58

10.1K 347 0
                                    

Cuti 3 hari 2 malam dihabiskan di kampung Aurora,terletak di wilayah 3 Palmz. Dua jam jarak dari Vienna, Palmz merupakan antara negeri jelapang padi dan diperintah oleh Nathaniel Trent, juga merupakan sahabat Aiden. 

Bersama suaminya, Aurora merentasi batas batas padi, menunjukkan kepada Aiden kilang padi yang biasa dia pergi untuk buat part time ketika zaman sekolah dahulu, atau ke kedai mee kegemarannya. Aurora juga membawa Aiden merentasi pantai berdekatan.

Pertama kali, Aiden juga merasa bebas dari bebanan kerja. Paling bermakna, apabila masa itu dihabiskan bersama isteri tercinta. Tekun dia melayan isterinya becok bercerita tentang kampung dan zaman persekolahannya. Kedengaran sangat seronok.

Kerana dirinya tidak pernah dapat pengalaman sebegitu. Hidup sebagai anak raja pemerintah, memerlukan dia untuk sentiasa bersedia untuk apa sahaja. Seluruh hidupnya dicurahkan untuk kerja kerja dan kerja. Namun Aurora dibesarkan dengan cara berlawanan dengannya.

Kerana itulah mereka saling melengkapi.

Dan masa itu seakan milik mereka berdua. Aiden juga tidak jemu jemu memandang mata coklat cair itu. Melting sangat. Macam cadbury.

" Abang seronok?" Soal Aurora merenung sayang ke arah suaminya. Ketika itu mereka berada di pantai, menyelusuri gigi air.

Aiden mengangguk perlahan. " Abang tak pernah rasa macam ni."

" Lain kali kita buat lagi ea. Ambil cuti untuk diri sendiri and datang sini lagi nak?" Kata Aurora sambil berhenti dan menghadap suaminya.

Aiden mengangguk lagi sambil mengusap pipi isteri. " As you wish sayang."

Aurora memegang tangan Aiden yang berada dipipinya dan dibawa ke bibirnya. Dicium lembut. Manja.

Aiden hanya tersenyum melihat perbuatan isterinya. Dirangkul erat tubuh genit itu ke dalam pelukannya.

" Sayang janji takkan tinggalkan abang?"

Aurora meleraikan sedikit pelukan dan mendongak sebentar melihat wajah suaminya. Dia tersenyum manis.

" Hanya maut memisahkan kita. I will never leave you abang, I promise with all of my life. All of my life!"
Satu satu perkataan keluar sebagai janji buat suaminya.

Aiden menemukan hidungnya dengan hidung isterinya.

" Dalam sebulan lagi, sayang kerja lah semula. Masa tu kandungan dah 5 bulan dah so I think should be okay. Habiskan baki tanpa tangguh lagi dah. Sebulan setengah lagi kan. But still remember, after you finish,berhenti kerja terus. No more discuss after that. And syarat tambahan itu masih berjalan yee." Bisik Aiden, lembut.

Aurora membeliakkan matannya terkejut. Segera dileraikan pelukan itu. " Seriously abang? But saya mungkin kena repeat 2 tahun pula sebab dah tinggal lagi latihan tu."

" Abang dah discuss dengan Dr Haris balik. Dia benarkan sayang kembali dengan syarat tiada lagi postpone dah. Kali ini sayang buat betul betul. Habiskan terus latihan perubatan dan get your certificate. Make me proud as your husband," kata Aiden sambil mencuit dagu isterinya.

Truly dia ingin isterinya capai dahulu apa yang dia inginkan sebelum isterinya settle down untuk bersedia bergelar Permaisuri dan ibu kepada anak anaknya. Kali ini dia akan mengawasi isterinya betul betul. Isterinya yang selalu buat hal tidak terjangka.

" Thank you abang. Thank you. Saya akan buat bersungguh sungguh sehingga habis. I will do my best to be a Dr Aurora for once. Thank you abang sebab bagi peluang ni," lantas dipeluk erat tubuh suaminya yang berotot itu.

" Welcome my wife. I love you"

Dan keesokan harinya sebelum mereka pulang ke Vienna, mereka singgah di mansion besar keluarga Trent. Aiden ingin berjumpa sahabatnya Nathaniel Trent yang juga Alpha di Wilayah Palmz. Sahabatnya itu masih belum berjumpa mate. Dan dia sangat menghormati Aurora. Setelah makan tengahari di mansion Nathaniel, barulah Aiden dan Aurora pulang ke istana semula.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now