9

10.9K 420 1
                                    

Aurora Lilly

Sampai sahaja di tapak parking Lapangan Terbang Antarabangsa Erovra, aku segera melompat turun dari kereta Hun dan menggalas beg aku. Hun pula mengeluarkan bagasi aku yang aku sorok siap siap dalam bilik stor berdekatan lobi hospital dan beg kecil yang dia berikan pada aku tadi.

Hun merapati aku dan memberikan beg itu pada aku.

" Ingat Aurora,nama identiti baru kau Azalea Jasmine. Please kekal dengan nama itu dulu buat sementara ini. Sepupu aku akan jaga kau kat sana sampailah aku ke sana. Aku dah cerita everything and mereka rasa semangat nak membantu kau. Kau jangan risau ye," tutur Hun,memegang erat tangan kananku.

Aku hanya tersenyum sambil perlahan lahan meleraikan pegangan tangan Hun. Tak selesa. Hun seakan faham dengan tindakan aku dan dia lantas memegang bagasi aku kembali.

" Jom," Hun bersuara sambil menggerakkan bagasi aku. Aku memakai topi sambil mengikat rambut aku secara ponytail. Jaket aku pakai dan aku juga sudah menukar sandal aku kepada sneaker semasa dalam kereta Hun tadi.

Urusan check in aku berjalan lancar dan aku sedang belajar menyesuaikan diri dengan nama Azalea Jasmine. Aku juga mengucapkan selamat tinggal kepada Hun dan berharap akan bertemu dengannya dalam masa 2 bulan lagi.

Aku mencari tempat duduk sesuai di ruang B,bahagian pelepasan antarabangsa. Aku memerhati sekeliling, agak ramai juga ye orang yang nak ke luar negara. Aku takut juga kalau kalau orang suit hitam mengekori aku.Setakat ini tak ada benda yang mencurigakan.

Yela takkanlah dorang boleh masuk ke sini,tiket pun tak ada.

Aku mengagak keadaan kat hospital tengah huru hara sekarang. Semua mesti tengah cari aku. Aku tak boleh bayang bagaimana kemarahan Putera Aiden dan pihak istana kalau dia tahu aku lari.

Gadis gadis semua beratur nak berkahwin dengan dia. Tapi aku ni terbalik. Nak lari dari dia sebab dipaksa kahwin.

Buatnya dia bertindak gila macam......

"Ding.. ding..ding.. dinggggg" .
Tersentak aku dari lamunan

Bunyi isyarat kemasukan pengumuman kedengaran.

" Perhatian. Perhatian kepada semua penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Erovra. Lapangan terbang ini akan berhenti beroperasi buat sementara waktu atas arahan Putera Mahkota. Anda tidak dibenarkan keluar dari sini sama sekali. Sila selesakan diri anda dan kami memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku. Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih."

Hah!

Aku terasa kaki aku melekat dilantai kali ini. Aiden memang serius tengah mencari aku.

Macam mana dia boleh tahu aku kat airport sekarang?

Dia shut down airport ni. This is insane.

Kedengaran beberapa penumpang mengeluh dengan pengumuman ini. Ada yang bertanya krew airport yang kebetulan datang untuk membantu urusan disini. Dan aku tak terkejut langsung dengan kata kata krew itu.

" Sebenarnya Putera Mahkota tengah mencari seseorang kat airport ni."

Semua penumpang yang berdekatan aku memandang sesama sendiri.

" Siapa seseorang yang penting sangat itu?" Terdengar seorang penumpang bertanya. Krew itu menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu dan meminta diri kemudian berjalan ke kaunter pintu gate.

" Siapalah orangnya itu? Betul betul menyusahkan kita" kata salah satu penumpang lain. Ada yang mengangguk bersetuju.

" Putera Mahkota baru je umum nak kahwin dalam surat khabar pagi ini kan.Dia dah jumpa suri hatinya khabarnya. Dengar dengar gadis tu doktor," ada satu penumpang bersuara.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now