17

10.8K 404 6
                                    

Aurora Lilly

" Aurora, kami sebenarnya adalah  serigala jadian".

Ketika itu aku rasakan ayat Amar seperti halilintar di telinga aku. Muka aku pucat, ditoreh tidak berdarah.

Sunyi sangat suasana di library ketika itu. Jarum jatuh pun memang akan dengar punya. Bibir aku seperti terkunci rapat. Terdiam.

Buku hitam itu ku peluk erat.

Satu satu ayat Amar aku cuba hadam. Otak aku seperti lambat memproses ayat yang keluar dari mulut Amar sebentar tadi.

" Aurora, kami sebenarnya adalah serigala jadian."

Serigala?
Jadian?

Aku tunduk memandang ke lantai,seolah tidak mampu bertentang mata dengan Amar.

" Aa ap apa yang awak cakap ni Amar. Awak.. awak sedar ke?" kataku terketar ketar mengeluarkan ayat. Mataku bergerak memandang kaki Amar . Normal je aku tengok tak de bulu binatang ke apa. Kaki manusia juga. Tapi aku perlahan lahan berundur ke belakang.

" Aurora.." Amar mula melangkah ke hadapan, cuba untuk bersuara lagi namun aku memotong pantas.

" Don't!"

Amar menghentikan langkahnya. Aku berundur lagi perlahan. Mata aku mencari jalan keluar. Tak kisah bagaimana, tapi asalkan jauh dari mereka.

Terutamanya Aiden.

" Aurora please listen it first," Amar berjalan lagi mendekati aku berhati hati. Dia kelihatan agak cemas.

Aku mengangkat tanganku ke hadapan isyarat pertahankan diriku.

" No," sepatah aku berbisik. Air mata mula bertakung. Aku tak nak dengar. Aku dah baca kisah serigala dalam buku hitam di rumah sewa hari tu dan aku memang menganggap ia nya sebagai cerita dongeng mitos sehinggalah 5 min lepas.

Lantas aku teringat mata emas yang aku lihat sebelum aku pengsan tempoh hari di terowong.

Lolongan serigala!

Mata emas!

Panggilan Wina kepadaku , Luna!

Dan aku cantumkan perlahan lahan seperti kepingan puzzle dalam kepala otakku. Cuba mengaitkan dengan cerita dalam buku hitam purba mengarut itu.

Oh no!

Aku terlopong sendirian. Figura Amar yang sedang memandangku risau tidak aku hiraukan lagi.

Jadi Aiden adalah Alpha. He's Alpha. He's the next line of Alpha King.

And aku yang mengikut buku itu adalah his Luna. Luna yang ditetapkan untuknya. Mate yang dia cari selama ini.

How it could be?

Mulut aku masih lagi terlopong terkejut dengan hasil cantuman maklumat itu sendiri. Mata aku mencerlung melihat kepada Amar.

" Awak pun sama?," soalku berbisik. Amar mengangguk perlahan.

" Look Aurora,all of this things have the reasons behind. Kami serigala but kami tidak membahayakan manusia. Our past ancestor went under mutation and now lots of human sides are bringing up. But still our primal side won't gone," kata Amar.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now