69

10.1K 397 9
                                    


"Sayang, petang ni match bola Liga, semifinal dah tau. Siap siap ye, kita akan pergi ke match tu," kata Aiden setelah masuk ke dalam bilik tidur peribadi mereka. Direnung isterinya yang sedang sibuk menyelak buku perubatan.

Dia baru selesai workout di gym peribadinya pagi itu. Tubuhnya yang peluh melekit menghalang untuk memeluk Aurora. Nak peluk sangat isteri si comel mak buyung ni.

Aurora diam membisu. Malas nak menjawab. Pertanyaannya semalam tentang suaminya yang lewat pulang setiap hari tidak dijawab Aiden. Aiden sering mengelak untuk menjawab soalan itu. Malahan sejak beberapa hari ini Aurora juga dihantar pulang awal ke istana selesai habis waktu kerja Aiden.

Kata Aiden, ada sesuatu yang dia kena uruskan. Puas Aurora bertanya, namun Aiden hanya buat muka toya atau buat buat tanya soalan lain. Hasilnya pagi ini, dia merajuk. Tak pe lah tak pe. Tak nak bagitahu ye!

Aiden masuk ke bilik air dan membersihkan diri. Selama itu lah mata Aurora melihat pintu kaca bilik air itu. Geramnya!

Kedengaran paip shower air ditutup menandakan Aiden sudah selesai mandi. Aurora lantas mengalihkan matanya dari pintu kaca ke arah bukunya. Tak lama kemudian, tubuh tegap itu keluar dengan berlilit kain tuala sahaja di pinggang. Rambut yang basah bertitik air jatuh ke lantai. Aiden melihat isterinya masih berteleku melihat buku perubatan kesayangannya itu.

" Sayang," panggil Aiden, sabar. Kalau orang lain mahu ditengkingnya terus. Tetapi ini isterinya. Silap hari bulan kang perangai ting tong Aurora datang balik. Boleh gila dia kalau Aurora lari lagi.

" Hmm."

" Dengar tak abang cakap tadi?"

Bunyi helaian muka surat diselak kuat. Sengaja.
" Dengar."

" Kenapa tak jawab elok elok? Nak abang marah ke?"

BUM!
Buku perubatan yang tebal itu ditutup kuat.

"'We need to talk!" Aurora lantas berdiri dengan tangannya menekan kuat tilam. Sebelah tangan lagi memegang perut memboyotnya. Matanya memandang tepat wajah Aiden, dia tidak berani memandang tubuh suaminya sekarang. Risau tergoda sebab suaminya sekarang memang menggoda. Dengan rambut basah basah macam tu, tubuh tegap sasa tak berbaju. Isy!

Aiden mengeluh perlahan. Dia dah mula dah.

" What is it?" Aiden berdiri sambil memeluk tubuh. Dia menyilang tangan, bersandar elok sebelah lengannya ke dinding menghadap isterinya yang sedang marah marah comel itu.

"Where were you last night? Where were you gone actually? Kenapa selalu balik lambat? Ingat orang ni apa? Tunggul kayu? " Bibir merekah comel itu petah menuturkan soalan demi soalan. Tapi Aiden memerhatikan sahaja bibir itu. Haih! Geram nak cium.

" I am working sayang." Pendek sahaja balasan Aiden.

" You're lying!"

Aiden memerhati sahaja wajah isterinya yang putih itu. Bila Aurora marah, makin cantik. Makin merah. Dan tubuhnya makin mengancam.

Perlahan dia berjalan ke arah isterinya dan mula memegang pinggul Aurora yang sedang bercekak pinggang. Tanpa menghiraukan Aurora yang mula menolak tubuhnya, cepat sahaja dia menyatukan bibirnya dan bibir Aurora. Menggerakkan mengikut rentak. Aurora yang pada mulanya meronta ronta akhirnya pasrah. Tubuh suaminya yang hanya bertuala itu dipeluk erat.

Aiden tersenyum dalam hati. Yeay!
Ciuman diperdalamkan lagi.

Aiden memutuskan ciumannya apabila kedua duanya seakan tercungap cungap mencari nafas. Bibir isterinya yang basah itu direnungnya semula. Ah, memang menggoda betul.

Matanya meliar melihat katil bercadar satin biru laut seakan memanggil.  Dua round sempat ke pagi ni? Dia teringat tips yang doktor peribadi maternity Aurora berikan kepada mereka. Kerapkan berhubungan intim untuk mudahkan bukaan bersalin. Tips yang sangat dialu alukan untuk masa masa sekarang. Dia tersenyum nakal.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now