yang kebiasaannya orang lakukan di malam pertama?

Kemesraan yang menyakitkan! Sumpah sakit! Dengan Bella pula tu. Huh!!

Dengan suara lirih serak serak kerana menangis, Aurora bersuara perlahan,

" Selamat pengantin baru abang. Saya doakan yang terbaik untuk abang. Andai Bella memang menjadi pilihan abang, izinkan saya membawa diri bersama anak kita. Saya cuba redha kali ini. Saya cuba redha dengan semua ini. Saya......"

"Siapa pula yang benarkan kau membawa diri bagai ni?" Terdengar suara keras suaminya dari belakang.

Aurora terkejut beruk lantas berpusing. Dilihat suaminya sedang elok bersandar di sebelah sliding door sambil bersilang tangan. Masih berpakaian baju nikah lagi. Namun wajahnya tampak dingin beku.

Aurora berdiri tegak dan berpusing mendepani Aiden. Tangannya disilang ke belakang.

" A- abang, kenapa abang kat sini? Bukan ke abang sepatutnya kat sana? Dengan isteri baru abang," soal Aurora terketar ketar. Masih gemuruh kerana terkejut.

" Aku nak jenguk kau, nak tengok kau okay ke tak aku dah kahwin lain. Rupanya dah berjurai air mata aku tengok," sinis Aiden berkata.

Dia saja nak mengajar isterinya tu. Aiden masih lagi geram akan kejadian petang tempoh hari. Hari dimana dia diperangkap dan difitnah oleh Bella dihadapan semua ahli keluarga. Selamba je isterinya ni bagi kebenaran suruh kahwin lain, lepas tu lari tinggalkan dia macam tu je. Memang bengang lah Aiden.

Ni tahu pula nak sedih sedih bagai bila si suami dah bernikah lain.

Dari tadi lagi dia mendengar sambil dia bersandar di dinding, Aurora bercakap seorang diri mengeluarkan ayat ayat merepek. Sebenarnya dia sudah pulang awal tapi sengaja tidak diberitahu kepada isterinya.Dia ingin melihat reaksi Aurora bagaimana.

Minta dilepaskan? Memang tak lah aku nak lepaskan kau. Isteri aku nihh. Masih tak faham lagi rupanya.

Aurora tunduk membisu. Dikelip kelip mata lagi memandang kakinya. Setitis air mata jatuh terus mengenai kakinya. Hatinya berat.

Buat apa suaminya datang ke sini kalau datang sekadar nak menyindir. Agaknya dia suka kot tengok aku sedih ni.

Aiden berjalan perlahan menuju ke tempat isterinya berdiri. Ketawanya disimpan dalam hati. Sekali sekala comel juga reaksi isterinya ketika dimarahi begini. Rasakan.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now