55

10.6K 430 14
                                    

Kepulangan Aurora di istana hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja termasuk Amar dan Ayana. Atas arahan Aiden, Aurora dipindahkan ke ruman banglo atas bukit menghadap laut yang memang dimiliki oleh Aiden sebagai salah satu aset harta peribadi.

Ayahanda dan bonda mereka belum mengetahui lagi tentang kepulangan Aurora.

Ayana, Gwen dan Clara akan menemani Aurora di banglo itu sehingga hari perkahwinan Aiden dengan Bella. Amar juga sekali sekala berkunjung untuk menjenguk Aurora.

Amar dan Ayana teruja apabila mengetahui Aurora sedang mengandung. Little munchkin is coming bak kata Ayana. Begitu juga dengan Gwen dan Clara.

Penjagaan yang ketat diberikan kepada Aurora. Segalanya mesti berteman walau ke bilik air sekali pun. Handphone juga telah diberikan kepada Clara semula.

" Cik Puan tahu, saya terkial kial nak guna Apple Store. Saya dah la Android user forever," kata Clara bserseloroh.

Soal latihan kedoktorannya, Aiden belum memberikan kata putus kerana kandungan Aurora masih awal. Dia akan memikirkannya setelah selesai hal perkahwinannya dengan Bella.

Kini Bella yang menjadi fokus dalam kepalanya, bagi pernikahan keduanya. Setiap kali Aurora bertanya soal perkahwinan, dia hanya mendiamkan diri.

Siapa suruh izinkan. Kan dah sakit hati sendiri. Gumam Aiden apabila Aurora mula menunjukkan wajah keruh.

Lepas tu merajuk dan terus ke dapur minta makanan. Sabar je lah.

———————————————————————————-

Hari perkahwinan bersejarah telah tiba. Jadual waktu akad nikah dijadualkan pada jam 3 petang. Aiden sudah siap sedia berpakaian baju nikah dan bersampin. Warna putih menjadi pilihan.

Tengah hari tadi wajah Aurora nampak mendung sahaja. Dari semalam lagi Aurora mengelakkan diri dari berjumpanya. Rasa kalau dia menyentuh tangan isterinya, banjir satu rumah. Jadi Aiden hanya buat tak tahu. Dah dia yang suruh kahwin kan. Hadap je la.

Bukan senang bini sendiri bagi izin nak bernikah lagi.

Aiden hanya tersenyum simpul.

Dia membetulkan baju nikah putih itu sebelum kedengaran bunyi ketukan pintu.

——————————————————————————-

Puteri Bella tersenyum manis di atas pelamin yang dihias cantik. Cita citanya untuk mengahwini kekasih abadinya Aiden akhirnya terlaksana jua. Bonda Lang Anna juga turut tersenyum diatas pentas. Dia duduk di sebelah Bella menemani anaknya.

Kedengaran suara tetamu jemputan, memuji cantik pengantin perempuan. Mekap ditatarias menyerlahkan kecantikan Puteri Bella. Inai putih berseri seri diukir di tangannya. Namun atas arahan Aiden, pernikahan ini akan dilakukan tanpa sorotan media. Bella terpaksa akur walau dia membantah dalam hati. Kalau boleh, dia inginkan semua rakyat tahu akan pernikahan ini.

Hampir semua tetamu jemputan mengetahui kisah disebalik pernikahan ini. Ada yang bersimpati dengan Bella, tidak kurang juga terhadap Aurora. Cuma hanya disimpan didalam hati, mengetahui akan baran Putera Mahkota itu.

Rakan rakan Puteri Bella juga ada bersama sama. Cemburu melihat Bella yang bakal menjadi isteri kepada Putera Mahkota. Isteri yang kedua. Walaupun bukan isteri rasmi dalam kerajaan, namun ikatan itu tetap sah. Dia bakal dilantik Gundik Utama setelah sekian lama tiada yang mengisi kekosongan itu.

Paling penting, kelibat Aurora tiada dalam majlis ini. Kisah apa dia.

Aku akan rampas kembali semua kebahagiaan aku darinya.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now