Epilog 5💅🏾

6.8K 274 16
                                    

Korang mesti kata mengarut scene kali ini..ah,peduli lah hahahaha..yang penting author undang group kesayangan ramai jadi cameo untuk bab ni..kahkahkah..
who is ARMY here 🤌🏻
Tapi author bukan ARMY hehe
Enjoy🫶🏻
———————————————-

Suasana konsert BTS itu memang meriah. Rata rata yang hadir rupanya anak anak muda semua baya baya Ayana.

Dan tak disangka group BTS ini menyediakan tempat khas untuk Permaisuri di dalam stadium . Rupanya kedatangan Aurora sudah diketahui awal oleh syarikat pengurusan BTS. Malahan sebelum konsert bermula, Aurora sempat berjumpa ahli BTS yang seramai 7 orang itu.

Ayana pula melompat teruk apabila melihat BTS live depan mata berborak santai dengannya. Manakala Amar hanya berpeluk tubuh memerhatikan kedua figura ini. Jadi bodyguard tak berbayar.

Pasrah je lah sebab ini arahan dari si abangnya merangkap sang Raja juga si suami kepada wanita di hadapannya ini.

Ruzz dan Hazziq, bodyguard baru, setia menemani Aurora di belakang.

Kian Adzriel pula menghubungi Ayana dan memberitahu bahawa tiket yang dia belikan itu cuma satu sahaja. Kenapa boleh dapat tambahan dua tiket? Aurora mengerut dahi mendengar kata kata Kian dalam telefon ketika Ayana memasang speaker dan lagi bertambah hairan apabila Ayana cepat cepat mematikan handphone nya setelah Kian mempersoalkan tentang jumlah tiket.

"Ayana, Kian kata dia beli satu tiket. Mana datang tiket akak dan Amar?"

Ayana tersengih canggung. Amar hanya senyap tidak beriak.

" Tak de lah, akak salah dengar lah. Memang dia beli 3 tiket lah.." balas Ayana sambil matanya melilau ke tempat lain.

Aurora mengerut dahi namun dia mendiamkan diri je lah. Yelah. Lantak la, dah dapat tiket free lagi banyak soal pulak kan aku ni?

Haha

Lagu lagu yang dinyanyikan oleh BTS group kebanyakannya Aurora pernah dengar dalam radio. Sedap jugak lagu, catchy dan syok. Menjerit jerit fan perempuan apabila salah seorang ahli BTS membuka baju menunjukkan badannya yang sasa.

Erk roti Bun!

OMG.. Aurora terus menutup mata. Mampus kalau laki dia tahu aku tengok benda ni weh.

Ketika lagu berentak slow melody dialunkan, lampu ditutup dan seluruh stadium bermandikan cahaya lampu suluh handphone yang diayunkan bersama sama. Ayana pula tenggelam dalam dunia BTS dia..turut sama membuka lampu suluh.

Si Amar pula ? Tidur rupanya mamat nih. Haih! Mentang mentang gelap.

Lampu kembali dibuka, cerah menerangi suasana stadium semula. Ahli kumpulan BTS berdiri antara satu sama lain menhadap para peminat. Ayana dah seperti tidak tentu arah. Peminat perempuan yang lain juga tidak ketinggalan berteriak seperti kena sampuk hantu.

Mujur Aurora masih kuat iman dari berkelakuan sebegitu. Rasanya kalau tak, comfirm kena sembelih dengan laki sendiri.

" Annyeonghaseyo, i am RM here.. hai Erovra," kata salah seorang ahlinya disambut oleh jeritan pekikan para peminat.

Wah, gila lah depa ni punya sokongan.

Kemudian satu satu ahli BTS memperkenalkan diri. Uih ada sorang tu nama Suga? Sugar? Gula?

Ketika Aurora berborak dengan mereka ketika sebelum konsert, dia masih belum mengetahui nama nama mereka lagi.

" Well this is the nice weather here in Erovra. Ehem.. first of all,we want to thank a lot especially Erovra government for give us a opportunity to make a concert here. Such a best experience we have. Thank you Erovra." Kata RM sambil menunduk hormat disusuli oleh kesemua ahli BTS.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateDonde viven las historias. Descúbrelo ahora