Epilog 4💅🏾

6.6K 282 6
                                    


Aurora memegang kepingan kertas keras yang diberi oleh Ayana terhadapnya. Membulat matanya melihat huruf huruf tertulis disitu.

" Wah, tiket konsert BTS live in Erovra!!" Hampir separuh jerit Aurora membaca. Aurora tidak lah minat tapi dia tahu BTS ni group terkenal dari Korea Selatan yang famous seantero dunia.

" Untungnyaaa kau Ayanaaaa. Sapa bagi nih? VIP pass pulak tuh " Soal Aurora lagi teruja.

Ayana flip hair. Saja nak menunjuk.

"Mestilah boyfie Ayana kakak..dia tahu Ayana minat gila kat BTS nihhh.."

Aurora mengira jumlah tiket yang berada di tangannya. Ada 3 tiket nih.

" Ada 3 tiket..Ayana dengan cik boyfriend.. lepas tu satu lagi sapa punya?"

Ayana menjuih bibir. Kali ini dia agak muram.

" Malang sekali Kian Adzriel tak dapat ikut, dia ada lawatan projek site yang dia kena pergi.." bertambah pula panjang juih si Ayana.

" Okay lepas tu?" Aurora masih tak faham. Dia kenal teman lelaki Ayana. Seorang arkitek, dari keluarga berada juga. Kian Adzriel. Walau cinta mereka masih tidak direstui ibubapa Ayana, tetapi Aiden secara senyap senyap memberi persetujuan dan sokongan kepada hubungan mereka. Itu pun setelah dipujuk dan melalui slowtalk dengan isterinya. Kerana Aurora nampak lelaki itu ikhlas mencintai Ayana seadanya.

" Kian bagi tiket ini untuk akak, abang Aiden dan Ayana lah."

Membuntang mata Aurora.

"Dik, kau jangan buat gila dik. Kau ingat abang kau bagi ke akak pergi tengok konsert ni.. dahlah lelaki handsome semua nih..mau tak mengamuk singa tu..ish, lagipun akak ni dah 30 lah, gila ke nak gi konsert bagai. Bukan level akak nih," bantah Aurora tak setuju.

Nak mampus tinggal anak anak, then terkinja kinja masuk konsert. Minta penampar sulung lah agaknya.

" Ala akak, mesti abang bagi punya. Konsert nih Sabtu minggu depan, akak minta izin dengan abang Aiden dulu.Akak tak penat ke jaga anak anak lagi, apa salahnya akak berehat sekejap sambil cuci mata. Kalau abang tak bagi, kita panjat balkoni curi curi keluar istana macam dulu," Ayana terkekek ketawa sambil mengenangkan kisah dahulu.

Dia dikenakan hukuman tahanan akibat membawa Aurora curi curi tengok bola di stadium. Abangnya ketika itu berstatus Putera Mahkota mengamuk sakan apantah lagi kedua mereka diancam bahaya sejurus sahaja keluar dari stadium.

" Kau jangan mengarut Ayana, kalau kau nak tengok abang kau mengamuk besar, silakan..dengan kau sekali dia tak restu terus hubungan cinta kau dengan Kian," kata Aurora tak setuju. Uihhh..Dia serik, tak nak dah buat benda benda gitu. Cukup lah last dia lari dua bulan lepas bawa anak anak ke Malaysia. Itu pun Aiden merajuk pula sebaik sahaja pulang semula ke sini. Jenuh nak memujuk.

" Okay then, try lah tanya abang dulu. Boleh lah kak.."rayu Ayana.

Aurora mengeluh. " Yelah, okay. Tapi kau jangan simpan harapan sangat lah. Abang kau tu cemburu buta. Silap silap dengan BTS dia halau balik Korea semula."

——————————————

Aurora selesai menidurkan anak anaknya di kamar mereka. Tekaknya terasa ingin makan benda benda masam lalu dia turun ke dapur istana, untuk mengambil potongan epal dan anggur hijau yang dipotong maid istana tadi. Ruzz setia menemani di belakang.

Langkahnya dipanjangkan ke bilik ruang tamu peribadi, yang dikhaskan untuk Raja dan Permaisuri sahaja. Hajat ingin menonton filem, sambil memakan buah buahan.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now