23

10.3K 433 9
                                    

Aurora Lilly

Aku berdiri sebentar di hadapan restoran menunggu bas  datang selepas waktu kerjaku. Aku termenung seketika .

Selesai tugasku melayani Tengku Adrian semasa makan tengah hari tadi, aku segera keluar dari bilik VIP untuk mengelakkan diri darinya.

Ketika aku melintasi tingkap kaca pantulan lutsinar setelah keluar dari bilik VIP itu, aku boleh rasakan mata Tengku Adrian mengikuti setiap jejak langkahku walaupun sepatutnya dia tak boleh nampak aku langsung diluar bilik.

Hujung bibirnya tersenyum sinis. Aku nampak. Dengan jelas.

Lamunanku terhenti ketika bahuku seperti dilanggar seseorang. Kuat pula tu. Aku mendesis sakit. Rupanya Ayu yang melanggar aku. Namun riak wajahnya yang agak masam itu yang menarik perhatian aku untuk bertanya.

" Kau okay Ayu?" Soalku tersenyum menyembunyikan kesakitan. Ayu melihat bahuku yang dilanggarnya. Tiada kesalan.

" Seronok kau dapat perhatian Putera Raja?" Dibalas soalanku dengan soalan sinis pula.

Aku mengerut dahi. Dah kenapa minah ni?

" Ayu, kenapa ni?," soalku perlahan. Aku boleh nampak riak tak sukanya.

" Ye la mentang mentanglah katanya kau cantik, suka hati  Tengku Adrian reject aku semata nak suruh kau ganti aku. Tapi aku tengok kau tak de cantik mana pun. Macam mana laaa dia boleh syok kat kau ," balas Ayu kelihatan sakit hati.

Oh pasal aku ganti dia tu ke? Bukannya aku nak pun. Mamat tu yang tiber nak suruh aku yang layan lunch dia. Kalau ikut hati, pijak semut pun aku tak nak.

" Kau salah faham ni Ayu. Bukan aku yang...." Kataku dipotong pantas oleh Ayu.

"Dah kalau kerja mengikis, memang akan mengikis la kau. Sasaran kau bukan level biasa, anak raja tu. Ye la,muka acah suci baik ni biasanya gold digger."

Aku mula rasa naik angin. Gold digger? Eh kalau aku gold digger lama dah aku stay dengan mate aku si Aiden tu. Eh tiber ngaku sendiri dia tu mate aku pula. Padahal aku ni duk lari dari dia dah tu.

" Ayu, kau jangan melebih sangat. Bukan aku yang terhegeh menadah muka kat Tengku Adrian. Dia kan yang request aku untuk layan dia. Mana lah aku tahu dia yang nak macam tu," balasku geram.

Ayu melihatku dengan pandangan mengejek. Orang ramai di hadapan restoran tu mula melihat kami yang sudah seperti tegang.

" Ye lah sebab kau dah bagi servis kat dia. Servis yang semua lelaki suka. Servis body kau. Sebab kau dah jual diri kau kat dia sebab tu lah dia cari kau. Macam lah aku tak tahu jenis perempuan tak de maruah tak de pendidikan macam kau memang tadah pussy kau....."

PANG!!

Muka Ayu ditampar keras. Tapi bukan oleh aku.

Tamparan itu dari Tengku Adrian.

Aku terkejut bila masa pula dia berada kat sini. Mataku yang mencerlung marah dan sakit hati bertukar terkejut dengan kehadiran Tengku Adrian.

Wajahnya yang dingin tampak tegang dengan rahangnya diketap. Nampak sangat api kemarahannya menyala nyala.

Macam naga berasap kat hidung weh.

Ayu yang melihat figura manusia yang menamparnya kaget. Muka dia bertukar ketakutan yang jelas. Pipinya  kemerahan berbekas kena tampar.

" Lancang  betul mulut kau sampai sikit lagi aku nak bunuh kau," kata Tengku Adrian. Aura kehitaman jelas naik.

Aku yang disebelah ini jadi mengecil sekejap. Takut.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now