64

8.8K 336 11
                                    


" Aku ikut kau," kata Tengku Adrian muktamad. Aiden meraup wajahnya kasar.

" Ni hal aku dengan Dylan. Kau just stay sini je ."

"Kau dah lupa Aiden pasal kejadian 18 tahun dulu. Aku nak tahu kenapa Dylan buat macam tu. Kenapa sampai nak libatkan Aurora sekali," nada suara Tengku Adrian naik seoktaf.

Pagi tadi dia mendapat panggilan dari Amar tentang Aurora diculik hampir seminggu lepas dan masih belum dijumpai. Ketika itu jugalah dia terus mengambil penerbangan peribadi terus ke Erovra.

Aiden merenung tajam ke arah Tengku Adrian. Dadanya turun naik menahan marah.

Aku suami Aurora ke atau dia ni suaminya?

Tengku Adrian yang perasan akan renungan Aiden segera mengangkat kedua belah tangannya.

" Jangan salah faham. Aku dah anggap Aurora tu macam adik aku."

Aiden merengus kasar. " You better be!" Dan lantas meluru keluar dari pejabatnya. Tengku Adrian memutarkan bola matanya ke atas.

" Huh..baran tak hilang hilang!" Rungut Tengku Adrian sambil berjalan keluar.

Zyon dan Khaleed hanya terpinga pinga.

———————————————————————————

Masih terngiang ngiang suara Aiden memuji kecantikan Bella di speaker phone yang dibuka Dylan sebentar tadi. Air mata jangan cerita, laju menuruni pipi.

Sampai hati suaminya berkata kata sebegitu.
Betul betul dibelakangnya. Suaminya curang!

" You are so beautiful tonight my babygirl."
" Aiden."
" Kiss me Aiden,"
"Harum bau tubuh kau. Tak seperti isteri aku,"
" Ceraikan dia Aiden. Lupakan dia. Dia tidak layak untuk you sayang. I yang sepatutnya jadi permaisuri you."
" She's not deserve for me right? Hmm kalau aku tahu macam ni, aku sepatutnya tak cari dia kat Vienna. Sepatutnya aku teruskan niat untuk kahwin dengan kau."
"Kalau aku jumpa dia aku nak hukum dia sebab lari dari istana. Hukuman sekeras yang aku boleh berikan."

Semua ayat ayat ini menyakitkan hatinya, menghancurkan hatinya. Jangan jangan orang dalam istana yang dimaksudkan Hun itu adalah Aiden. Aiden sendiri yang mahu membunuhnya. Fikiran itu adalah paling merapu yang pernah dia fikir sekarang ni sedangkan dia tahu Dylanlah orang yang dimaksudkan Hun.

Sebab itu mustahil sangat sangat. Mereka terikat dengan ikrar darah itu. Malah menurut Ayana yang memberitahu semasa malam pernikahan mereka, ikrar darah itu memang diminta khas oleh Aiden kerana dia yakin akan bersama Aurora selama lamanya. Jarang sekali ikrar darah itu menjadi tentatif wajib dalam Hari Penukaran, melainkan ianya diminta sendiri oleh bakal Raja.

Tangisannya bertukar esakan panjang. Walau bagaimana pun semua kata kata pujian suaminya terhadap perempuan lain menyakitkan baginya. Sampai hati. Penipu!

Dylan yang memerhati sedari tadi hanya tersenyum sinis. " Aiden tak heran pun kau dan anak kau. Dia memang cintakan adik aku dari dulu lagi. "

Aurora tunduk membisu. Namun seketika dia mendongak perlahan ke arah Dylan.

" Apa masalah kau ni ha?" Titis air mata masih lagi berlinangan di pipi Aurora.

" Suami kau memang buruk perangai. Hey aku dah tunjuk bukti kat kau. Tak percaya lagi?" Kata Dylan memeluk tubuh.

" Lepaskan aku lah Dylan. Aku mengandung. Aku kandungkan anak sepupu kau Dylan. Langsung tak kesian kat aku ke?" Tangan yang berikat dibelakang digerak gerakkan ingin melonggarkan ikatan.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now