11

12.5K 433 4
                                    

Putera Aiden

Tubuh Aurora direnung lembut. Wajah gadis itu benar benar memberikan ketenangan yang sukar ditafsirkan.

Seakan tidak percaya apabila melihat gadis itu sedang terbaring di atas katil miliknya,di dalam biliknya. Ikutkan rasa hati mahu sahaja dia bertindak jauh mengikut nafsunya namun akalnya melarang dirinya.

Puas hatinya apabila dia berjaya menjejak Aurora sehingga ke stor. Tarikan aura Aurora memang sangat kuat,lebih lebih lagi terhadap dirinya yang berdarah diraja, sangat sensitif dengan segala bentuk hubungan mate.

Jika diikutkan peraturan,dirinya sudah boleh menyetubuhi Aurora sebagai tanda kekal hak miliknya tapi dia masih ingat pesanan Raja Evan. Status Aurora sebagai manusia biasa pasti tidak biasa dengan budaya mereka.

Manusia biasa akan mengakhiri hubungan cinta dengan perkahwinan, jadi dia bersetuju dengan cadangan Raja Evan untuk mengadakan majlis perkahwinan,dengan Aurora.

Lagipun sama je situasinya.

Aurora tetap akan jadi miliknya selamanya. Luna dan matenya sampai bila bila.

Perlahan dielus lembut pipi putih merah milik Aurora. Ibu jarinya mengusap usap bibir bawah gadis itu.Bibir merekah yang manis apabila dikucup itu direnung lama.

Segalanya sempurna untuknya.Cukup sempurna untuk dirinya.

" Kau memang tercipta untukku Aurora,sebab itu aku akan sentiasa mengejar engkau walau ke hujung dunia. Walau kau menyorok dimana sekali pun,aku akan sentiasa mencari kau sampai dapat.
You will always be mine sayang. Mine!" Bisiknya , lembut sambil mengucup jari jemari Aurora.

Ada sedikit pergerakan dari Aurora namun setelah itu dia kembali nyenyak.

Wajah cantik itu dipandangnya semula. Kenapa gadis itu lari darinya? Tak cukup elok kah dirinya? Dia bakal pewaris pemerintahan, dan gadis itu bakal menjadi permaisuri negara, bukankah semua itu dambaan wanita?

Dia mengeluh kecil dan mengucup tangan Aurora sekali lagi.

Tangan Aurora diletakkan dan dia berjalan keluar dari biliknya,mahu membiarkan suri hatinya berehat sepuasnya.

Sebelum keluar, dia melihat sekilas Aurora kembali sebelum membuka pintu.

Pengawal diletakkan diluar pintu biliknya bagi mengelakkan cubaan Aurora untuk lari semula.

Lantas Aiden menuju ke ruangan besar seakan bilik mesyuarat tempat biasa ayahandanya akan berkumpul dengan para menteri tentang masalah negara.

Hanya ada ayahandanya sahaja di situ. Raja Evan sedang tersenyum kepadanya.

" Gembira?" Soal Raja Evan.

" Sangat, ayahanda," balas Aiden ringkas, penuh makna.

Raja Evan mengangguk dan meneliti kertas di hadapannya.

" Ayahanda bercadang untuk mempercepatkan lagi proses penyerahan takhta kepada kamu memandangkan kamu sudah berjumpa dengan Luna kamu. Ayahanda pasti kamu sebenarnya sudah bersedia memegang tampuk pemerintahan negara seperti mana ayahanda buat sekarang. Ayahanda tahu kamu boleh melakukan lebih baik lagi," ujar Raja Evan, memandang Aiden yang kelihatan tenang.

Aiden memandang kertas di hadapan ayahandanya. Dokumen penyerahan takhta, sesuatu yang diidamkan sekian lama. Dengan dia dilantik menjadi raja pemerintah Erovra,dia tahu dia boleh membawa perubahan yang besar terhadap negaranya. Dan ayahnya sudah melakukan yang terbaik untuk Erovra.

Namun salah satu syarat penyerahan takhta adalah dia  perlu ada pewaris. Dia perlu pewaris dari keturunannya.

Kerana itu apabila dia berjumpa dengan mate nya, ianya sesuatu yang patut disyukuri. Dia perlu membuat Aurora mengandung agar hak raja tetap kekal miliknya.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateOnde histórias criam vida. Descubra agora