40

11.1K 370 4
                                    

Aurora memerhatikan aliran air menuju ke lubang saluran air. Ketika ini dia sedang menenangkan diri dibawah pancutan air shower didalam bath tub. Disitu la dia menangis sepuas puasnya mengenangkan kebodohannya dan perasaan serba salah.

Serba salah kerana dia menyedari dia sebenarnya sudah mula mencintai suaminya. Dia tidak tahu adakah dia patut kesal atau tidak tentang itu.

Jika dia tidak keluar malam itu, pasti tidak ada nyawa yang melayang. Suaminya sudah berkali kali memberi amaran, namun diambil sambil lewa. Dia hampir terlupa, suaminya benar benar possessive apabila melibatkan dirinya.

Benarkah kata Tengku Adrian bahawa Aiden mempunyai sisi lain yang tidak patut dia tahu? Kata kata Tengku Adrian masih terngiang ngiang di telinganya.

But if you want to know more about your husband, just send me a message.

Contact? Nak mampus lagi ke kalau dia cuba contact Tengku Adrian? Buat masa sekarang dia tidak berani bertindak apa apa.

Tapi perasaan ingin tahu itu tinggi. Cuma bagaimana dia ingin mendapatkan info itu?

Kedengaran ketukan di pintu bilik air bertalu talu. Bayangan seorang lelaki tinggi lampai kelihatan di pintu kaca itu yang samar samar. Itu suaminya. Namun dia membatukan diri, menutup mulutnya yang teresak esak menangis.

" Sayang," panggil Aiden, lembut. Isterinya sudah terlalu lama berada dalam bilik air. Sudah 2 hari Aurora tidak bercakap, hanya menurut arahan seperti robot. Apabila dipeluk, Aurora seperti mengelamun walaupun tubuh dalam dakapannya.

Dan setiap kali isterinya mandi, dia terdengar esakan tangisan isterinya menerusi pendengaran super sensitifnya. Terbit rasa kesal kerana terlalu mengikut rasa amarah tempoh hari namun Aurora tetap akan mengulangi kesalahan demi kesalahan yang sama jika dia tidak bertindak. Aurora akan selalu mengingkari arahannya.

Dan kali terakhir Aurora mengingkari arahannya, ianya terlalu membahayakan nyawa Aurora. Dia tahu siapa yang cuba menembak isterinya, dan dia dah hapuskan kesemuanya kerana info tentang kemungkinan tembakan itu sudah diketahui pada pagi friendly match bola itu menerusi panggilan telefon. Beberapa dokumen yang diterima juga mengesahkan. Dia akan memburu setiap satu orang yang cuba menyakiti Aurora.

Dan dia tahu, itu semua cubaan untuk menjatuhkannya.

Tapi sekarang ini dia perlu menyelesaikan masalah ini dengan isterinya dahulu.

" Sayang, please buka pintu, kita bincang."

Hanya bunyi pancuran air yang kedengaran.

" Sayang, please atau abang pecah pintu ni."

Masih lagi sama. Aurora langsung tidak bergerak. Kemarahan Aiden mula terbit.

" Sayang," jerkah Aiden. " Kalau kau tak keluar sekarang, aku tak jamin, jangan sampai badan kau yang sakit nanti bila aku masuk ke dalam."

Masa berlalu dan Aurora masih tiada tanda tanda ingin keluar.

Aiden sudah hilang sabar kali ini. Dalam keadaan sekarang ini isterinya masih lagi berdegil.

Dengan sekali tendangan, pemegang kunci pintu kaca itu pecah dan pintu itu terbuka ke dalam. Aiden melangkah masuk ke dalam bilik air. Kepulan wap air menari nari di udara dan lantai pula sudah banjir dengan air.

Aiden menuju ke bath tub dan terkejut isterinya seakan tenggelam dalam bath tub itu.

" Aurora!"

Segera ditarik keluar tubuh tanpa alas isterinya itu yang mula kesejukan apabila bertemu udara bilik air. Diambil tuala dan dililit ke tubuh Aurora. Isterinya masih bernafas lagi namun deruannya perlahan.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now