52

8.7K 372 6
                                    


Tengku Adrian dan Aurora bersarapan bersama di banglo. Setiap pagi Tengku Adrian akan wajib singgah di banglonya untuk melihat bagaimana keadaan Aurora. Walaupun Aurora puas memberitahu bahawa dia baik baik sahaja, namun Tengku Adrian dengan kedegilannya hanya menghiraukan kata kata Aurora.

Baginya Aurora memberi semangat padanya untuk memulakan paginya.

" Kau okay Aurora? Aku tengok macam pucat je muka kau." Soal Tengku Adrian sambil menjamah kueh tiow goreng homemade by Aurora.

" Okay je cuma pening sikit," balas Aurora, mengukir senyum.

" Macam tu hari ni kau rehat je la, tak payah keluar. Tengah hari pun kau tak payah masak, nanti aku suruh seseorang untuk hantar makanan kat kau ," kata Tengku Adrian, mengusulkan. Aurora mengangguk kecil dan menyambung suapan makanannya.

" By the way Aurora, kau ingat tak aku pernah cakap company aku akan buat majlis sambutan ulang tahun minggu depan? Kau nak pergi? Jangan risau tak ada orang pun yang kenal kau,aku cover je la kau," soal Tengku Adrian sambil merenung Aurora.

Aurora cuba mengingati sebentar. Ah, ya dia ingat.
Tapi okay ke kalau pergi?

" Ingat! Tapi tak pe ke?"

Tengku Adrian menjungkit keningnya. " Lah, okay je kalau kau bosan duduk rumah, boleh join event company aku. Kenal kenal orang."

Aurora hanya merenung pinggan dihadapannya sebentar. Perlahan lahan dia mengangguk. " Boleh lah"

Lagi pun Tengku Adrian akan bersama dia kan. So dia rasa selamat.

"Macam tu nanti esok lusa kita cari baju ye. Hari ni kau rest je la. Aku dah tambah disney hotplus kat tv tu, kau layan movie je la puas puas," kata Tengku Adrian sambil menjeling ke arah ruang tamu.

Aurora hanya tersengih.

———————————————————————————

Namun menjelang tengah hari, sakit kepalanya makin menjadi jadi. Makanan sarapan yang dimakannya habis dimuntahkan semula. Kejap kejap dia ke bilik air  sehingga dia berasa letih.

Kepalanya makin pening. Aurora menuruni tangga dan menuju ke dapur untuk mengambil ubat dan meminum air. Bodyguard wanita yang diupah Tengku Adrian, Faye sedang menonton televisyen. Manakala pembantu rumah, Mak Tim sedang menguruskan tanaman bunga dihalaman.

Faye menyedari Aurora seperti terhuyung hayang berjalan ke dapur. " Cik Puan, okay ke? Macam tak okay je."

Aurora hanya diam membisu dan berjalan perlahan ke dapur. Dia terlalu sakit kepala dan berasa loya. Tanpa disedari dia hampir rebah namun sempat disambut Faye yang berlari panik ke arahnya.

" Cik Puan.. Cik Puan.." suara Faye menjerit memanggil Aurora. Tetapi Aurora terus tidak sedarkan diri.

———————————————————————————-

Tengku Adrian bergegas pulang  ke rumah setelah mendapat panggilan telefon dari Faye. Aurora pengsan. Berita itu mengegarkan jiwa dan sanubarinya.

Dia menghubungi sahabat baiknya Dr Mafilda untuk datang ke rumahnya dengan segera.

Sebaik sahaja dia sampai ke rumah, Dr Mafilda juga turut sampai.

Mengambil masa hampir 15 min untuk memeriksa keadaan Aurora, Tengku Adrian sangat gelisah menunggu. Dia memang risau, dan bimbang akan keadaan Aurora. Dia takut kesedihan melampau Aurora memakan diri. Sudahlah suami tiada disisi.

Pintu dibuka dan Dr Mafilda keluar dari bilik itu.

Matanya merenung dalam ke arah Tengku Adrian.

" Can we talk privately?" Soal Dr Mafilda serius.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now