Epilog 6 Final 💅🏾

10K 394 110
                                    



Lagu di atas adalah lagu Sempurna by Imsomniack.. boleh pasang juga untuk satu scene di bawah ya..

25 YEARS LATER

Raja Noah Alexander memasuki kamar peribadi Daddynya Aiden Alexander. Sunyi, sesunyi rasa hatinya. Di sinilah kenangan tercipta, dan disinilah kenangan itu terkubur.

Gambar besar Daddy dan Mommy ketika muda ditatap sayu. Kenangan masa kecilnya terlayar di mindanya. Lantaran itu, kelopak matanya hampir basah.

Dia menghampiri gambar besar yang tergantung megah itu.

" Mommy.. Daddy.. Noah rindu.." lirih suara Raja Noah berbisik sambil mengusap gambar itu.

Dia tenggelam dalam lamunan.

" Abang," suara seorang gadis di belakang. Noah berpaling ke arah pintu bilik yang terbuka. Oh adiknya rupanya, Puteri Casey Ixora.

" Apa abang buat kat sini?" Soal Casey, walau dia tahu sangat sebabnya.

Noah tersenyum pahit, sambil menggeleng kepala. "Tak ada apa, cuma nak hilang rindu."

Casey memeluk abangnya sambil menepuk belakang Noah. " Jangan macam tu abang, kita lepaskan daddy ya, biar dia bahagia dengan mommy kat sana."

Sudah seminggu kemangkatan Aiden, mantan raja Erovra yang digeruni serta dihormati pihak kawan dan lawan. Ketika majlis pengebumian, begitu ramai wakil negara serta pemimpin dunia yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada the Late Aiden Alexander Evan itu.

Dan seminggu itulah kamar peribadi ini dilawati setiap hari tanpa jemu. Dia ingin merasakan semangat cinta daddy dan mommy meresap ke dalam hati dan jiwanya. Dia rindu.. cukup rindu..

" Abang, cerita lah lagi pasal daddy dan mommy, Casey nak dengar." Pinta Casey sambil menarik Noah duduk di birai katil. Noah tersenyum mengangguk lantas duduk jua.

Puteri Casey Ixora, anak bongsu Aiden dan Aurora yang dilahirkan 24 tahun yang lepas. Namun akibat komplikasi semasa kelahiran, Mommynya Aurora mengalami tumpah darah yang banyak dan tidak dapat diselamatkan. Aurora meninggal dunia ketika melahirkan Casey dan tidak dapat menatap wajah anak bongsunya.

Dan ketika itu lah Noah dapat melihat, Daddynya berada dalam titik yang paling bawah dalam hidupnya. Aiden kelihatan sungguh lemah dan tidak mahu meneruskan hidup tanpa isteri tercinta. Berbulan dia meratap pemergian isterinya tanpa henti, seakan separuh jiwanya melayang. Sasau.Aiden mengurung dirinya didalam kamar ini, ingin menyendiri.

Ketika itu pemerintahan terpaksa dipangku sementara oleh Putera Amar.

Puteri Casey pula dijaga sementara oleh Puteri Ayana dan suaminya Kian Adzriel.

Putera Noah, Puteri Carla dan Putera Zayd dijaga dan diasuh oleh Nenda Tilia, Putera Isaac serta Zyon.

Tetapi tiba tiba pada satu hari, Aiden kelihatan bersemangat semula dan kembali menerajui negara seperti biasa. Tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa dia tiba tiba berubah sedemikian.

Anak anaknya juga dijaga seperti biasa. Malahan Casey juga ditatang dan disayangi lebih dari anak anak yang lain.

Dan Noah dapat melihat perubahan Daddynya. Dia kelihatan tenang, dingin tetapi Noah tahu Daddynya membawa rindu berat yang tidak tertanggung, yang hanya empunya tahu. Namun Aiden tetap tabah mengemudi negara selama 23 tahun kemudian sebelum diserahkan tampuk pemerintahan kepada anak sulungnya Putera Noah Alexander.

Sisa 2 tahun kemudian yang tinggal, dihabiskan masa dengan mengunjungi kubur Mommy the Late Aurora Lilly setiap hari tanpa jemu. Sekali sekala Daddynya berbicara seolah olah mommy ada bersama. Ada sahaja cerita atau isu yang diutarakan. Baik gembira,atau cerita sedih.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now