Special Chapter 1

9.6K 341 9
                                    

Timeframe ketika ini sebelum Aiden ditabalkan menjadi Raja Pemerintah. Anak kembar mereka Noah dan Carla berusia 5 bulan.

Aurora berjalan menuju ke bilik perbincangan dalam istana. Dia ke sana atas arahan suaminya Putera Aiden . Sebenarnya dia agak hairan kerana setahunya Aiden sedang dalam perbincangan sulit. Ketika itu Aiden akan melarang sesiapa sahaja termasuk isterinya datang mendekat sekiranya Aiden dalam situasi tersebut.

Namun arahan itu agak mengejutkannya. Membuatkan dirinya agak penasaran.

Pintu bilik perbincangan diketuk perlahan. Sekali ketuk, pintu dibuka dan Hilmi menunjukkan dirinya.

" Cik Puan!"

" Hilmi, tadi saya diminta suami saya untuk ke sini," kata Aurora segera. Sikap ingin tahunya bertambah tinggi.

Hilmi mengangguk kecil. " Betul Cik Puan, silakan masuk."

Pintu dibuka seluasnya dan langkah Aurora setapak masuk ke dalam. Bilik perbincangan itu luas yang amat. Berbentuk oval. Gambar gambar pemerintah digantung bersusun di satu sudut. Ada rak buku menempatkan buku buku kecil yang disusun cantik.

Terdapat satu meja kerja di hadapan sana. Dan ditengah tengah ada sofa khas serta meja kopi berukiran daun daun berwarna peach. Pandangannya jatuh ke arah dua susuk tubuh lelaki yang sedang duduk berhadapan. Satu itu amat dikenalinya, itu suaminya.

Namun seorang lagi tidak. Raut wajah dingin seperti suaminya menghiasi layar matanya. Siapa jejaka ini? Mukanya seakan tegang semacam je.

" Sayang," seru suaminya mengembalikan pandangan mata Aurora ke arah Aiden. Mata Aiden tepat memandang memberi amaran ringkas.

Yang kau sibuk pandang lelaki lain apahal?

Renungan Aiden mengandungi bait bait kata itu.

Aurora seakan ingin ketawa kecil namun ditahannya. Segera dirinya digerakkan berjalan menuju ke arah suaminya dan melabuhkan punggung disitu. Tangan suaminya mencari tangannya dan digenggam rapat.

" Kenalkan, ini Tengku Noah Kaisar,sahabat baik abang."

Owh, lelaki dihadapan ini mempunyai nama sama seperti anak kembar mereka!

Tengku Noah mengangguk ringkas sambil tersenyum canggung. " Cik Puan."

Aurora hanya membalas anggukkan dengan segaris senyuman. Wajahnya dipalingkan ke arah Aiden. Entah mengapa atmosfera dalam bilik itu seperti tegang. Aurora seakan hairan namun dia memilih mendiamkan diri.

" Aku blah dulu Aiden. Aku kena attend meeting esok pagi dulu. Flight aku kejap lagi .Nanti aku datang balik."

Tengku Noah bangun berdiri. Begitu juga dengan Aiden. Keduanya bersalam gaya lelaki. Kelihatan Aiden menepuk nepuk bahu sahabatnya.

" Tak pe bro nanti aku sendiri turun padang. Kau jangan risau. Tak lari mana. Mujur jugak dia lari ke sini," kata Aiden, perlahan namun Aurora masih dapat menangkap perkataan perkataan itu.

Lari? Siapa? Atau...

Tengku Noah mengangguk ringkas dan berjalan keluar dari bilik perbincangan itu.

" Hilmi, iring Tengku Noah hingga ke kereta," kata Aiden kepada Hilmi yang setia menunggu di sisi dinding. Hilmi mengangguk dan menunduk hormat. Lantas dia juga keluar dari bilik selepas Tengku Noah.

Suasana dalam bilik kembali senyap.

" Abang, what happened?" Soal Aurora mengerut dahi.

Aiden yang berdiri lantas berjalan ke arah kerusi sofa yang menempatkan Aurora. Punggung dilabuhkan dan tubuh Aurora ditarik masuk ke dalam pelukannya. Bau haruman rambut isterinya dihidu. Wangi!

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now