60

9.3K 336 7
                                    

Handphone di tangannya digenggam kuat. Bibirnya bergetar menahan rasa terkejut dan marah yang silih berganti.

" Tuanku, Cik Puan hilang!"

Sebaris ayat yang diterima menerusi panggilan telefon oleh Ruzz tadi benar benar menyentak tangkai jantungnya.

Aiden menghubungi Aurora berkali kali namun tidak berjaya. Kesemuanya panggilannya disambung ke peti pesanan suara.

Hatinya terdetik adakah isterinya buat perangai lagi tetapi sukar untuk dipercayai sebenarnya. Memandangkan keadaan Aurora yang berbadan dua serta mereka berdua baik baik sahaja sebelum ini. Malahan pagi ini Aurora sempat lagi memilih sendiri suit dan kemeja baju untuk diri Aiden. Jadi dimana celahnya dia nak lari?

Tapi tak mustahil memandangkan isterinya memang kerap buat hal sebelum mengandung lagi. Cuma sekarang ni slow sikit perangai troublemaker nya itu.

Dia mengambil keputusan untuk ke hospital. Biarlah dia sendiri yang akan memeriksa sebabnya.

————————————————————————————

Tubuhnya terasa baring di atas permukaan yang sangat lembut. Cahaya lampu begitu menyilau sehingga sukar dia membuka matanya. Kepalanya terasa sungguh sakit, dan dia terasa gerakan yang kuat dalam perutnya.

Baby menendang.. lapar ye, tunggu ye ibu nak cari makanan..

Matanya terbuka perlahan dan lantas ingin bangun dari pembaringan. Pinggang dan tulang belakang nya sakit sangat tidak terkata.

Tetapi tangan kiri tidak dapat digerakkan. Dia bingung dan berpaling ke arah tangan kirinya. Matanya terbuka luas melihat tangannya digari di kepala katil.

Terus Aurora tersedar dalam mode penuh dan matanya melilau ke sekeliling bilik. Bilik yang sangat asing. Seperti bilik tidur tapi penuh dengan barang. Barang yang terbuang.

Dia segera bangun perlahan lahan. Kesakitan dan lenguh di bahagian tangan kiri semakin terasa. Akibat posisi bangunnya yang tidak sesuai, ditambahkan lagi dengan berat badannya yang makin bertambah,menyebabkan tangan kiri yang digari tu terkena besi penggari di sekeliling. Luka dan calar ada disitu. Aurora menjerit kesakitan.

" Auch!"

Tangannya berpusing pusing dalam ikatan gari itu meyebabkan kesakitan semakin kuat dan luka semakin banyak.

" Sayang, dah bangun?"

Suara lelaki itu kedengaran di muka pintu bilik tepat dihadapannya. Aurora memakukan pandangan keliru yang jelas mengandungi rasa terkejutnya dengan panggilan enchantment lelaki itu kepadanya.

Sayang?

" Hun, apa kau buat nih? Lepaskan aku!" Aurora hampir menjerit bernada tinggi.

Hun berjalan perlahan menuju ke katil tempat Aurora digari. Tangannya memegang pinggan plastik berisi seperti nasi dan lauk. Riak wajahnya kelihatan sungguh tenang. Kerusi kecil ditepi pintu bilik, diambil dan ditarik Hun untuk duduk di tepi katil Aurora.

Riak wajah Hun yang tenang sangat menggerunkan Aurora. Ini bukan Hun sahabatnya yang dia kenal selama ini.

" Makan ye sayang. Kesian anak kita dalam perut tu. Dia kena ada khasiat sikit," ujar Hun sambil mengambil sudu didalam pinggan dan mula menyua sudu itu ke mulut Aurora.

Dah gila ke si Hun ni? Anak kita?

" Aku tak nak!! Aku nak balik!"

Hun tersenyum nipis. " Sayang nak balik mana? Sini tempat sayang," katanya lembut.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now