72

12.3K 394 9
                                    


100 hari yang menyiksakan bagi Aurora telah berlalu. Aiden, Ayana dan Amar bercadang untuk membuat satu majlis kecil untuk keluarga bagi meraikan Aurora yang baru sahaja selesai berpantang 100 hari. Jika ikutkan, boleh sahaja Aurora berpantang 44 hari, tapi dek kerana terikat dengan permintaan kalah taruhan bola hari itu, akhirnya dia bersetuju.

Rupanya sebagai kalah taruhan semasa match bola hari itu, atas nasihat Permaisuri Tilia, Aiden menitahkan agar Aurora berpantang selama 100 hari secara berasingan tempat tidur tetapi mereka tetap berjumpa at least 1 minggu sekali. Pada mulanya Aurora membantah sekeras kerasnya tetapi apabila Aiden mengingatkan tentang persetujuan mereka untuk melakukan semua perkara sekiranya kalah taruhan, dia akur.

Zyon pula ditugaskan untuk menjadi bodyguard Aiden selama sebulan untuk waktu siang, menyebabkan beberapa sesi latihan bola nya terpaksa dianjakkan ke malam. Muka bengkek Zyon boleh terlihat apabila terpaksa melakukan apa sahaja yang disuruh Aiden walau terpaksa membawa kot. Status Zyon sebagai bakal Beta dan bintang bola sepak terpaksa dilupakan sekejap.

Majlis makan malam akan diadakan malam ini. Hari ini hari yang ke 101 hari kelahiran bayi kembarnya. Namun Aurora melihat Aiden seolah oleh berperangai pelik apabila bertemu dengannya. Aiden sering merenung tajam dan kerap melemparkan senyuman nakal ke arahnya sambil menjilat bibir bawahnya.Gerunnya.

Aurora tahu apa yang bermain dalam fikiran suaminya. 100 hari dia menahan jiwa nafsunya dari menyentuh isterinya. Bukan 10 hari. Tetapi 100 hari.

Aurora menyedari dirinya semakin segar. Ayana memuji Aurora, bahawa wanita itu semakin cantik jelita walau sudah menjadi ibu kepada 2 anak kembar yang aktif itu.

Majlis makan malam tu mempunyai hidangan yang boleh dikatakan semuanya kesukaan Aurora. Sedapnyaaa ke smua makanan itu rasa tak tahan nak sentuh. Memang terasa masuk dalam tekak. Hmm. Matanya tertutup menikmati kelazatan.

" Jangan buat muka macam tu," selamba Aiden berbisik ke telinga Aurora. Aurora membuka mata dan berpaling ke arah suaminya.

"Kenapa?"

" Sexy," balas Aiden, tanpa riak. Namun tangannya sempat naik mengusap ke celah paha isterinya menyebabkan Aurora membatu tiba tiba. Haih, ni memang tahap sangap dah dia ni.

Gwen tiba tiba mendekati pasangan itu.

" Tuanku, barang barang Cik Puan semua saya sudah pindahkan semula ke bilik Tuanku."

Aiden mengangguk ringkas. " Okay."

Gwen lantas menunduk hormat dan berlalu pergi.

Aurora tercengang sebentar. Ditepis terus tangan nakal suaminya. " Hah?"

Aiden berpaling ke arah isterinya sambil memberikan senyum segaris. "Kenapa buat muka macam tu? Dah lupa mana bilik asal?"

Aurora merenung suaminya sambil berpeluk tubuh. "Tak nyempat nyempat!"

Aiden ketawa sedikit sambil berkata jujur, " Cukup lah sekejap dengan baby Noah dan Carla dulu, abang pun nak bermanja juga. Nak putuskan pantang 100 hari."

Aurora mencerlung mata sambil cepat tangannya menutup mulut suaminya. " Abang! Tapis sikit"

Permaisuri Tilia hanya menggeleng kepala apabila melihat telatah anak menantunya.

" Seronoklah abang, bini dah boleh balik ke bilik . Nak buka puasa 100 hari kan," selamba Ayana bertutur sambil meneguk air.  Hampir tersembur Raja Evan dan Putera Khaleed mendengar perkataan Ayana.

" Ayanaaaaaaa!" Aurora menahan malu.

Pecah ketawa Aiden.

————————————————————————————

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now