29

12.5K 432 4
                                    

Majlis resepsi berlangsung hingga ke malam. Tidak putus putus rakyat datang mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai itu. Rata ratanya ingin melihat siapakah gadis yang berjaya mencuri hati Putera Mahkota kacak yang terkenal dengan dingin, tegas, dan beku namun adil dan baik hati itu.

Istiadat formal diraja sudah pun selesai dan kini hanya acara santai bersama rakyat.

Pasangan pengantin memakai baju krim kekuningan yang menyerlahkan wajah putih kemerahan Aurora.

Pasangan pengantin memakai baju krim kekuningan yang menyerlahkan wajah putih kemerahan Aurora

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aurora menjadi tumpuan lensa kamera media dan perhatian rakyat. Ada sahaja yang ingin menyapanya dan kesemuanya dilayan Aurora sebaik mungkin. Ternyata ramai yang sudah mula menyenangi isteri Putera Mahkota itu. Aiden pula yang kurang gemar akan perhatian itu adakalanya menarik Aurora ke sana sini untuk mengelak namun seperti dijangka, setiap sudut ada yang menyapa.

" Tuanku," sapa Mateen Ezkiel serta seorang lagi ketua mafia berkuasa Luth Michael. Aiden menepuk kedua bahu sahabatnya, dan berpaling dari Aurora melepaskan tangan isterinya. Seketika Aurora lega sebentar kerana tangannya sakit dan kebas akibat dipegang suaminya sepanjang masa.

Dilihatnya suaminya Aiden sudah tenggelam dengan perbualan mereka bertiga. Kawan kawan suami nya nampak dingin juga seperti dia. Muka ganas je masing masing. Geng serigala kot.

Ada juga orang yang menyapa Aurora di situ dan mengucapkan tahniah. Aurora membalas dengan sebaiknya.

Dikerling suami sekali lagi. Ni kalau aku tinggal dia ni mesti dia tak perasan? Bisik Aurora sambil senyum kambing.

Lantas dijarakkan sedikit kakinya ke tepi. Gaun yang kembang diangkatnya searas pergelangan kaki. Okay, dia tak perasan.

Hisy rimas betul lah gaun panjang panjang nih. Marah Aurora dalam hati.

Dibuka lagi langkahnya sejengkal ketepi. Oh, okay suami masih lagi berborak dengan kawan kawan ganas dia.

Dibuka lagi jarak kaki sedikit, okay sikit lagi aku nak menyelinap ke kumpulan ramai tu. Oh dia masih lagi tak perasan. Hehe ini lah masanya. Getus Aurora.

1
2
3

Aurora membuka langkah lagi untuk hilang disebalik keramaian,namun belum sempat dia melakukannya, tangannya disambar semula dengan pantas oleh seseorang.

Sapa lagi kalau bukan suaminya, Aiden. Aiden hanya tersenyum sinis melihat isterinya terkulat kulat ketika dipegang tangannya dan ditarik kembali ke sisi dirinya semula.

Heh, nak lari la tu.

" Meet my wife, Aurora Lilly," kata Aiden ringkas perkenalkan isterinya kepada Mateen Ezkiel dan Luth Michael. Kedua duanya tunduk hormat manakala Aurora yang tidak tahu bereaksi apa hanya mengukir senyuman kecil sambil berkata " Hai".

Tangan Aiden mencengkam tangan Aurora makin erat.

" Rule no 1. Jangan senyum kat lelaki lain Aurora," bisik Aiden mendatar. Segera Aurora matikan senyumannya.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now