Special Chapter 2

7.8K 327 9
                                    


Aiden memandang isterinya yang melangkah keluar dari pintu rumah,tangan Aurora memegang erat tangan seorang gadis dibelakangnya. Mungkin itulah tunang Tengku Noah. Dan kini hanya pintu pagar yang memisahkan mereka.

Tengku Noah pula memandang tepat ke arah kedua dua perempuan di hadapannya. Ikutkan hati, nak sahaja dia cincang lumat Aurora Lilly jika wanita itu bukannya isteri tersayang sahabatnya. Mau tak perang dua negara tak pasal pasal jika dia buat begitu.

Aiden melangkah setapak ke hadapan, namun pandangannya masih terpancing ke arah wajah isterinya. Dia tahu isterinya sekarang berlagak kuat. Hakikatnya dia sebenarnya ketakutan. Mengenangkan itu sahaja membuatkan Aiden senyum sinis.

" Benda bodoh apa yang kau buat ni sayang?" Soal Aiden mendatar. Tak , dia tak boleh tunjuk masalah rumah tangganya. Sudahlah beberapa orang awam mula berkumpul menjenguk jenguk. Di tambahkan lagi dengan jiran sebelah rumah sewa itu yang kaki penyibuk. Macam lah tak nampak mata hitam di sebalik langsir. Dasar bawang!

" Ke sini Aurora. Come!" Ringkas Aiden memberi arahan. Dia langsung tak menjangka bahawa Aurora boleh bertindak sejauh begini. Sangkanya, selepas mereka memperolehi anak, perangai troublemaker Aurora sudah semakin kurang. Eh malahan lebih teruk adalah. Dan sekarang dia menyembunyikan lokasi tunang orang. Tunang sahabat baiknya. Tunang Tengku Noah Kaisar. Gila ke apa isterinya. Tapi dia pasti Aurora tidak akan bertindak bodoh begini jika tiada sebab. Pasti ada sebab mengapa.

Reaksi Aurora membatu. Begitu juga dengan gadis dibelakangnya. Sarah Amelia. Keduanya membisu terus.

Aiden menarik nafas. Cuba memupuk sabar yang semakin hilang. Tengku Noah pula juga diam sahaja. Membiarkan Aiden menyelesaikan masalah dengan isterinya. Namun matanya tepat memandang Sarah Amelia yang tunduk. Dalam hatinya merencana sesuatu yang gila. Siaplah kau Sarah. Aku patahkan kaki kau nanti biar tak boleh lari terus.

" Sayang, come!" Nada suara Aiden mula berubah.

" Tak nak, kali ini jangan paksa saya," balas isterinya berani. Aiden tersentak namun cepat cepat dia mengawal riak. Hatinya semakin marah. Isterinya berani membantah arahannya di khalayak ramai. Dirinya adalah Putera Mahkota. Jika dia tidak dapat kawal isterinya, bagaimana dia akan mengawal rakyatnya?

Ikutkan baran dia, memang pecah bibir isterinya itu. Namun dia sudah lama mengawal sikap baran semenjak kejadian penculikan Aurora dahulu. Sayang isteri punya pasal!

" Aku tak nak ada yang pecah muka kat sini Aurora. Sama ada kau datang sini atau aku masuk sana heret kau keluar. Pilih," tenang satu satu perkataan keluar dari mulut Aiden. Tetapi urat hijau yang timbul serta rahang yang diketap kuat menggambarkan betapa marahnya Aiden sekarang.

" Saya tak kan keluar selagi tiada jaminan Sarah akan diapa apakan," tegas suara Aurora berkata.

Aiden menjungkit kening. Wow, berani!

Aiden memanggil Hilmi yang berada dibelakangnya. Memberi arahan supaya mengekang jumlah orang awam yang semakin ramai mengelilingi. Hilmi mengangguk ringkas dan memberi tunduk hormat.

Aurora juga perasan akan keadaan itu. Orang awam semakin ramai.

" Aku tak nak berbincang macam ni, Aurora. Keluar, dan kita bincang,"kata Aiden dingin.

Aurora menggeleng pantas. Aiden menjegil mata.

" Ini tempat awam sayang. Apa apa masalah kita bincang kat istana. Orang makin ramai, kau tak malu ke?" Aiden cuba berdiplomasi bagi meyakinkan isterinya. Isterinya ini dah lama tak diberikan ajaran. Kali ini selepas selesai semua ini, dia akan membuat perhitungan dengan Aurora.

" Saya nak satu jaminan Sarah akan selamat, baru saya keluar," Aurora juga mengetap rahang, bengang. Tak kan faham lagi suaminya pun. Sarah lari sebab kena kahwin paksa kan. Sebab tu la dia menyorok. Kalau diberi Sarah tanpa jaminan, mati gadis tu dengan Tengku Noah.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now