36

12K 384 3
                                    

Selesai menamatkan talian, Aiden masuk ke dalam bilik tidurnya. Dilihat isterinya masih lagi tidur lena. Hari sudah pagi namun dia tidak bercadang untuk pergi bekerja. Segalanya sudah diberi arahan kepada PA dalam talian tadi untuk membatalkan kesemua aktiviti kerja hari ini dan 3 hari akan datang.

Kerana dia sudah berjanji kepada isterinya untuk menemaninya selama beberapa hari ini.

Flashback

Aurora mengusap perlahan kepala suaminya yang terlentok di pahanya. Terasa letih juga melayani suaminya tapi dia yang membuka jalan. Meminta sangat, terima je lah.

Kali ini dia tidak lah berasa sakit seperti tempoh hari. Malahan suaminya sentiasa bertanya keadaannya semasa mereka sedang melakukannya. Hasilnya beberapa pusingan juga diharungi.

Kerana dia mengetahui nafsu suaminya tidak sama seperti manusia biasa.

" Abang," Aurora memanggil sang suami yang sedang menutup mata sebentar.

" Ya sayang," balas Aiden membuka matanya dan tersenyum. Senyuman yang hanya diberikan pada isterinya seorang.

" Abang marah lagi ke?" Soal Aurora.

Aiden ketawa kecil. Polosnya la hai isterinya itu. Selepas aktiviti mereka, takkan lah nak marah lagi.

" Sayang ni pun beragak la, takkan nak marah lagi lepas semua ni," balas Aiden mengusap pipi isterinya.

" Manalah tahu, kot la nak sambung merajuk lagi ke," usik Aurora, menutup malu dengan ketawa.

" Saja je nak tengok sayang boleh pujuk abang takat mana, tapi kalau tahu dapat pujukan macam ni, abang nak merajuk selalu lah," kata Aiden membalas usikan Aurora.

Aurora menjeling geram. " Jangan mengada."

"Jangan buat lagi ye sayang, abang risau betul sayang kat luar sorang sorang tanpa pengawasan. Sayang adalah bakal Permaisuri yang cantik sangat. Nanti orang kata abang tak reti jaga isteri, main lepas je tak de orang tengok. Lagi pun abang tak suka orang duk tenung tenung sayang. Lelaki terutamanya," kata Aiden merenung mata isterinya mohon pengertian.

Yang sebenarnya bodyguard yang ditugaskan menjaga Aurora 24 jam sudahpun dibunuh Aiden hari yang sama. Mujur lah Hilmi bercuti ketika itu, kalau tidak dengan Hilmi pun dihukum sekali.

" Baik abang, saya janji. Saya minta maaf tau," kata Aurora tunduk mengucup kening Aiden. Ambil hati.

" Abang, esok abang kerja ke?"

" Kerja lah sayang, Erovra will die if I get rest," kata Aiden mengusik.

" Mengadalah abang. Abang kerja? Ala boleh ke abang bercuti few days ni temankan saya. Saya sunyi lah kat istana ni," kata Aurora seperti merayu.

Aiden terdiam sekejap. Selepas majlis pernikahan hari itu dan beberapa majlis resepsi mereka, mereka tiada masa berdua langsung. Dengan ayahandanya yang meminta untuk memangku takhta sementara hari itu, dia bertambah sibuk. Masalah masalah dalam syarikat syarikat, kilang serta hotel ada sahaja yang perlu diselesaikan. Ditambahkan lagi dengan kejadian Aurora buat hal lagi pula naik ambulans ke hospital sendiri tanpa pengawasan lagi membuatkannya sakit kepala.

Aiden mula bangun dari paha Aurora, dan duduk
menghadap isterinya.

" Please abang, spend masa lah dengan saya," Aurora membuat muka paling comel. Hai lah isteri, tak sampai hati betul Aiden melihatnya.

"Nanti abang tengok dulu ye, dah jom tidur, dah lewat dah ni," kata Aiden cuba memujuk. Dia meraih Aurora ke dalam pelukannya. Tapi Aurora seperti mengeraskan diri.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now