16

11.6K 414 2
                                    

Aurora Lilly

Bangun sahaja aku dari tidur pagi itu, aku melihat Aiden tiada di sisi. Aku meraba raba baju tidurku, masih sama seperti semalam. Namun bau tubuh lelaki itu melekat dibaju tidur aku.

Dia peluk aku ke semalaman?

Rasa merona merah menyerbu ke muka aku. Oi, dia dah sentuh habis sampai ke pussy aku takkan aku boleh malu lagi.

Aku selalu marah dengan diri sendiri, rasa seperti perempuan jalang dan sundal. Tubuhku disentuh sesuka hati tapi aku tak mampu menolak langsung.

Namun anehnya aku tidak merasa hangat dan bernafsu semasa aku bertatapan mata dengannya semalam. Rasa ghairah itu juga sudah tiada.

Lantas aku bangun dan menuju ke bilik air. Tuala yang baru terlipat kemas ku ambil di hadapan bilik air dan masuk ke kamar mandi.

Selesai mandi aku menukar pakaian aku ke pakaian santai. Aku mengerling jam, baru pukul 7 pagi. Aku membayangkan jam 7 pagi aku di hospital, sedang sibuk clerking segala result dan aktiviti pesakit seharian sebelum ward round jam 9 pagi. Aku mula mengeluh. Betapa aku rindu kerjaya aku.

Aku berjalan ke verandah bilik itu dan cuba membuka sliding door. Namun terkunci. Aku mengeluh lagi. Aku memahami mungkin dek kerana insiden aku terjun tempoh hari menyebabkan semua pintu dan tingkap berhampiran aku dikunci.

Aku hanya melihat cahaya matahari terbit di balik kaca lutsinar sliding door. Indah sungguh pemandangan.

Dibawah sana aku melihat kelibat beberapa jejaka berlari lari di halaman yang luas itu. Tubuh tubuh yang tegap dan sasa itu semua berlari dalam satu bulatan besar.

Makin lama makin ramai yang menyertai larian itu. Ada juga wanita yang terlibat . Aku mengerut dahi seketika. " Rajin beno la dorang ni bersenam", getus hatiku.

Aku perasan larian itu seperti dikawalselia oleh seseorang. Ada seorang yang tidak berlari. Dia kelihatan menjerit sesuatu kepada kumpulan berlari itu. Aku mengecilkan mata aku melihat kepada lelaki yang tak berlari itu.

Tak pernah aku lihat dia tu.

" Cik Puan," satu suara halus mengejutkan aku dan terus mengalih perhatian aku dari lelaki itu.

Gwen rupanya. Bila masa lah dia masuk?

" Cik Puan, ini sarapan untuk pagi ini. Kejap lagi tatarias akan datang . Untuk bantu Cik Puan untuk majlis malam ini.," kata Gwen, sopan.

Malam ini? Ada apa malam ini?

" Malam ini ada apa Gwen?" Soalku hairan. Aku memang tak tahu apa apa.

" Hari Penukaran, Cik Puan," balas Gwen, perlahan.

Aku mengerut dahi. Hari apa? Penukaran?

" Maaf Gwen, tapi saya tak tahu pasal itu. Benda apa tu Hari Penukaran," soalku tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku.

Gwen kelihatan teragak agak menjawab soalanku. Mulutnya terbuka dan tertutup seperti ikan mencari nafas.

Akhirnya dia menghembus nafasnya.

" Maafkan saya Cik Puan tapi saya rasa saya bukan orang sesuai untuk menjawab soalan itu," kata Gwen menunduk.

Nah, sejak aku duduk disini, semua orang kata mereka bukan orang sesuai untuk menerangkan. Balik balik kata Aiden yang sesuai. Masalahnya mamat senget tu bukan nak bagitahu aku pun. Habis siapa yang sesuai?

Aku rasa agak kecewa namun aku hanya mengangguk.

" Baik Gwen, terima kasih atas sarapan ini," kataku dan Gwen meletakkan tray sarapan aku ke atas meja katil aku. Dia lantas berundur dan berdiri di tepi katil aku.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum