Epilog 3 💅🏾

7K 333 7
                                    


Aurora memerhatikan anak anaknya bermain khemah mini di halaman rumah villa besar itu. Sekali sekala dia menyisip air jus oren yang terletak di atas meja. Keletah anak anaknya bermain membuatkan dia tertawa kecil.

" Suka kan tengok mereka bermain?" Sarah Amelia yang duduk disebelah juga turut tersenyum melihat anak anak mereka. Anak anaknya bersama Tengku Noah Kaiser, bernama Tengku Aryan dan Tengku Adriel. Jarak usia yang tidak terlalu jauh dengan anak Aurora membolehkan mereka bermain bersama. Tengku Aryan berusia 4 tahun manakala Tengku Adriel berusia 2 tahun. Kini Sarah mengandungkan anak mereka no 3, dan usia kandungannya mencecah 6 bulan.

" Ya, nasib dorang masih ingat lagi muka kawan kawan masing masing," kata Aurora ketawa. Tengku Noah dan Sarah Amelia kerap juga bertandang ke Erovra jadi anak anak mereka kenal antara satu sama lain.

" Kau okay?" Soal Sarah sambil menepuk bahu Aurora. Aurora memahami maksud Sarah.

" Aku okay."

Terkejut Sarah seminggu lepas apabila diberitakan oleh Tengku Noah bahawa Aurora akan menetap bersama mereka sementara ini. Dia pasti Aurora bergaduh besar dengan suaminya. Selama ini mana mereka begini.

Aiden tu sweet lovey dovey man kot kalau dengan Aurora.

Kalau dengan orang lain, dah macam dingin polar bear. Peti ais la senang cerita. Dingin. Garang.

Tetapi akhirnya masalah sebenarnya sudah diketahui oleh Sarah dan Tengku Noah setelah Aurora menceritakan perkara sebenar.

Zyon yang menolong untuk membawa Aurora keluar dari Erovra ke Malaysia setelah menghubungi Tengku Noah, mujur Tengku Noah tidak banyak bertanya. Malah Tengku Noah sendiri jugalah yang menyambut ketibaan Aurora tanpa diketahui pihak media. Mujur pengaruh Tengku Noah di Malaysia kuat. Kalau tak kecoh juga, Permaisuri Erovra datang ke Malaysia tidak ditemani suami.

Aurora tidak menghubungi Tengku Adrian, kerana tahu si mulut murai itu akan menyebelahi Aiden. Status mereka sama, jiwa mereka pasti sama,saling memahami kononnya.. lagi pula Tengku Adrian bakal mewarisi pemerintahan Amana tidak lama lagi.

Cuma Tengku Noah, bukan seperti Aiden. Dia juga dingin, dia juga keturunan bangsawan tetapi dia bukan golongan pewaris pemerintah. Dia CEO company hartanah dan pengurusan kewangan antara terhebat di Malaysia.

Tengku Noah Kaiser, tokoh korporat muda.

Bunyi ngauman enjin di halaman rumah menandakan waktu pulang Tengku Noah. Sarah Amelia segera bangun terkedek kedek menuju ke arah halaman rumah. Aurora hanya memerhatikan anak anak mereka bermain. Riuh rendah villa itu dengan suara kanak kanak. Terutamanya si Carla.

Tidak lama kemudian Tengku Noah muncul berjalan beriringan bersama Sarah Amelia. Keduanya sedang berbual sesuatu dan ketawa bersama. Aurora tersenyum melihat mereka tanpa sedar. Bahagianya mereka. Tak sama macam dulu.

" Tuanku Permaisuri Aurora.." sapa Tengku Noah sebaik sahaja sampai di bangku tempat duduk.

Aurora menjegil mata mendengar usikan Tengku Noah. " Kau ni aku koyak jugak mulut kau kang," marah Aurora mencetuskan tawa Tengku Noah.

Kejadian 5 tahun dulu dimana Aurora menyorokkan lokasi Sarah, dan amaran Aurora menyebabkan Tengku Noah dan Aurora tiba tiba menjadi rakan baik.

" Haha saja aku nak ingatkan status kau, takut kau lupa.." perli Tengku Noah sengaja. Aurora menjeling, pedih pula telinganya mendengar. Sarah Amelia hanya ketawa kecil.

" Anak anak okay?" Soal Tengku Noah sambil melemparkan pandangannya terhadap sekumpulan kanak kanak riang bermain itu. Tangannya memeluk bahu isterinya yang berada di sebelah. Sarah mengangguk kecil, tersenyum.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now